Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ku.pu.ku.pu] | کوڤو٢

Definisi : sj serangga dgn kepak yg ber­warna-warni dan tertutup rapat sewaktu rehat, dan tergolong dlm order Lepidoptera; ~ malam ki perempuan jahat, pelacur. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ku.pu.ku.pu] | کوڤو٢

Definisi : 1. sj tumbuhan (pokok renek), bunga perak, Bauhinia acuminata; 2. sj tumbuhan (pokok renek yg kayunya keras dibuat hulu keris dll), Bauhinia tomentosa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ku.pu.ku.pu] | کوڤو٢

Definisi : serangga yg mempunyai sepasang sesungut, empat sayap dan biasanya berwarna-warni dan terang warnanya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kupu-kupu

Puisi
 

Kupu-kupu terbang ke langit,
     Singgah di langit bersalin kain;
Bertangkup bumi dengan langit,
     Baru saya mencari lain.


Lihat selanjutnya...(4)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KUPU-KUPU TENGKORAK

Kupu-kupu tengkorak ialah kupu-kupu

besar yang badannya gemuk dan berbulu. Banyak

kepercayaan karut timbul kerana badannya

bercorak seperti tengkorak. Kupu-kupu tengkorak

adalah sejenis kupu-kupu lang (lihat Kupu-kupu

lang).

UMUM 
KUPU-KUPU CODLING

Kupu-kupu codling ialah kupu-kupu kecil

berwarna perang dan gangsa. Beluncas

kupu-kupu ini menyebabkan kerosakan teruk

pada epal. Ia juga memusnahkan buah seperti pear,

kuins dan walnut. Kupu-kupu codling yang berasal

dari Eropah, kini hidup di semua bahagian di dunia.

UMUM 
KUPU-KUPU PIC

Kupu-kupu pic ialah kupu-kupu kecil, berbintik-bintik

perang. Ia juga dikenali sebagai kupu-kupu

buah Timur kerana ia dikatakan berasal dari

Jepun. Ia adalah satu daripada perosak

pic yang paling serius.

UMUM 
KUPU-KUPU LANG

Kupu-kupu lang ialah anggota famili

kupu-kupu besar di seluruh dunia yang berwarna

terang yang juga dikenali sebagai kupu-kupu

sfinks. Kupu-kupu ini mempunyai badan yang kuat,

bergaris arus; kepak depan yang langsing

dan kepak belakang yang kecil.

UMUM 
KUPU-KUPU CAWAN

Kupu-kupu cawan ialah kupu-kupu bersaiz kecil

hingga sederhana, agak tegap, berbulu berwarna

gelap. Australia mempunyai lebih kurang 80 spesies

kupu-kupu cawan yang kebanyakannya hidup

di kawasan tropika. Beluncas kupu-kupu cawan

adalah seperti lintah bulan dengan kepalanya boleh

ditarik ke dalam badannya. Ia kelihatan seolah-olah

menggelincir di atas daun tempat ia makan kerana

kakinya pendek.

UMUM 
KUPU-KUPU GIPSI

Kupu-kupu gipsi ialah anggota famili

kupu-kupu rumpun yang merosakkan pokok

hutan dan pokok buah, terutamanya di Amerika

Utara. Beluncas kupu-kupu gipsi memakan

daun pokok daun lebar dan daun jejarum.

Semasa berlaku wabak besar, beluncas ini boleh

menggondolkan pokok. Penggondolan ini boleh

mematikan pokok daun jejarum, dan pokok daun

lebar mungkin mati akibat pokoknya gondol dalam

beberapa tahun berturut-turut. Beluncas

kupu-kupu gipsi memusnahkan terutamanya

pokok oak.

UMUM 
KUPU-KUPU MAHARAJA

Kupu-kupu maharaja ialah kupu-kupu

Eropah yang hidup di kawasan heath. Yang jantan

lebih kecil daripada yang betina, dengan bukaan

sayapnya berukuran 6.8 sentimeter berbanding

dengan bukaan sayap kupu-kupu betina 7.8

sentimeter.

UMUM 
KUPU-KUPU

Kupu-kupu ialah satu daripada berbagai-bagai

jenis serangga yang berkait rapat dengan rama-

rama. Kesemua rama-rama dan hampir semua

kupu-kupu mempunyai dua pasang sayap -

sepasang sayap hadapan yang besar dan sepasang

sayap belakang yang lebih kecil. Kupu-kupu dan

rama-rama, kedua-duanya membentuk kumpulan

serangga Lepidoptera. Nama Lepidoptera berasal

daripada perkataan Yunani: lepis yang bermaksud

sisik dan pteron, bermaksud sayap. Nama tersebut

merujuk kepada sisik yang berserbuk halus yang

melitupi sayap rama-rama dan kupu-kupu.

UMUM 
KUPU-KUPU EKOR PERANG

Kupu-kupu ekor perang ialah spesies Dunia

Lama yang diperkenalkan ke timur Amerika Utara.

Ia ialah perosak pokok buah. Sayap kupu-kupu ini

lebarnya kira-kira 3.8 sentimeter. Ia berwarna putih

dengan abdomennya berwarna perang yang jambak

bulunya berwarna perang. Kupu-kupu jantan dan

betina terbang dengan baik.

UMUM 
SYAIR KUPU-KUPU

SYAIR KUPU-KUPU, puisi Melayu tradisional. Syair ini ialah syair kiasan atau sindiran yang menyindir peristiwa tertentu. Ada beberapa buah syair yang diberi judul Syair Kupu-kupu. Syair Kupu-kupu (Schoemann V 40) yang tersimpan di perpustakaan di Berlin mengisahkan cinta kupu-kupu pada biring-biring/berang-berang. Setelah gagal beberapa kali, akhirnya dia berhasil mendapat kekasihnya. Isi syair ini sama dengan Syair Berang-Berang (MS Malay 2 (R) ) yang disimpan di Bodleain Library, Oxford.

SASTERAKonsep
12

Kembali ke atas