Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : tidak sopan, buruk (kasar) budi pekertinya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : tidak berbudi bahasa; buruk budi pekertinya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kurang
1. Bersinonim dengan belum cukup
( tidak sampai)
(kata tugas:)
Berantonim dengan lebih cukup

2. Bersinonim dengan potong
( tolak, diskaun, )
(kata kerja:)

3. Bersinonim dengan tidak berapa
( tidak begitu, tidak cukup, )
(kata tugas:)

4. Bersinonim dengan cacat
( cela)
(adjektif:)
Berantonim dengan sempurna

Kata Terbitan : kurang-kurang, sekurang-kurangnya, berkurang, berkurangan, mengurang, mengurangi, mengurangkan, memperkurang, kekurangan, pengurangan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Pasangan "Sebagaimana...begitu juga" tergolong dalam kata apa dalam BM? Contoh ayat: Sebagaimana dengan ibunya yang mengabaikan keluarga, begitu juga dengan anaknya yang kurang ajar. Soalannya: Adakah "dengan" diperlukan selepas "sebagaimana"" Atau memadai setakat mengatakan "Sebagaimana ibunya yang mengabaikan keluarga, begitu juga dengan anaknya yang kurang ajar"? Terima Kasih.Sebagaimana bermaksud sama halnya dengan, oleh itu tidak perlu lagi diikuti kata dengan.Tatabahasa08.09.2011
Salam sejahtera. Soalan saya mengenai kesahihan susunan ayat berikut, dan harap dapat menunjuk ajar cara tulis yang betul jika salah. Selain itu, turut dapat diperhatikan pada filem calitan darah adalah kewujudan sel darah merah terkecut.Saya kurang jelas dengan maksud "darah merah terkecut" adakah ia merupakan  istilah khusus dalam bidang perubatan atau perkataan "terkecut" ini merujuk kepada darah beku? maka ayat tersebut boleh ditulis seperti berikut: 1) Selain itu, pada filem calitan darah terdapat darah merah beku. 2). Selain itu, terdapat darah merah beku pada filem calitan darah.Lain-lain21.09.2017
Salam sejahtera..... Di sini saya ada beberapa keraguan tentang penggunaan bahasa yang memerlukan penjelasan dan tujuk ajar pihak tuan. 1) Yang manakah ayat berikut benar penggunaan bahasanya? i) Kita boleh mendirikan khemah di situ kerana kawasan itu sama luas dengan gelanggang bola jaring ini. ii) Kita boleh mendirikan khemah di situ kerana kawasan itu seluas dengan gelanggang bola jaring ini. 2) Saya sering menghadapi masalah ketika menerangkan penggunaan imbuhan me...kan dengan me...i dan me.... pada situasi ayat yang berlainan. Namun muri-murid saya tetap keliru dan kurang memahami. Berikut, saya memetik beberapa ayat contoh yang menimbulkan keraguan. i) Emak sedang menghiaskan ruang tamu dengan lampu pelbagai warna. ii) Cikgu Ali sedang mengajar mata pelajaran Sejarah dalam tingkatan 2 Merah. iii) Ah Meng menemui sebentuk cincin di halaman rumah. Sedangkan jawapan yang saya peroleh ialah : i) Emak sedang menghiasi ruang tamu dengan lampu pelbagai warna. ii) Cikgu Ali sedang mengajarkan mata pelajaran Sejarah dalam tingkatan 2 Merah. iii) Ah Meng menemukan sebentuk cincin di halaman rumah. Justeru, saya amat memerlukan tunjuk ajar pihak tuan agar dapat membantu saya merungkai masalah saya. Penjelasan ini amat penting bagi saya memantapkan pengajaran saya dalam bahasa Melayu serta keberkesanan tahap kefahaman murid saya...... Sekian, terima kasih daun keladi dan salam sejahtera........1. Dari segi tatabahasa, kedua-dua ayat tersebut betul dan boleh digunakan. Untuk imbuhan me-kan, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Untuk pengetahuan Puan, buku-buku rujukan yang diterbitkan oleh penerbit luar (bukan DBP), kebanyakan mereka tidak sangat mementingkan penggunaan tatabahasa yang betul.Tatabahasa15.05.2010
Rujuk kepada jawapan tuan pada 20/06/2016, bolehkah tuan tunjuk ajar kepada saya? Jawapan tuan - Untuk makluman, kedua-dua perkataan tersebut iaitu pada dan akan merupakan kata sendi nama. Kata sendi nama pada digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menunjukkan keterangan waktu dan tempat, dan digunakan dalam ungkapan ada + pada (manusia dan haiwan) dalam beberapa situasi tertentu. Manakala, kata sendi nama akan digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang merujuk kepada manusia. Sehubungan dengan itu, perkataan yang tepat bagi tersebut ialah Ling Ling takut akan singa. Saya kurang faham terhadap ayat ini " dan digunakan dalam ungkapan ada + pada (manusia dan haiwan) dalam beberapa situasi tertentu.". Bolehkah tuan memberi contoh?Ungkapan ada + pada (manusia dan haiwan) seperti contoh ayat Buku merah itu ada pada Ahmad, bermaksud perkataan ada + pada hadir secara berturutan dan diikuti manusia (atau haiwan). Tatabahasa27.06.2016
