Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kumur;


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
garglekumur; ubat kumurPerubatanTiada1. Kumur: Mengocak cecair di dalam tekak dengan memaksa udara atau bernafas keluar melaluinya. 2. Ubat kumur: Larutan berubat yang digunakan untuk mencuci mulut dan tekak.
garglekumur; ubat kumurPerubatanTiadaTiada
fluoride rinsekumur berfluoridaPergigianTiadaBahan kumur mulut yang mempunyai ion fluorida. Ion fluorida dalam larutan ini akan diserap oleh struktur gigi dan menguatkan struktur gigi agar lebih resistan daripada tindakan asid. Oleh itu, insiden karies dapat dikurangkan.
genteelismekesantunanKesusasteraanTiadaSifat bahasa yang halus, berhias, dan terpelihara dalam karya sastera. Di Barat, tradisi kesantunan merujuk kepada sikap mementingkan konvensi dan tatacara yang betul dalam penulisan, yang menjadi lumrah pada kurun ke-18 hingga 19. Kini, kesantunan digunakan untuk menyindir norma kehalusan yang palsu. Dalam budaya Melayu, contoh penulisan kesantunan ditemui dalam warkah emas, iaitu surat yang ditulis kepada atau daripada keluarga bangsawan. Kesantunan boleh juga dirujuk sebagai budaya kebangsawanan yang sering dipaparkan dalam karya istana yang mementingkan kehalusan dan ketertiban dalam tatalaku dan tatacara. Istilah genteelisme dalam bahasa Latin bermaksud �asuhan sempurna�, manakala dalam bahasa Perancis bermaksud �anggun�. Contoh gambaran untuk memerikan tertib bersantap ditemui dalam Hikayat Malim Dewa seperti yang berikut: �... sekali suap, dua kali sudah, ketiga basuh tangan, keempat kumur-kumur, kelima santap sirih, kelat jatuh ke kerongkongan, seri naik ke peroman.�
rinsekumurPerubatanTiadaMembasuh dengan air bersih untuk menghilangkan kekotoran yang masih tinggal setelah dicuci.
garglekumurFarmasiFarmaseutikMengocak larutan berubat di dalam tekak dengan memaksa udara atau bernafas keluar melaluinya, yang digunakan untuk mencegah dan merawat jangkitan mulut dan tekak. Larutan yang digunakan mengandungi antiseptik, antibakteria, analgesik dan astringen.
herbal garglebahan kumur herbaHerbaTiadaLarutan herba yang digunakan untuk mencuci dan merawat bahagian tekak dan tenggorokan. Larutan ini dikumur, dan kemudian dikeluarkannya dari mulut dan tidak diminum. Contoh herba ini ialah sirih dan pudina.
potassium chlorate poisoningkeracunan kalium kloratKimiaForensikKeracunan akibat pengingesan kalium klorat (formula kimia, KCIO3) iaitu bahan dalam cecair kumur, mancis dan racun rumpai. Ion klorat (CIO3-) ialah perengsa terhadap membran mukus dalam larutan pekat. Selepas penyerapan ia menyebabkan methemoglobinemiaekoran ekoran sifat pengoksidaannya. Tanda utama keracunan ialah muntah dan sianosis. Keracunan akut akibat pengingesan menyebabkan loya, muntah, cirit-birit, sakit abdomen, hemolisis, sianosis, anuria, kekeliruan, dan konvulsi. Keracunan kJ�onik menyebabkan hilang selera makan dan hilang berat badan. Dos parah adalah lebih kurang 15 g untuk orang dewasa dan 2 g untuk kanak-kanak. Penemuan patologi dalam kes kematian ialah kesesakan dan kakisan gastrousus, kerosakan buah pinggang dan hati, serta darah berwarna coklat.
hydrogen peroxidehidrogen peroksidaPentadbiran PerniagaanTiada1. Cecair tanpa warna yang digunakan sebagai disintektan untuk membersihkan luka, dan dicairkan, sebagai pengawal bau kumur mulut ataupun sebagai titisan telinga untuk mengeluarkan lilin.
chloramine-7kloramina-TKimiaForensikFormula kimia, C7H7CINa02S. Sebatian yang larut dalam airdan mengandungi lebih kurang 12% klorin. Kloramina-T digunakan sebagai antibakteria dalam proses penulenan air dan dalam cecair kumur. Dos parah mungkin serendah 0.5 g. Keracunan akut akibat pengingesan menyebabkan sianosis dan kegagalan pernafasan. Gejala keracunan tennasuk sianosis, pengsan, mulut berbuih, dan kegagalan pernafasan selepas beberapa minit.
12

Kembali ke atas