Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. sj mata wang zaman dahulu yg berbeza-beza nilainya (menurut daerahnya); se~ sepuluh sen (di utara Semenanjung Malay­sia), 12 1/2 sen (di Kelantan), 50 sen (di Padang dll); se~ tera sepuluh sen; 2. Kd memberi upah (mengupah) utk membuat kerja; 3. sj ukuran berat emas (sama dgn kira-kira 161 tahil): apa bicara Seri Nara Diraja, kerana emas pd kita se~ pun tiada?; pitis se~ genap, hendak membeli kancah berkerawang, nuri pandai berkata prb orang miskin yg tidak berke­mampuan hendak berbelanja spt orang kaya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : mata wang zaman dahulu yg nilainya berbeza-beza mengikut daerah (sekupang = 10 sen di utara Malaysia, 12 ½ sen di Kelantan). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kupang I


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KUPANG

Kupang ialah haiwan air yang badan lembutnya

di dalam cangkerang keras. Kupang hidup

dalam laut dan dalam air tawar. Cangkerangnya

terdiri daripada dua keping cangkerang dan

dinamakan <I>injap. I>Injap ini dicantumkan oleh sendi

dan boleh dibuka dan ditutup.

UMUM 
DIALEK MELAYU KUPANGDIALEK MELAYU KUPANG, dialek yang dituturkan sebagai bahasa perhubungan di bandar Kupang Pulau Timor, Indonesia sejak tahun 1676. Dialek ini digunakan sebagai bahasa perniagaan dan bahasa pentadbiran berbagai-bagai kaum terutamanya orang Pulau Roti yang datang ke Kupang dan mempengaruhi pembentukan bahasa Melayu di sana.BAHASABahasa
MOLUSKA

Moluska ialah haiwan berbadan lembut yang tidak

bertulang. Siput, lintah, kima, kupang, tiram, sotong,

dan sotong kurita ialah moluska. Kebanyakan

moluska mempunyai cangkerang keras yang

melindungi badannya yang lembut. Sesetengahnya

seperti sotong katak dan sotong tidak mempunyai

cangkerang luar. Cangkerang khas tumbuh di dalam

badannya. Cangkerang ini dikenali sebagai <i>tulangi>

<i> sotong i> pada sotong katak dan <i>pen i>pada sotong.

Beberapa jenis moluska termasuk sotong kurita dan

lintah tertentu tidak mempunyai cangkerang

langsung. Untuk maklumat lanjut tentang

cangkerang moluska dan bagaimana ia terbentuk,

lihat Cangkerang.

UMUM 
OYSTERCATCHER

Oystercatcher ialah nama beberapa spesies

burung randuk yang tinggal di pantai di

kebanyakan bahagian di dunia. Nama ini diberi

kerana paruh <i> oystercatcher i> yang bertepi tajam dan

berbentuk pahat, yang digunakannya untuk

mengopek cangkerang moluska seperti kupang

dan tiram, dan untuk mencungkil berangas

daripada batu.

UMUM 
DIALEK MELAYU DI NUSA TENGGARADIALEK MELAYU DI NUSA TENGGARA, dialek yang digunakan di wilayah yang terbentang lebih1000 km dari Pulau Lombok di sebelah barat hingga Pulau Timor di sebelah timur, mengikuti alur gunung berapi yang membentuk pelbagai pulau. Di kepulauan yang luas itu, terdapat tiga dialek Melayu iaitu dialek Lombok, Larantuka dan Kupang. Walaupun ketiga-tiganya dituturkan di kepulauan yang sama, sejarah, latar belakang dan ciri-ciri setiap dialek itu adalah berbeza. Kesemuanya dituturkan sebagai bahasa ibunda oleh golongan minoriti tetapi nampaknya hanya dialek Kupang sahaja yang berfungsi sebagai bahasa perhubungan di kawasan tertentu.BAHASABahasa

Kembali ke atas