Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kuno;


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
archaickerja kunoKesenianHiasan DalamanHasil seni yang bersifat purba, lama dan tua. Kerja kuno berbeza dengan seni primitif kerana hasil seni kuno telah melalui perkembangan secara berperingkat yang akhirnya mewujudkan bentuk seni yang terkini dan lebih sempurna. Kerja kuno biasanya melibatkan kerja-kerja yang dihasilkan pada pada zaman Yunani Kuno atau pada era sekitar 1100 SM hingga 600 Masihi.
ancientpurba; kunoSejarahTiadaSesuatu yang bersifat lama, kuno dan berhubung dengan zaman silam, dari zaman awal sejarah tamadun manusia hingga ke zaman kejatuhan empayar Rom pada 476 SM.
archaic spelling featuresciri ejaan kunoKesusasteraanTiadaSifat ejaan kuno yang tidak digunakan lagi pada masa kini. Contoh: hayam menjadi ayam, bhumi menjadi bumi, manusha menjadi manusia.
ancient patiopatio kunoLandskapTiadaKawasan berturap di tepi rumah untuk berehat yang dibentuk supaya kelihatan seperti suasana zaman kuno.
kakawinkakawinKesusasteraanTiadaVersi puitis epik India yang terdapat di Jawa. Kakawin merupakan bentuk puisi Jawa Kuno. Kakawin disampaikan dalam bahasa Jawa Kuno dengan bentuknya mirip dengan puisi Sanskrit, iaitu kavya. Berdasarkan kaedah penciptaan kavya, kakawin memperlihatkan ciri-ciri seperti sebuah bait yang terdiri daripada empat baris. Setiap baris mempunyai jumlah suku kata yang sama dan disusun mengikut pola metrum yang sama. Kakawin juga mengandungi beberapa bait yang berturut-turut menggunakan metrum yang sama. Pola metrum kakawin disebut sebagai tembang gede (metrum besar), iaitu metrum yang dipengaruhi oleh prosodi India. Puisi kakawin yang asli ialah puisi yang mengagungkan para dewa, tuhan, dan para wira epik Hindu. Penciptaannya dikaitkan dengan proses meditasi para Kawi untuk mencapai tahap pencerahan kerohanian yang dikenali sebagai mokhsa. Kakawin terawal dan terkenal ialah Kakawin Arjuna Wiwaha yang menceritakan pemilikan senjata sakti oleh Arjuna untuk melawan raksasa. Kakawin lain yang berasaskan epik India ialah Bharatayuddha dan Ramayana yang menjadi repertoir utama untuk wayang purba. Kakawin Jawa yang berlatarkan tema setempat ialah Negarakertagama yang dikarang oleh pujangga Prapanca. Kakawin Jawa dianggap lari (berbeza) daripada konvensi kakawin yang asal kerana karya ini menyanjung pencapaian dan kegemilangan kerajaan Majapahit pada zaman pemerintahan Hayam Wuruk. Pada zaman moden, penyair Rendra telah memanfaatkan unsur kakawin ini dalam puisinya �Kakawin Kawin�.
archaismarkaismeKesusasteraanTiadaPenggunaan perkataan, frasa atau ayat yang dianggap kuno, purba, usang atau antik kerana telah lama tidak digunakan. Perubahan masa menyebabkan banyak perkataan yang pernah digunakan pada zaman silam dianggap lupus dan kuno. Ada kalanya, bahasa arkaik agak sukar difahami maksudnya, dan memerlukan penelitian yang lebih terperinci. Umumnya, bahasa arkaik banyak ditemui dalam puisi. Dalam kesusasteraan Inggeris, perkataan seperti �thye�, �thee�, atau �morn� merupakan perkataan arkaik. Arkaisme mempunyai peranan tertentu, antaranya dapat meninggalkan kesan penggunaan bahasa yang berbeza daripada bahasa biasa, serta dapat menimbulkan suasana budaya masa lampau kepada pembaca masa kini. Dalam tradisi Melayu, bahasa arkaik banyak ditemui dalam teks Melayu lama, khususnya dalam mantera Melayu.
atefmahkota atefKesenianTiadaHiasan kepala yang tinggi berwarna putih, dihiasi bulu burung kasawari yang disusun pada kiri dan kanannya. Mahkota ini merupakan lambang hiasan kepala bagi tuhan Mesir kuno yang akhirnya menjadi pakaian rasmi raja-raja Mesir Kuno.
archaickuno/purbaKesusasteraanTiadaSesuatu yang bersifat purba, lama dan tua.
archaickuno/purbaKomunikasiTiadaSesuatu yang bersifat purba, lama dan tua.
archaickuno/purbaKesusasteraanTiadaSesuatu yang bersifat purba, lama dan tua.
12345678910...

Kembali ke atas