Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kun.ju.ngan] | کونجوڠن

Definisi : hasil berkunjung atau mengun­jungi, lawatan: persediaan-persediaan menyambut ~ presiden Amerika telah siap semuanya; kota yg bersejarah ini menjadi tempat ~ ramai; ~ kilat kunjungan (lawatan) yg singkat (biasanya yg tidak dirancang terlebih dahulu); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kun.ju.ngan] | کونجوڠن

Definisi : hasil berkunjung atau mengunjungi; lawatan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
salam. kunjungan hormat kepada atau kunjungan hormat ke atas? yang mana yang betul? terima kasih.Frasa yang betul ialah  "Kunjungan hormat kepada"Tatabahasa12.05.2023
Salam Tuan, Mohon mendapatkan maklumat mengenai penggunaan perkataan "kunjung" dan "kunjungan" dalam menyusun ayat. sebagai contoh:- Permohonan "kunjung/kunjungan" hormat ke atas YB Menteri Kerjasama didahului dengan ucapan terima kasih. Amin.Yang betul ialah kunjungan hormat, kunjungan sama maksud dengan lawatan.Tatabahasa23.04.2010
negara Thailand dijangka kurang menerima________para pelancong akibat daripada kejadian ombak tsunami itu. (A kunjungan C lawatan) tuan, jawaban ialah kunjungan. Saya kekeliruan kerana A dan C membawa maksud yang sama. Tuan, apakah jawaban yang lebih tepat. TQMerujuk Kamus Dewan edisi ke-4, lawatan membawa maksud perihal melawat (mengunjungi, menziarahi ), kunjungan manakala  kunjungan membawa maksud hasil berkunjung atau mengunjungi; lawatan. oleh yang demikian kedua-dua jawapan boleh digunakan.Tatabahasa22.08.2011
KHIDMAT NASIHAT PENGGUNAAN BAHASA DALAM POSTER KUNJUNGAN HORMAT KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM (KPPA) Dengan segala hormatnya, saya diarah merujuk kepada perkara tersebut di atas. 2. Untuk makluman pihak Tuan/ Puan, saya daripada Unit Komunikasi Korporat di bawah Pejabat Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Jabatan Perkhidmatan Awam ingin mendapatkan khidmat nasihat daripada pihak Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP) dari segi penggunaan bahasa dan susunan ayat di dalam poster kunjungan hormat ke atas YBhg. Dato' Sri KPPA. Ayat yang digunakan adalah seperti berikut : a) KUNJUNGAN HORMAT KEPADA YBHG. DATO' SRI MOHD SHAFIQ BIN ABDULLAH, KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM. b) SELAMAT DATANG YBHG. ...... KE JABATAN PERKHIDMATAN AWAM ATAS KUNJUNGAN HORMAT KEPADA YBHG. DATO' SRI MOHD SHAFIQ BIN ABDULLAH, KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM. 4. Kerjasama, perhatian dan maklum balas segera daripada Tuan berhubung perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian.1. KUNJUNGAN HORMAT KEPADA YBHG. DATO' SRI MOHD SHAFIQ BIN ABDULLAH, KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM. Ayat ini kurang tepat, lazimnya kunjungan hormat dinyatakan daripada siapa kepada siapa, seperti "Kunjungan Hormat Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka kepada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam.

2. SELAMAT DATANG YBHG. ...... KE JABATAN PERKHIDMATAN AWAM ATAS KUNJUNGAN HORMAT KEPADA YBHG. DATO' SRI MOHD SHAFIQ BIN ABDULLAH, KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM. Ayat ini juga kurang tepat kerana ada dua perkara dalam ayat ini satu alu-aluan dan satu lagu ucapan terima kasih. Contoh, "Selamat datang YBhg. ... ke Jabatan Perkhidmatan Awam dan terima kasih atas kunjungan hormat YBhg. ... kepada YBhg. ...
Tatabahasa09.03.2022
KUNJUNGAN HORMAT ATAU KUNJUNG HORMAT?

Yang betul ialah kunjungan hormat.

