Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
kurang
1. Bersinonim dengan belum cukup
( tidak sampai)
(kata tugas:)
Berantonim dengan lebih cukup

2. Bersinonim dengan potong
( tolak, diskaun, )
(kata kerja:)

3. Bersinonim dengan tidak berapa
( tidak begitu, tidak cukup, )
(kata tugas:)

4. Bersinonim dengan cacat
( cela)
(adjektif:)
Berantonim dengan sempurna

Kata Terbitan : kurang-kurang, sekurang-kurangnya, berkurang, berkurangan, mengurang, mengurangi, mengurangkan, memperkurang, kekurangan, pengurangan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
circumzenithal arcarka zenit lilitFizikOptikArka terang berwarna pelangi lebih kurang suku bulatan dengan pusatnya pada zenit dan lebih kurang 46o di atas matahari. Arka tersebut dihasilkan oleh pembiasan dan sebaran cahaya matahari yang mengenai bahagian atas hablur air berprisma dalam atmosfera dan biasanya wujud hanya beberapa minit sahaja.
hemaralopiahemaralopiaPerubatanTiadaKeadaan penglihatan yang baik pada cahaya malap tetapi kurang memuaskan dalam cahaya terang.
magnetic crochetkrocet magnetMeteorologiMeteorologi PerhubunganGangguan berhayat singkat, medan magnetik bumi yang biasanya kurang daripada satu jam dan hanya dicerap dibahagian siang hemisfera segerak dengan kilau suria yang terang.
nacreous cloudsawan nakteusMeteorologiMeteorologi PerhubunganAwan stratosfera nadir yang selalunya terjadi di Norway dan Scotland pada musim sejuk, apabila berlaku aliran barat/barat laut yang kuat dan meluas (lekukan meluas di Scandinavia Utara). Awan ini berbentuk seperti kanta, berstruktur lemah dan menunjukkan pendariris terang pada jarak sudut sehingga lebih kurang 40� dari kedudukan matahari. Warna awan ini sangat terang sejurus selepas matahari terbenam (atau sebelum matahari terbit) dan terus berkeadaan seperti itu untuk beberapa ketika selepas matahari terbenam. Min ketinggian awan mengikut ukuran C. Stormer ini ialah 24 km. Awan ini tidak bergerak atau bergerak sedikit sahaja; hakikat ini, bersama dengan kejadiannya, kuat membayangkan bahawa awan ini merupakan golongan awan gelombang gunung. Sifat zarahnya tidak diketahui tetapi kesan optik yang berkaitan membayangkan belauan oleh zarah bulat bergaris pusat kurang daripada 250 m. Awan ini induk mutiara.
nacreous cloudsawan nakreusSainsHidrometeorologiSejenis awan stratosfera yang nadir dan selalunya terjadi di Norway dan Scotland pada musim sejuk apabila berlaku aliran barat-barat laut yang kuat dan meluas (lekukan meluas di Scandinavia utara). Awan ini berbentuk seperti kanta, berstruktur lemah dan menunjukkan pendariris terang pada jarak sudut sehingga lebih kurang 40� dari kedudukan matahari. Warna awan ini sangat terang sejurus selepas matahari terbenam (atau sebelum matahari terbit) dan terus berkeadaan seperti itu untuk beberapa ketika selepas matahari terbenam. Min ukuran ketinggian. Stormer awan ini ialah 24 km. Awan ini tidak bergerak atau bergerak sedikit sahaja; hakikat ini, bersama dengan kejadiannya, kuat membayangkan bahawa awan ini merupakan golongan awan gelombang gunung. Sifat zarahnya tidak diketahui tetapi kesan optik yang berkaitan membayangkan belauan oleh zarah bulat bergaris pusat kurang daripada 250 mm. Awan ini juga diistilahkan sebagai awan induk mutiara.
diffractionpembelauanKimiaTiadaFenomena yang ditunjukkan oleh gelombang elektromagnet, bunyi dan elektron, yang terhasil daripada penyerakan gelombang oleh susunan sekata titik. Pembelauan berlaku apabila panjang gelombang sinaran lebih kurang sama dengan jarak yang memisahkan titik. Gelombang terserak mengganggu satu sama lain apabila bertembung semula, iaitu fasa yang sama bertembung menghasilkan gelombang terang, dan sebaliknya.
dust devilpusar debuSainsHidrometeorologiPusaran yang cukup sempurna, atau angin pusaran yang kecil, tetapi kencang, biasanya berlaku dalam tempoh yang singkat dan dapat dilihat disebabkan oleh debu, pasir dan puing yang dipungut dari muka bumi. Garis pusatnya antara lebih kurang 10 kaki hingga melebihi 100 kaki; ketinggian puratanya lebih kurang 600 kaki, tetapi terdapat sebahagian kecil yang ketinggiannya sampai beberapa ribu kaki. Pusar debu paling kerap terjadi pada sebelah petang yang panas dan tenang dengan langit terang, di kawasan kering apabila keamatan pemanasan permukaan menyebabkan kadar tukaran suhu yang amat curam di beberapa ratus kaki bahagian bawah atmosferanya.
fluorophorefluoroforFizikNanoteknologiKomponen suatu molekul yang menyebabkan molekul berpendarcahaya. Komponen ini merupakan kelompok fungsian dalam molekul yang menyerap tenaga pada frekuensi tertentu dan menyinar semula pada frekuensi yang berbeza. Jumlah tenaga dan frekuensi yang dipancarkan bergantung pada flurofor dan persekitaran kimianya. Bahan pendarcahaya digunakan sebagai penderia untuk mengesan protein, seperti dalam imunopendarfluor dan imunohistokimia. Generasi baharu fluorofor, seperti Alexa Fluors dan Dylight Fluors lebih stabil, lebih terang dan kurang sensitif terhadap pH.
dental behaviour assessmentpenilaian tingkah laku pergigianPergigianTiadaProses penilaian keupayaan pesakit untuk bekerjasama semasa rawatan pergigian dijalankan. Penilaian ini dibuat bagi mengenal pasti kaedah pengurusan tingkah laku pesakit yang sesuai untuk pesakit. Penilaian tingkah laku berbeza mengikut umur, status kesihatan dan sikap pesakit. Contohnya, kanak-kanak berusia dua tahun kurang mampu untuk mengikut arahan maka rawatan pergigian perlu dijalankan dengan menggunakan teknik bius am. Manakala kanak-kanak yang lebih berusia mampu mengikut arahan dan rawatan pergigian dijalankan dengan kaedah pramedikasi atau kaedah terang-tunjuk-buat.
proseprosaKesusasteraanTiadaKarangan yang ditulis dalam bahasa yang biasa dan bersifat pernyataan yang jelas seperti pertuturan seharian. Prosa tidak mempunyai sebarang corak atau bentuk yang tetap dan terkawal seperti yang terdapat dalam sajak, pantun, dan gurindam. Prosa digunakan dalam penulisan esei, cerpen, novel, dan hikayat. Perbezaan antara puisi dengan prosa adalah kurang jelas. Perbezaan yang paling ketara mungkin dapat dilihat dalam bentuknya pada sesuatu muka surat. Puisi dibentangkan dalam bentuk baris-baris yang berbeza panjangnya, diatur dalam bentuk stanza yang distrukturkan, tetapi prosa dibentangkan dalam bentuk yang mengalir dengan bebas, sesekali diganggu oleh pembahagian perenggan. Perkataan prosa atau proversa oratio berasal daripada perkataan Latin yang bermaksud �wacana terus terang�.

Kembali ke atas