Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
kunci (kata nama)
1. Bersinonim dengan kancing: tutup, selak, katup, ketap, penutup,

2. Bersinonim dengan petua: formula, rumusan,

Kata Terbitan : mengunci, pengunci, terkunci,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah maksud ditala?Kata terbitan 'ditala' ialah daripada kata akar tala, bermaksud: 1. menentukan bunyi (alat muzik dan sebagainya) dengan nada yang bersesuaian; dan 2. melaraskan pergerakan enjin (motor dan sebagainya) supaya berjalan dengan lancar.  Tala juga membawa maksud:
tala II : Pr ibu kunci, mangga, gepuh-gepuh, pedal ayam.
tala III: menala memukul dgn tangan ter­genggam.
tala IV: hala, arah.
Makna12.12.2012
salam.tolong jelaskan perbezaan penggunaan kata pemeri 'ialah' dan 'adalah'. Tolong berikan juga contoh penggunaan kedua-dua kata pemeri tersebut dalam ayat.terimakasih.

Merujuk kepada Koleksi Pedoman Bahasa yang dikeluarkan oleh DBP, kata pemeri ialah menunjukkan persamaan dan hadir di hadapan frasa nama, manakala adalah yang menunjukkan huraian dan hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. Sebenarnya, sering berlaku kekeliruan apenggunaan kedua-dua kata ini.

Namun demikian, bagi membantu saudara, kata kunci yang boleh saudara gunakan bagi membezakan contoh ayat yang diberikan atau kegunaan pada masa hadapan ialah:

a) Kata pemeri adalah hanya boleh diikuti oleh kata sendi nama dan kata adjektif yang bersifat huraian sahaja.

b) Kata pemeri ialah hanya boleh diikuti oleh kata nama atau frasa nama yang bersifat persamaan sahaja.

Contoh penggunaan "ialah" :

i. Anak ialah anugerah Allah

ii. Sepak takraw ialah sukan yang elok dipertandingkan.

Contoh penggunaan "adalah":

i. Kursus ini adalah untuk meningkatkan kefahaman peserta.

ii. Kerja pembaikan lif dijangka siap adalah pada minggu hadapan.

(untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, hal.250)

Lain-lain16.04.2010

Kembali ke atas