Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ku.ning] | کونيڠ

Definisi : warna spt warna kunyit (tembaga dll); demam (sakit) ~ penyakit berjangkit yg menyebabkan tubuh berwarna kuning; nasi ~ nasi kunyit (kuning warnanya); sirih ~ a) daun sirih yg kuning warnanya; b) ki gadis yg elok; ~ air kuning yg keputih-putihan; ~ gading = putih ~ kuning keputih-putihan spt warna gading; ~ langsat putih kuning (tidak putih sangat, bkn kulit dll); ~ pinang masak kuning kemerah-merahan; ~ telur bahagian tengah telur yg kuning warnanya; ~ tua kuning gelap (lwn kuning muda); ~ oleh kunyit, hitam oleh arang prb mudah terpengaruh oleh hasutan atau puji-pujian; menguning 1. menjadi kuning, berwarna kuning; 2. mulai masak (padi): padinya sedang ~ menantikan masa utk dituai; kuningan tembaga kuning; kekuningan 1. keadaan kuning; 2. sl barang­barang berwarna kuning (spt payung dll) tanda kebesaran raja atau orang bangsa­wan: maka Laksamana mengarak ~, ertinya lampin dan tilam, beras, dan baju bajang, dan pawai burung-burung dibubuh di hujung galah; kekuning-kuningan berwarna agak kuning: tanah liat yg berwarna ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ku.ning] | کونيڠ

Definisi : ; akar ~ sj tumbuhan (pokok me­manjat), akar cina, akar kunyit-kunyit, Limacia oblongata; bunga akar ~ sj tumbuhan (pokok), akar cempaka kuning, cempaka hutan, Allamanda cathartica; pokok ~ sj tumbuhan (pokok), antat, kenanga hutan, lidah-lidah, melidah, pacal kuning, Alangium ebenaceum. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ku.ning] | کونيڠ

Definisi : ; burung ~ sj burung, burung siam, Pycnonotus a. atriceps. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ku.ning] | کونيڠ

Definisi : warna spt warna isi kunyit (tembaga dll). ~ air kuning yg keputih-putihan. ~ gading kuning keputih-putihan spt warna gading. ~ langsat putih kuning (terutamanya bkn kulit manusia). ~ telur bahagian tengah telur yg kuning warnanya. menguning 1 berwarna kuning; menjadi kuning. 2 sedang masak (bkn padi): Padinya sedang ~. kuningan tembaga kuning; loyang. kekuningan keadaan kuning. kekuning-kuningan agak kuning warnanya; seakan-akan kuning: tanah liat yg ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kuning

Puisi
 

Sirih kuning gagang layu,
     Hentam panas sembilan bulan;
Sirih kuning hajat aku,
     Hendak bertemu dengan tuan.


Lihat selanjutnya...(72)
Peribahasa

Kuning oleh kunyit,
     hitam oleh arang.

Bermaksud :

Mudah dihasut atau dipujuk. (Bandingkan dengan: Tak kuning oleh kunyit, tak putih oleh kapur).

 

Lihat selanjutnya...(10)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Encik, Emak memerlukan [ telur kuning / kuning telur] untuk membuat kek. Emak memakai baju kurung yang berwarna [telur kuning / kuning telur]. Bulan Kemerdekaan perlu disambut secara besar-besaran kerana dapat memupuk semangat [patriotik / patriotisme] dalam kalangan anak muda. Bolehkah tuan tolong jelaskan?Jawapan yang betul ialah Encik, Emak memerlukan kuning telur untuk membuat kek. Emak memakai baju kurung yang berwarna kuning telur. Bulan Kemerdekaan perlu disambut secara besar-besaran kerana dapat memupuk semangat patriotik dalam kalangan anak muda.Lain-lain25.08.2010
Salam, apakah kata pemeri yang sesuai untuk ayat ini? Warna yang paling saya gemari ialah/adalah kuning. 'Kuning' merupakan kata adjektif atau kata nama? Terima kasih.Warna yang paling saya gemari adalah kuning. 'Kuning' merupakan kata adjektif.Tatabahasa10.04.2014
Soalan saya ialah : Adakah perkataan "kuning telur" atau "telur kuning" yang patut digunakan? Saya mendapati "kuning telur" yang sepatutnya digunakan tetapi jika merujuk kepada Hukum D-M, perkataan yang dikira sebagai betul ialah "telur kuning". Hal ini kerana "telur" bertindak sebagai perkara yang diterangkan ataupun inti, manakala "kuning" pula bertindak sebagai penerang. Tetapi persoalannya mengapa "kuning telur" yang dianggap betul bukannya "telur kuning"?
Untuk makluman tuan, perkataan kuning telur merupakan kata nama yang diterjemahkan daripada bahasa sumber bagi egg yolk.
Tatabahasa27.05.2020
Saya ingin bertanya tentang penggunaan bahasa dalam ayat berikut : *(PERHATIAN! KENDERAAN DILARANG MENUNGGU DIATAS PETAK KUNING). Mana satu perkataan yang betul sama ada DIATAS PETAK KUNING atau DIKAWASAN PETAK KUNING?