Salam, Saya seorang Certified Translator di ITNM dan saya dalam proses menerbitkan e-book yang berkaitan dengan penyuntingan dan penterjemahan kerana amat kurang penerbitan buku panduan dalam bidang ini hasil karangan orang muda. Oleh sebab itu, saya banyak merujuk buku dan kamus terbitan DBP kerana DBP adalah pusat rujukan terulung dan terbaik di negara ini. Soalan saya ialah, ada yang berpendapat saya tidak boleh dari segi aspek Akta Hak Cipta 1987 untuk menerbitkan kembali kandungan di dalam buku terbitan DBP, contohnya Gaya Dewan Edisi Ketiga tanpa meminta kebenaran. Tetapi saya akan quote kan rujukan tersebut dalam bibliografi(seperti membuat tesis dahulu), tetapi kali ini untuk dijual. Saya amat harap pihak DBP dapat beri tunjuk ajar untuk membantu saya dalam membantu masyarakat melalui penerbitan ebook ini. Segala kerjasama saya dahului dengan ucapan terima kasih.Saudara boleh menggunakan buku Gaya Dewan terbitan DBP sebagai rujukan dan panduan sahaja tetapi tidak dibenarkan menyalin keseluruhan buku tersebut. Buku Gaya Dewan merupakan salah satu buku rujukan penerbitan yang menjadi panduan staf DBP yang juga boleh menjadi panduan organisasi lain.Lain-lain31.10.2011
salam. saya amat meminati dunia penulisan. saya pernah menghasilkan satu novel online. Tapi, daripada segi kualiti mungkin agak rendah kerana mungkin penggunaan struktur kata yang agak kurang bijak, tidak cukup puitis, kosa kata tidak meluas dan kadang-kadang pengakhiran cerita dapat diteka oleh pembaca. Saya betul-betul berminat untuk menjadi penulis dan menerbitkan buku. Saya berkehendakkan khidmat daripada DBP dalam memberi tunjuk ajar dan tips bagi menjadi seorang penulis. harap kepada respon. kerjasama tuan diucapkan terima kasih.Salam. Tips untuk menjadi penulis, antara lain, saudara perlu banyak membaca karya orang lain terlebih dahulu. Jika saudara ingin menulis novel misalnya, maka bacalah novel yang temanya menjadi minat saudara, contohnya kisah cinta, penyiasatan, misteri dan sebagainya. Teliti cara penulis itu menulis karya mereka dari segi pengadunan plot, watak perwatakan, seting, gaya, bahasa, teknik seperti monolog, dialog, saspens; pembahagian bab, dan apa-apa sahaja yang menjalin sesebuah cerita.  Selain itu, saudara perlu mempunyai ilmu bantu yang merentas bidang seperti teori sastera, psikologi, falsafah, sosiologi dan sebagainya, kerana penulisan merupakan gambaran kehidupan, sama ada yang berlaku di alam realiti ataupun imaginasi semata-mata. Saudara juga disarankan agar memasuki mana-mana kursus atau bengkel penulisan yang banyak diadakan oleh badan-badan penerbit, atau orang perseorangan yang boleh menjadi mentor saudara.  Pada masa ini juga, banyak buku  panduan menulis boleh didapati di pasaran, yang dapat memberi banyak tips untuk saudara menulis. Dan akhir sekali, untuk menjadi penulis yang baik, maka mahu tidak mahu, ia terpulang juga kepada bakat semula jadi seseorang itu. Jika seseorang itu dianugerahi Allah, bakat semula jadi (alami), tanpa banyak belajar pun, dia akan menjadi penulis yang baik. Moga saudara menjadi seorang penulis yang berjaya pada suatu hari nanti, insya-Allah. Wassalam.Lain-lain05.05.2010
Bolehkah "learned curriculum" diterjemahkan sebagai "kurikulum terpelajar" ataupun "kurikulum yang dipelajari" memandangkan "learned curriculum" merujuk kepada kurikulum yang dipelajari pelajar dalam kelas? Jawapan daripada carian kata adalah "kurikulum ilmiah". Saya berasa perkataan "ilmiah" kurang selaras dengan "apa yang pelajar pelajari dalam kelas" , ia lebih kepada bahan ilmiah, jurnal ilmiah, majalah berilmiah dsbg. Ini adalah pandangan saya mungkin tidak betul. Sila beri tunjuk ajar Terima kasihUntuk makluman, perkataan "learned" boleh diterjemahkan kepada beberapa perkataan dalam bahasa Melayu, iaitu  berilmu, ilmiah dan dipelajari. Penggunaan padanan bahasa Melayu ini bergantung pada konsep dan konteks penggunaan. Sekiranya tuan pasti konsep istilah ini merujuk kepada kurikulum yang dipelajari pelajar dalam kelas,  istilah bahasa Melayu yang dicadangkan ialah kurikulum dipelajari.Istilah29.07.2013
Salam tuan/puan. Saya mengalami masalah dalam memberi penerangan berkaitan penggunaan kata hubung berpasangan : 1. Sungguhpun …tetapi 2. Walaupun…namun Bagaimanakah cara untuk membezakan penggunaan kata hubung berpasangan ini. Harap tunjuk ajar dan maklum balas .Terima kasih

