Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ku.rang.ku.rang] | کورڠ٢

Definisi : 1. sekiranya kurang (tidak cukup atau memadai), jika tidak: ~ laku barang ini rugi besar nanti; 2. sangat kurang, makin kurang: ~ dikerah orang, lebih-lebih ia hendak datang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
kurang
1. Bersinonim dengan belum cukup
( tidak sampai)
(kata tugas:)
Berantonim dengan lebih cukup

2. Bersinonim dengan potong
( tolak, diskaun, )
(kata kerja:)

3. Bersinonim dengan tidak berapa
( tidak begitu, tidak cukup, )
(kata tugas:)

4. Bersinonim dengan cacat
( cela)
(adjektif:)
Berantonim dengan sempurna

Kata Terbitan : kurang-kurang, sekurang-kurangnya, berkurang, berkurangan, mengurang, mengurangi, mengurangkan, memperkurang, kekurangan, pengurangan,

Puisi
 

Kurang bulat sembayan sakar,
     Akan membubur si kacang gadung;
Tanah bersukat jangan diekar,
     Kalau diekar siapa yang tanggung?


Lihat selanjutnya...(52)
Peribahasa

Kurang sisik,
     tinggal lidi di buku;
selidik,
     tinggal kaji di guru.

Bermaksud :

Tak akan tercapai maksudnya kalau tak mahu berusaha dan bersusah payah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Jika tidak dipecah ruyung, di mana boleh mendapat sagu, b. Pengayuh sayang dibasahkan, sampan takkan sampai ke seberang). sisik = menyisik, membuang sisik; di guru = pada guru.

 

Lihat selanjutnya...(87)


Glosari Dialek Negeri Sembilan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
monenggek II[m.nEN.gE/]kata adjektifrasa (tentang makanan).Gula tu monenggek yo rasoe sobab tak cukup masak.[gu.lA tu m.nEN.gE/ j ÄA.s.E s.bAb tA/ tSu.kop mA.sA/]Gulai itu rasanya kurang sebab tidak cukup masak.
caba[tSA.bA]kata adjektifkurang berhati-hati, lalai, leka.Kok caba yo maso bolaja satu apah pon tak dapek.[k/ tSA.bA j mA.s b.lA.dZA sA.tu A.pAh pon tA/ dA.pE/]Kalau lalai semasa belajar, satu apa pun tidak akan dapat.
doda[d.dA]kata adjektifpanas badan kerana kurang sihat, rasa hendak demam.Doda raso badan ekau ni jang, moh copek kito poi sopita.[d.dA ÄA.s bA.dAn E.kAw ni dZAN mh tS.pe/ ki.tpi s.pi.tA]Panas rasa badan kau ini jang, mari kita pergi hospital.
angka[AN.kA]kata adjektifberkenaan badan dalam keadaan panas kerana kurang sihat atau rasa hendak demam.Angka raso badan ekau ni jang, moh copek kito poi sopita.[AN.kA ÄA.s bA.dAn E.kAw ni dZAN mh tS.pe/ ki.t pi s.pi.tA]Panas rasa badan kau ini jang mari kita pergi hospital.

Kembali ke atas