Puan,

Frasa  yang betul ialah 'di kawasan petak kuning'.  

Tatabahasa06.10.2010
Azri Azsr JUM 11.41 PAGI Azri Azsr Assalammualaikum. Saya ingin bertanyakan mengenai isi telur. Apabila seseorang ingin membuat ayat penyata mengenai kandungan telur yang berwarna kuning di tengah-tengahnya, adakah ianya dinyatakan sebabgai 'kuning telur' atau 'telur kuning'? Mohon perjelasan dari pihak berwajib mengenai isu ini.Ayat penyata ialah ayat yang diucapkan dengan maksud membuat satu pernyataan. Contoh ayat, 1. Kakak memerlukan kuning telur untuk membuat kek 2. Adik memakai baju kebaya yang berwarna kuning telur. Jawapan yang tepat ialah Kuning Telur.Makna29.09.2017
Macam mana dgn ayat ini, Saya ada baju berwarna merah , kuning ,hijau dan biru. Adakah baju yg saya ada 1 merah, 1 kuning, 1 hijau dan 1 biruSaya ada baju berwarna merah, kuning, hijau dan biru. Ayat ini bermaksud memiliki baju berwarna merah, kuning, hijau dan biru tanpa diketahui jumlah bagi setiap warna atau keseluruhan baju.Makna11.01.2017
Saya mendapat maklumat daripada kawan berkaitan pantun di bawah: Yang kuning itu kundi yang Merah itu saga Yang baik itu budi Yang indah itu bahasa Kononnya penggunaan kurik sebenarnya adalah kuning. Alasannya ialah kundi adalah sejenis tumbuhan yang berwarna kuning. Mohon pencerahanUngkapan yang terakam dalam Kamus Istimewa Peribahasa Melayu ialah "Yang merah saga, yang kurik kundi; yang indah bahasa, yang baik budi". Jika ada pandangan lain tentang peribahasa tersebut mungkin ada benarnya, namun tidak ada kajian/dapatan yang boleh mengesahkannya dan ungkupan tersebut dari dahulu hingga kini masih mengekalkan frasa "kurik kundi". Wallahualam.Lain-lain01.02.2013
saya ingin memohon supaya menyemak 2 ayat di bawah ini samada ada kesalahan tatabahasa / struktur ayat atau lain-lain. 1) Ali membeli belon berwarna merah, kuning dan hijau. 2) Ali membeli belon berwarna merah, kuning, dan hijau. ada pandangan lain menerangkan bahawa : ayat 1 : Ali beli 2 belon sahaja iaitu merah dan satu lagi kuning dan hijau. ayat 2 : Ali beli 3 belon iaitu merah, kuning dan juga hijau. Ini agak mengelirukan saya, harap pihak tuan/puan boleh memberi satu penjelasan yang tepat. Sekian, terima kasih. Ms.ChanAyat yang betul ialah:

Ali membeli tiga belon yang berwarna merah, kuning dan hijau.

Terima kasih.

Tatabahasa21.08.2017
Bagaimanakah untuk menulis nama-nama spesies ikan di tengah-tengah ayat? Contoh: Ikan Lampam Sungai, Selar Kuning, Aruan Tasik, Udang Galah? Adakah perlu ditulis Ikan Lampam sungai, Selar kuning, Aruan tasik, Udang galah? Bagaimana pula bagi spesies ikan Kerai, Jelawat, Selayang? Adakah ditulis ikan kerai, jelawat, selayang? Mohon penjelasan pihak tuan/puan.

Nama tempatan untuk ikan perlu ditulis dengan huruf kecil. Contohnya: Ikan lampam sungai. Selar kuning. Aruan tasik. Udang galah. Kecuali untuk huruf pertama pada permulaan ayat. Jika nama tempatan ikan berada di tengah ayat, nama tersebut ditulis keseluruhannya dengan huruf kecil. Contohnya: ikan kerai, jelawat, selayang, ikan lampam sungai, selar kuning, aruan tasik, udang galah. Nama tempatan bukan nama khas walaupun terdapat nama khas contohnya nama tempat dalam nama tersebut seperti lampam jawa.   

Lain-lain28.01.2023
1. Apakah istilah untuk garisan kuning berbonggol yang digunakan di jalan raya untuk memperlahankan kelajuan kenderaan. 2. (a) Abu pergi ke sekolah pada setiap hari. (b) Abu ke sekolah pada setiap hari. Yang manakah betul bagi ayat-ayat di atas.

1. Garisan kuning yang dimaksudkan ialah garisan untuk melintas/lintasan zebra/lintasan belang.

2. Ayat yang betul ialah Abu pergi ke sekolah (pada) setiap hari.

Tatabahasa17.05.2010
12345

Kembali ke atas