Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sj ikan laut; a) Lutjanus spp.; b) kuning-kuning, Lutjanus letianus; c) kuning­kuning, remung, Lutjanus lineolatus; d) kuning-kuning, tanda, Lutjanus kasmira; e) kuning-kuning, tanda jalur, Lutjanus fulviflamma. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kunyit-kunyit I

Puisi
 

Nasi kunyit tinggi berdiri,
     Mari makan di atas meja;
Dari jauh hamba ke mari,
     Untuk berjumpa sahabat semata.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Tidak resan kunyit,
     resan serai.

Bermaksud :

Tidak ada perhubungan keluarga walaupun dulunya kelihatan sebagai satu keluarga (orang-orang yang berselisih). resan = rasa dengan lidah.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Pantun

PantunSumberTema
Yang kunyit biarlah kunyit, Malang kunyit lambat berisi; Orang buncit biarlah buncit, Malang buncit tak dapat lari.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Indung kunyit pemanggang ayam, Ketupat nasi berisi inti; Dunia senget alam tenggelam, Belum dapat jangan berhenti.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Nasi kunyit tinggi berdiri, Mari makan di atas meja; Dari jauh hamba ke mari, Untuk berjumpa sahabat semata.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Nasi kunyit gulai ayam, Mari makan di Batu Melintang; Topi senget jalan malam, Jalan mencari sanggul melintang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Waktu menteri membeli kunyit, Orang berjaja bermandi peluh; Pilulah hati berlaki buncit, Kurang waspada bininya lumpuh.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Biarkan orang merendam kunyit, Kita merendam keladi juga; Biarkan orang memandang duit, Kita memandang budi juga.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Sukalah hati mencari kunyit, Hidupnya mudah tegak pun subur; Sukalah hati berbini buncit, Hidup susah nampaknya makmur.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Gelaklah beruk mencabut kunyit, Mahu digigit terasa mual; Hendak memeluk perutnya buncit, Mahu mencubit kukulah tanggal.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Air keruh telaga keruh, Air kunyit pencuci kaki; Adik jauhabang pun jauh, Tidur seminit dimasuk mimpi.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Ribu-ribu di tepi jalan, Den tanam kunyit timbal balik; Kalau rindu anak berjalan, Usah dikenang dagang tak berbalik.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
12

Kembali ke atas