Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ku.no] | کونو

Definisi : 1. lama atau tua (berasal dr zaman dahulu), dahulukala; barang ~ barang yg berasal dr zaman dahulu; masyarakat ~ masyarakat zaman dahulukala; zaman ~ zaman dahulukala, purbakala; 2. kolot, tidak moden; adat ~ adat yg sudah usang; kepercayaan ~ kepercayaan kolot (spt kepercayaan kpd kuasa ghaib dll); pendapat (sikap) ~ pendapat (sikap) yg tidak moden; kekunoan 1. barang apa yg bersifat kuno; 2. perihal (sifat) tidak moden, kekolotan: ~ sikap akan menghalang kemajuan; 3. Id (Lin) penggunaan bahasa secara kuno (baha­sa lama). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ku.no] | کونو

Definisi : 1 sudah ada sejak bertahun-tahun dahulu; lama; tua: barang-barang ~ barang-barang lama. 2 tidak moden; kolot (bkn adat, fahaman dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kuno
Bahasa Asal :Jawa
1. Dalam konteks masa
bersinonim dengan dahulu kala, purbakala, lama, tua, bahari, usang,
Berantonim dengan mutakhir

2. Dalam konteks sikap
bersinonim dengan kolot, usang, ketinggalan zaman, konservatif, ortodoks, jumud, primitif,
Berantonim dengan moden

Kata Terbitan : kekunoan,