Tatabahasa Dewan tidak menerima  kata hubung berpasangan sebagai jenis kata hubung tetapi dianggap sebagai pasangan yang gramatis. Kata hubung yang berpasangan digunakan untuk menggabungkan dua ayat atau lebih seperti lebih baik … daripada, apakah … ataupun, adakah … atau (pun), sama ada … atau, dan sebagainya.

Kata hubung walaupun dan sungguhpun lazimnya diikuti dengan tanda koma seperti yang berikut:
  1. Walaupun kurang sihat, dia tetap menghadiri majlis usrah itu.
  2. Sungguhpun letih, pemain handal itu terus bermain juga. 

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatatabahasa Dewan Edisi Ketiga halaman 251- 254.

Tatabahasa29.08.2021
Adakah penggunaan kata penguat dalam ayat-ayat berikut betul? 1. Pemandangan laut itu indah amat. 2. Pemandangan laut itu indah benar 3. Pemandangan laut itu nian. Selain itu, apakah perbezaan penggunaan kata penguat di atas. Sebab maksudnya macam sama sahaja. Ada apa cara untuk bezakan mereka? Asal usul soalan ini terdapat daripada pdf file yang disertakan pada soalan 9. Harap berikan tunjuk ajar secepat mungkin. Terima kasih banyak-banyak.

Penggunaan kata penguat dalam ayat yang diberikan betul.

1. Pemandangan laut itu indah amat.
2. Pemandangan laut itu indah benar
3. Pemandangan laut itu indah nian.

Ketiga-tiga penggunaan kata penguat dalam ayat tersebut, iaitu “amat”, “benar” dan “nian”  membawa maksud yang sama.

Terdapat tiga jenis kata penguat, antaranya:

1. Kata penguat hadapan, iaitu perkataan yang letaknya di hadapan frasa atau kata adjektif. Contohnya, terlalu, paling, agak, cukup, makin dan kurang.
2. Kata penguat belakang, iaitu perkataan yang letaknya di belakang kata adjektif. Contohnya, sekali, benar, betul dan nian.
3. Kata penguat bebas, iaitu perkataan yang letaknya atau kedudukannya bebas, iaitu sama ada di hadapan atau di belakang kata adjektif. Contohnya, amat, sangat dan sungguh.

Tatabahasa09.09.2022

Kembali ke atas