Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ku.pu.ku.pu] | کوڤو٢

Definisi : sj serangga dgn kepak yg ber­warna-warni dan tertutup rapat sewaktu rehat, dan tergolong dlm order Lepidoptera; ~ malam ki perempuan jahat, pelacur. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ku.pu.ku.pu] | کوڤو٢

Definisi : 1. sj tumbuhan (pokok renek), bunga perak, Bauhinia acuminata; 2. sj tumbuhan (pokok renek yg kayunya keras dibuat hulu keris dll), Bauhinia tomentosa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ku.pu.ku.pu] | کوڤو٢

Definisi : serangga yg mempunyai sepasang sesungut, empat sayap dan biasanya berwarna-warni dan terang warnanya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kupu-kupu

Puisi
 

Kupu-kupu terbang ke langit,
     Singgah di langit bersalin kain;
Bertangkup bumi dengan langit,
     Baru saya mencari lain.


Lihat selanjutnya...(4)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
kupu-kupukupu-kupuKesenianTiadaMotif ukiran berunsur haiwan berbentuk kupu-kupu yang berfungsi seperti penutup kaki bendul.
acrea mothkupu-kupu akreaBiologiEntomologiKupu-kupu rawang yang berwarna putih berbintik gelap. Kupu-kupu ini biasanya terdapat di utara benua Amerika.
fig mothkupu-kupu araBiologiEntomologiKupu-kupu kecil yang terdapat hampir di seluruh duia. Larva serangga ini merupakan perosak buah koko dan buah-buahan kering. kupu-kupu koko.
atlas mothkupu-kupu gajahBiologiEntomologiKupu-kupu raksasa saturniid yang terdapat di Asia Tropika. Jarak buka sayapnya lebih kurang 25 cm. Spesies yang serupa dengan kupu-kupu ini, iaitu Attacus edwardsi dapat ditemukan di Australia.
moth flowerbunga kupu-kupuBiologiEkologiBunga yang didebungakan oleh kupu-kupu, misalnya bunga seri pagi, Ipomea alba. Di antara ciri bunga kupu-kupu termasuklah warna yang putih atau hijau muda, berbau wangi, dan antesis pula berlaku pada waktu malam.
grain mothkupu-kupu bijianBiologiEntomologiKupu-kupu kecil yang larvanya memakan bijirin dan menjadi perosak utama gandum, jagung, dan bijirin lain di seluruh dunia.
honey mothkupu-kupu maduBiologiEntomologiKupu-kupu kecil dalam famili Pyralidae yang mempunyai sayap depan berwarna perang kekelabuan dan sayap belakang berwarna putih. Larvanya memakan lilin dan serangga mati di dalam sarang lebah lama.
acorn mothkupu-kupu akonBiologiEntomologiSpesies kupu-kupu yang memakan biji oak. Terdapat beberapa genus di Amerika Syarikat, misalnya Valentinia.
cocoa mothkupu-kupu kokoBiologiEntomologilhat kupu-kupu ara.
lunar underwing mothkupu-kupu bulanBiologiEntomologiKupu-kupu kecil yang berwarna perang muda dengan bintik-bintik perang tua atau hitam. Beluncasnya juga berwarna perang dan biasanya memakan rumput.
12345678910

Kembali ke atas