Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ku.rang.ku.rang] | کورڠ٢

Definisi : 1. sekiranya kurang (tidak cukup atau memadai), jika tidak: ~ laku barang ini rugi besar nanti; 2. sangat kurang, makin kurang: ~ dikerah orang, lebih-lebih ia hendak datang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
kurang
1. Bersinonim dengan belum cukup
( tidak sampai)
(kata tugas:)
Berantonim dengan lebih cukup

2. Bersinonim dengan potong
( tolak, diskaun, )
(kata kerja:)

3. Bersinonim dengan tidak berapa
( tidak begitu, tidak cukup, )
(kata tugas:)

4. Bersinonim dengan cacat
( cela)
(adjektif:)
Berantonim dengan sempurna

Kata Terbitan : kurang-kurang, sekurang-kurangnya, berkurang, berkurangan, mengurang, mengurangi, mengurangkan, memperkurang, kekurangan, pengurangan,

Puisi
 

Kurang bulat sembayan sakar,
     Akan membubur si kacang gadung;
Tanah bersukat jangan diekar,
     Kalau diekar siapa yang tanggung?


Lihat selanjutnya...(52)
Peribahasa

Kurang sisik,
     tinggal lidi di buku;
selidik,
     tinggal kaji di guru.

Bermaksud :

Tak akan tercapai maksudnya kalau tak mahu berusaha dan bersusah payah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Jika tidak dipecah ruyung, di mana boleh mendapat sagu, b. Pengayuh sayang dibasahkan, sampan takkan sampai ke seberang). sisik = menyisik, membuang sisik; di guru = pada guru.

 

Lihat selanjutnya...(87)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya mahukan nasi kurang. kurang nasi atau nasi kurang?Ayat yang betul ialah "Saya mahu kurangkan nasi"Tatabahasa07.11.2022
Assalamualaikum. Apakah (i) ungkapan yang betul, dan (ii) maksud: "terlebih sudu daripada kuah"? Terima kasih.Ungkapan yang betul ialah: Lebih sudu daripada kuah.

Maksudnya:Orang yang tidak mempunyai kuasa/jawatan, tetapi menunjukkan sikap yang berlebihan daripada orang yang berkuasa/berjawatan.

Ada juga peribahasa lain yang seakan-akan sama, iaitu: Kurang-kurang bubur, lebih-lebih sudu.  Maksudnya: Pengetahuan sedikit tetapi cakap besar lebih.
Makna17.04.2014
Assalamualaikum... mohon penjelasan pihak dbp tentang penggunaan perkataaan ‘lebih kurang’ atau ‘kurang lebih’. Yang mana patut kita gunakan di Malaysia?... terima kasih..Salam sejahtera,

Tuan,

Frasa yang lazim digunakan ialah "lebih kurang".

Sekian, terima kasih.
Tatabahasa15.02.2019
Sila jelaskan fungsi 'kurang' dalam ayat ini, iaitu Kopi ini 'kurang' manis, adakah 'kurang' ini merupakan kata penegas atau bukan?
Kata penegas yang disebut juga partikel atau kata penyerta ialah sejumlah perkataan yang memberikan penekanan pada bahagian-bahagian tertentu dalam ayat. Terdapat dua jenis kata penegas, iaitu: (i) Yang menegaskan hanya frasa predikat atau bahagiannya. Contohnya, -kah, -tah, dan -lah. (ii) Yang menegaskan kedua-dua bahagian ayat, iaitu frasa nama sebagai subjek atau bahagiannya atau frasa predikat atau bahagiannya. Contohnya, juga, jua, pun, sahaja, lagi, dan memang. Perkataan-perkataan begitu dan banyak boleh menjadi kata penegas apabila menerima proses pendepanan, seperti contoh: banyakkah dan begitulah.
Tatabahasa07.04.2017
masuk keluar atau keluar masuk? kurang lebih atau lebih kurang ?Frasa yang lazim digunakan ialah keluar masuk dan lebih kurang.Tatabahasa07.10.2011
saya ada soalan. Manakah yang betul dan penjelasan kalau boleh. kurang dari satu jam @ kurang daripada satu jam?

Penggunaan yang betul ialah kurang dari satu jam. Kata sendi nama dari digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah, tempat atau waktu.

Tatabahasa07.08.2018
Salam dan terima kasih kerana membantu. Yang mana antara berikut adalah terjemahan yang paling sesuai untuk "people with reduced mobility" - 1) orang kurang mobiliti ; atau 2) orang kurang pergerakan; atau 3) orang kurang upaya pergerakan; atau 4) orang kurang upaya gerak; atau 5) orang kurang upaya mobiliti; atau 6) orang pergerakan terbatas; atau 7) orang mobiliti terbatas?Pada pandangan kami, orang kurang upaya pergerakan paling sesuai untuk terjemahan “people with reduced mobility”.Penyemakan dan penterjemahan23.02.2019
saya ingin bertanya mengenai: 1. Ejaan sebenar bagi latarbelakang/latar belakang, kurang lebih / lebih kurang? 2. Dalam keadaan mana kita perlu gunakan perkataan baru dan perkataan baharu ? Terima kasih.1. latar belakang 2. lebih kurang 3. baharu/baru - new, baru- just sahaja. contoh, adik membeli baju baru/baharu. Dia baru sampai dari Kuala LumpurTatabahasa25.07.2007
tolong tentukan kesalahan bahasa : 1 ) berumur kurang 40 tahun or kurang daripada 40 tahun ? 2 ) yang makin berkurang atau yang semakin berkurang ? 3 ) Si tukang jahit ialah kesalahan bahasa atau tidak ? 4 ) adalah antara 10 - 12 cm atau adalah di antara 10 - 12 cm ? 5 ) hingga atau sehingga ?1) Berumur kurang daripada 40 tahun. 2) ... yang semakin berkurang. 3) Betul. 4) Antara 10-12 cm 5) Kedua-duanya betul. 'Hingga' bermaksud garis terakhir, batas; sampai ke (had tempat, waktu, dll). Contoh : percakapan terhenti hingga itu; hingga kini. 'Sehingga' bermaksud sampai pada keadaan (masa,dll); sampai menjadi; setelah (sudah). Contoh : sehingga matahari telah condong ke barat, barulah Si Tanggang berkayuh balik.Tatabahasa12.11.2015
SALAM 1 MALAYSIA, adakah perkataan 'sekolah kurang beruntung' dalam ayat berikut sesuai digunakan? mohon cadangan lain daripada pihak tuan (jika ada): Lazimnya, sekolah kurang murid (SKM) sering dikaitkan dengan sekolah kurang beruntung (disadvantaged schools) kerana pelbagai masalah seperti kekurangan guru berkualiti, kekurangan prasarana berkualiti, persekitaran yang kurang kondusif, dan kekurangan sumber pengajaran dan pembelajaran. terima kasihKami mencadangkan disadvantaged school diterjemahkan kepada sekolah berkeperluan.Istilah04.12.2015
12345678910...

Kembali ke atas