close contact | kontak rapat | Kesihatan Awam | Tiada | Individu yang berada pada jarak kurang dari 1 meter dengan individu yang telah dijangkiti virus dan terkena rembesan orang yang dijangkiti. |
wire line | kertas led | Perpustakaan | Tiada | Bahagian dawai yang nipis lagi panjang yang terletak rapat dan mendatar/melintang dan diikat pada dawai yang tebal pada jarak lebih kurang 1 inci dalam acuan membuat kertas buatan tangan |
lanjik (Ib) | lanjik (Ib) | Kesenian | Tiada | Bakul amin besar daripada rotan, berbentuk silinder lebih kurang 150 cm tinggi dan 160 cm ukuran lilitnya, mulutnya berbingkai kayu, beranyam rapat, dan digunakan untuk membawa padi. |
drizzle | gerimis | Hidrologi | Tiada | Kerpasan yang agak seragam terdiri dari hanya titisan air yang halus (bergaris pusat kurang dari 0.5 mm) dan sangat rapat antara satu dengan lainnya. |
drizzle | gerimis | Sains | Hidrometeorologi | Kerpasan yang agak seragam yang terdiri daripada hanya titis air yang halus (bergaris pusat kurang daripada 0.5 mm) dan sangat rapat antara satu dengan yang lain. |
drizzle | gerimis | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Kerpasan yang agak seragam yang hanya terdiri daripada titis air yang halus (bergaris pusat kurang daripada 0.5mm) dan rapat antara satu dengan yang lain. |
energy band | jalur tenaga | Kimia | Tiada | Jalur yang terbentuk daripada banyak aras tenaga yang selanjar dan sangat rapat di dalam pepejal berhablur. Terdapat dua jenis jalur tenaga, iaitu jalur valens ialah aras tenaga terkuantum yang dapat diduduki elektron apabila elektron ini di dalam orbital valens pepejal berhablur. Elektron di dalam jalur ini tidak dapat bergerak bebas di bawah pengaruh medan elektrik. Jalur konduksi pula ialah aras tenaga terkuantum yang lebih tinggi daripada aras tenaga jalur valens. Elektron dapat menduduki jalur ini melalui getaran terma kekisi berhablur. Peningkatan elektron ke jalur ini membentuk lubang di dalam jalur valens. Elektron di dalam jalur konduksi dapat bergerak bebas di bawah pengaruh medan leketrik. Terdapat jalur terlarang di antara jalur valens dengan jalur konduksi. Ciri elektrik pepejal berhablur bergantung pada lebarnya jalur terlarang ini. Bagi logam, lebar jalur ini ialah disifar, bagi penebat pula, lebarnya lebih daripada 5 eV dan bagi semikonduktor, lebarnya lebih kurang 1 eV. |
Dianella ensifolia | siak-siak | Herba | Botani dan Bioteknologi | Tumbuhan herba dalam famili Liliaceae yang dikenali juga sebagai siak-siak jantan. Siak-siak tumbuh di hutan sekunder dan belukar. Ketinggiannya mencapai 60 cm. Daunnya berbentuk linear dan tersusun rapat pada batang. Jambak bunganya panjang lebih kurang 30 cm dan bahagian hujungnya bercabang. Bunganya berwarna biru atau putih. Buahnya berbentuk bulat, berwarna hijau semasa muda dan bertukar ungu kebiruan apabila masak. Bijinya berwarna hitam berkilau. Akarnya digunakan untuk merawat masalah kecacingan. Air rebusan akar diminum untuk merawat cirit-birit, sukar kencing dan keputihan. Air rebusan batang diminum untuk menghilangkan kelesuan. Daun yang ditumbuk lumat digunakan untuk merawat luka. Akar dan rizomnya digunakan dalam pembuatan kosmetik dan pewangi serta untuk menghalau tikus. |