 

Tatabahasa11.11.2009
1. Kerajaan undang Presiden PGI Jocelyne Bourgan bagi [menyampai] ucaptama pada Forum Parlimen. 2. Kunjungan tersebut adalah sempena kedatangan beliau ke negeri ini atas jemputan kerajaan negeri bagi menyampaikan ucaptama pada Forum Parlimen melibatkan ahli-ahli DUN dan pegawai-pegawai tinggi kerajaan pada 15 dan 16 Oktober ini di Damai, Santubong. 3. Jocelyne telah dijemput oleh kerajaan negeri berdasarkan kepada pengalaman luas beliau serta kepakarannya [terutama mengenai] sistem kerajaan. 4. “[Atas sebab itu], kerajaan negeri telah menjemput beliau dan beberapa penceramah lain untuk mengendalikan Forum Parlimen selama dua hari,”katanya ketika ditemui selepas kunjungan itu. 5. [Tambah Jabu,] ini bukan perkara baharu atau kali pertama kerajaan negeri mengundang individu berpengalaman untuk berkongsi kepakaran mereka kepada pemimpin dan pegawai atas di peringkat negeri. 6. Kita mahu mendengar pendapat serta cadangan mereka [untuk kita] memperbaiki tahap kecekapan kita sama ada dalam bidang ekonomi, sosial dan politik. 7. [Dalam pada itu selain Jabu,] Jocelyne yang juga merupakan presiden emeritus Canada School of Public Service turut mengadakan kunjungan hormat terhadap setiausaha kerajaan negeri. 8. Sebagai tambahan kerajaan negeri menurut Jabu turut menghantar pegawai-pegawai atasan kerajaan ke pelbagai institusi pengajian tinggi untuk menjalani kursus-kursus khusus bagi memperluaskan pendedahan mereka.1. Kerajaan mengundang Presiden PGI Jocelyne Bourgan bagi menyampaikan ucaptama pada Forum Parlimen.
2. Kunjungan tersebut bersempena  dengan kedatangan beliau ke negeri ini atas jemputan kerajaan negeri bagi menyampaikan ucaptama pada Forum Parlimen yang melibatkan ahli DUN dan pegawai tinggi kerajaan pada 15 dan 16 Oktober ini di Damai, Santubong.
3. Jocelyne telah dijemput oleh kerajaan negeri berdasarkan pada pengalaman luas beliau serta kepakarannya mengenai sistem kerajaan.
4. "Atas alasan yang demikian, kerajaan negeri telah menjemput beliau dan beberapa penceramah lain untuk mengendalikan Forum Parlimen selama dua hari,”katanya ketika ditemui selepas kunjungan itu.
5. Tambah Jabu, "ini bukan perkara baharu atau kali pertama kerajaan negeri mengundang individu berpengalaman untuk berkongsi kepakaran mereka kepada pemimpin dan pegawai atasan negeri".
6. Kita mahu mendengar pendapat serta cadangan mereka untuk memperbaiki tahap kecekapan kita sama ada dalam bidang ekonomi, sosial dan politik.
7. Dalam pada itu selain Jabu berkata, "Jocelyne yang juga merupakan Presiden Emeritus Canada School of Public Service turut mengadakan kunjungan hormat terhadap setiausaha kerajaan negeri".
8. Sebagai tambahan kerajaan negeri menurut Jabu turut menghantar pegawai-pegawai atasan kerajaan ke pelbagai institusi pengajian tinggi untuk menjalani kursus khusus bagi memperluas pendedahan mereka.
Tatabahasa06.11.2015
pengujian jenis komunikasi = kunjungan peribadi oleh rajabi pada 5/6/2014ok tiada masalahLain-lain05.06.2014
نوريمه طالب Mar 27th, 7:42pm Assalamualaikum. Apakah syarat² untuk mendapatkan kunjungan dbp?Tiada syarat. Sila hantar surat rasmi atau e-mel kepada razali3@dbp.gov.my dan cc kepada lindasafa@dbp.gov.my dan mohd_rusdi@dbp.gov.my untuk buat janji temu dan lawatan ke DBP. Moga ia membantu. Terima kasih.Lain-lain27.03.2015
Adakah terjemahan yang lebih tepat bagi 'roadshow' selain dari 'persembahan dalam kunjungan'? Tk.

Padanan kata roadshow dalam bahasa Melayu ialah jerayawara.

Istilah26.03.2009
apakah makna lawatan?

Maknanya ialah perihal melawat (mengunjungi, menziarahi, dll), kunjungan.

Makna10.10.2009
1234567

Kembali ke atas