Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ku.nyah] | کوڽه

Definisi : ; mengunyah 1. melumatkan (meng­hancurkan) makanan dlm mulut dgn gigi se­belum menelannya, memamah: tanganku menyuap nasi lagi, mulutku ~ perlahan-lahan; 2. ki memikirkan baik-baik, meneliti (ajaran, kata-kata, dll): segala ajarannya hendaklah dikunyah dan diambil mana yg baik; 3. ki memakan, menelan: usia tua telah ~ hidupnya sejak suaminya meninggal dunia; 4. = mengunyah-ngunyah ki me­nyebut (memperkatakan) berulang-ulang, selalu membangkit-bangkitkan: janganlah dikunyah-kunyah lagi perkara itu; mengunyahkan mengunyah utk (orang lain); terkunyah 1. (telah) dikunyah: Milah membiarkan nasi yg masih ada dlm mulutnya ~; 2. mengunyah dgn tidak sengaja; ~ di batu ki buruk nasib, malang, sial; ~ di nasi ki bernasib baik, beruntung, mujur; kunyahan sesuatu yg sudah dikunyah; pengunyahan perbuatan (proses dsb) mengunyah: gigi berfungsi memotong dan menyiat makanan menjadi potongan-potongan kecil utk memudahkan ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ku.nyah] | کوڽه

Definisi : ; mengunyah menghancurkan makanan dlm mulut dgn gigi (sebelum menelannya); memamah: Makanan hendaklah dikunyah lumat-lumat sebelum ditelan. mengunyahkan mengunyah utk orang lain. terkunyah 1 sudah dikunyah; dpt dikunyah. 2 mengunyah dgn tidak sengaja: Saya ~ tulang. pengunyah (jenis haiwan) yg mengunyah: Lembu dan kambing termasuk dlm kumpulan haiwan ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kunyah
Kata Terbitan : mengunyah, terkunyah, kunyahan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
chewable tablettablet kunyahSains KesihatanTiadaTablet yang diambil dengan cara kunyah.
chewable tablettablet kunyahFarmasiFarmaseutikTablet yang perlu dikunyah untuk menghancurkan tablet kepada ketulan yang lebih kecil. Proses ini akan meningkatkan luas permukaan yang terdedah untuk proses pelarutan. Drug yang dibebaskan akan diserap dengan lebih cepat. Tablet ini juga boleh diberikan kepada pesakit yang mempunyai kesukaran untuk menelan seperti orang tua dan kanak-kanak. Tablet kunyah ini juga dibuat untuk meningkatkan penerimaan ubat oleh kanak-kanak. Contohnya, tablet kunyah multivitamin. Tablet ini juga boleh digunakan jika dos yang hendak diberikan terlalu besar untuk ditelan.
masticatekunyahPerubatanTiadaTiada
masticatuskunyahPerubatanTiadaTiada
masticatekunyahKejuruteraanTiadaTiada
masticatekunyahPertanianTiadaTiada
ear chewingkunyah telingaVeterinarTiadaTiada
masticatoryubat kunyahPerubatanTiadaTiada
masticatoryubat kunyahPertanianTiadaTiada
chewing gumgam kunyahGeografiTiadaTiada
123

Kembali ke atas