'Kumpulan rujukan' adalah kumpulan yang mempunyai pengaruh secara langsung atau tidak langsung terhadap gelagat atau sikap pengguna seperti rakan,jiran,kumpulan professional.Apakah maksud "kumpulan rujukan" dalam ayat ini? | Mohon berikan maklumat tambahan mengenai konsep dan konteks berkaitan dengan “kumpulan rujukan” yang dimaksudkan kerana frasa ini mempunyai makna yang luas | Makna | 15.12.2021 |
Adakah frasa "belong to and identify with" dalam ayat "our "self-identity" that is related to the groups we belong to and identify with,..." sesuai diterjemahkan sebagai "(kumpulan-kumpulan yang kita) tergabung dan kenali"? Apakah padanan yang lebih sesuai bagi "belong to" dan "identify with" dalam konteks ini? | Cadangan terjemahan bahasa Melayu bagi frasa belong to and identify with ialah rasa diterima dan mempunyai perkaitan dengan. | Penyemakan dan penterjemahan | 18.02.2024 |
contoh artikel bagi kata nama am dan kata ganti nama.. | Kata nama am ialah perkataan yang merujuk benda, perkara, atau konsep yang umum sifatnya. Ia boleh dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil berdasarkan ciri makna perkataannya, iaitu hidup atau tak hidup, manusia atau bukan manusia, institusi atau bukan institusi, konkrit atau abstrak, berbilang atau tak berbilang, dan seumpamanya. Contoh kata nama am ialah seperti pegawai, penyanyi, bayi, bidadari, semut, rumput, pejabat, sawah, dunia, laut, senyuman, rancangan, keburukan, roh, hawa, ajaran, dan lain-lain. Kata ganti nama (KGN)- yang menjadi pengganti kata nama khas dan am. KGN boleh dibahagikan lagi kepada dua golongan kecil, KGN tunjuk dan KGN diri. (Sila rujuk Tatabahasa Dewan hal. 86 untuk keterangan lanjut) | Tatabahasa | 04.01.2010 |
Apakah yang dimaksukan dengan kumpulan pelampau dan bahayanya dalam sesebuah negara berbilang kaum | Kumpulan pelampau bermaksud kumpulan yang melakukan sesuatu dengan berlebih-lebihan, atau kumpulan yang mempunyai faham (kepercayaan) yang berlebih-lebihan. Kumpulan ini dikhuatiri akan menimbulkan masalah kepada negara. | Lain-lain | 01.02.2008 |
Salam, apakah fungsi huruf kecil dalam tanda baca? | Kata nama am ditulis dengan huruf kecil. Kata nama am ialah perkataan yang merujuk benda, perkara atau konsep umum sifatnya. Kata nama am boleh dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil berdasarkan ciri makna perkataannya, iaitu hidup atau tak hidup, manusia atau bukan manusia, institusi atau bukan institusi, konkrit atau abstrak, berbilang atau tak berbilang. Tetapi apabila di pangkal ayat, kata nama am ini ditulis dengan huruf besar. | Tatabahasa | 12.04.2013 |
Jenis bahasa yang diguna pakai masyarakat melayu | Jenis bahasa yang diguna pakai ialah rumpun bahasa Austronesia yang terdiri daripada empat cabang, iaitu kumpulan bahasa Nusantara, kumpulan bahasa Polinesia, kumpulan bahasa Melanesia dan kumpulan bahasa Mikronesia. Rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 3-5. | Lain-lain | 30.04.2008 |
Kedua-dua kumpulan atau kedua kumpulan?Apakah perbezaan kedua-dua konsep? | Perkataan kedua-dua kumpulan tepat kerana mengikut hukum D (diterangkan) - M (menerangkan) dan kedua-dua di sini membawa maksud bilangan seramai atau sejumlah dua. Kedua kumpulan tidak tepat kerana tidak mengikut hukum D - M. Kedua membawa maksud dalam bilangan, urutan atau kedudukan selepas yang pertama dan sebelum yang ketiga, oleh itu contoh pembentukan yang betul ialah, kumpulan kedua, tempat kedua, dan tahap kedua. | Tatabahasa | 15.08.2021 |
Dagaimanakah handak memgunakan katanama am | Kata nama am ialah perkataan yang merujuk benda, perkara, atau konsep yang umum sifatnya. Ia boleh dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil berdasarkan ciri makna perkataannya, iaitu hidup atau tak hidup, manusia atau bukan manusia, institusi atau bukan institusi, konkrit atau abstrak, berbilang atau tak berbilang, dan seumpamanya. Contoh kata nama am ialah seperti pegawai, penyanyi, bayi, bidadari, semut, rumput, pejabat, sawah, dunia, laut, senyuman, rancangan, keburukan, roh, hawa, ajaran, dan lain-lain. Kata nama am digunakan dalam membina ayat mengikut apa yang hendak diterangkan dalam ayat tersebut. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. | Tatabahasa | 28.07.2010 |
Apakah perbezaan antara kumpulan dengan pasukan? | Kumpulan dan pasukan mempunyai maksud yang hampir sama dan adakalanya boleh digunakan kedua-duanya seperti kumpulan kerja pasukan kerja. Walau bagaimanapun dalam konteks tertentu penggunaannya berbeza, seperti pasukan bola sepak, bukan kumpulan bola sepak. Untuk maklumat lanjut tentang makna kata dan konteks penggunaannya, sila rujuk PRPM. | Tatabahasa | 01.09.2021 |
Salam Sejahtera, 1. Apa perbezaan 'pengelasan' dan 'pengkelasan'. 2. Di mana / ayat yang bagaimana sesuai untuk digunakan bagi kedua-dua perkataan tersebut. Sekian, terima kasih. | 1. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, pengelasan ialah perihal atau perbuatan mengelaskan, pembahagian (pengasingan) kepada kumpulan-kumpulan (golongan-golongan dll.) Tidak ada bentuk perkataan pengkelasan kerana kata dasar kelas apabila menerima imbuhan pe... dan an... menjadi pengelasan. 2. Perkataan yang betul dan gramatis ialah pengelasan. | Tatabahasa | 03.01.2012 |