Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ku.mu.la.tif] | کومولاتيف

Definisi : bertimbunan atau menjadi makin banyak (makin besar dsb) kerana pertam­bahan, bertimbun (hasil pertambahan yg berulang kali). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kumulatif


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Dalam beberapa minggu, Malaysia telah mencatat jumlah kumulatif terbesar jangkitan COVID-19 yang disahkan di Asia Tenggara. Betulkah susunan ayat itu? Atau.. Dalam beberapa minggu, Malaysia telah mencatat jumlah kumulatif jangkitan COVID-19 yang disahkan yang terbesar di Asia Tenggara. Saya masih keliru. Wujudkah formula 1+3+2 ayat songsang seperti ayat pertama yang saya nyatakan di atas.
Kedua-dua ayat di atas boleh digunakan, mengikut susunan yang hendak ditekankan atau diberikan penegasan. 
Tatabahasa26.12.2020
Non-Cumulative perpetual preference shareSaham Keutamaan Kekal Tak KumulatifLain-lain13.08.2008
Adakah wujud istilah survival dalam Bahasa Malaysia kerana kebelakangan ini sering saya temui istilah ini dalam petikan Bahasa Melaysia.Istilah survival diterima dalam bidang perubatan seperti cumulative survival probability diterjemahkan kepada kebarangkalian survival kumulatif. Walau bagaimanpun dalam konteks umum dan bidang-bidang lain perkataan survival diterjemahkan mengikut konteks penggunaannya. Untuk maklumat lanjut, lihat http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=survival.Istilah20.04.2012
apakah maksud komulatif. Dlm kamus dbp edisi ke 4 tiada tp perkataan trsebut sering didengar dan disebut terutama dlm matematik. Mungkin salah ejaan yg saya rujuk ataupun ada ejaan lain atau perkataan yg hampir serupa dengan perkataan komulatif. harap dapat bantu. Tk.Ejaan yang betul ialah kumulatif, iaitu bertimbunan atau menjadi makin banyak (makin besar dan sebagainya) kerana pertam­bahan (hasil pertambahan yang berulang kali) atau disebut juga sebagai longgokan atau terkumpul.Makna14.04.2010
assalamualaikum w.b.t... tuan, saya ingin bertanya. saya ingin membuat tema, iaitu "Survival Pencetus Transformasi".persoalan saya di sini, adakah perkataan Survival itu boleh di gunakan, saya di fahamkan perkataan ini telah di melayukan dan boleh di gunakan, adakah ianya benar? dan apakah perkataan sesuai untuk di gantikan dengan Survival?..terima kasih tuan.

Walalaikummussalam w.b.t,

Istilah survival diterima dalam bidang perubatan seperti cumulative survival probability diterjemahkan kepada kebarangkalian survival kumulatif. Walau bagaimanpun dalam konteks umum dan bidang-bidang lain perkataan survival diterjemahkan mengikut konteks penggunaannya. Untuk maklumat lanjut, sila layari survival">http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=survival.

Survival Pencetus Transformasi boleh digunakan untuk tujuan tema seperti yang tuan maksudkan.

Makna03.01.2013

Kembali ke atas