Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ku.ri.ku.lum] | کوريکولوم

Definisi : skop dan isi kandungan sesuatu mata pelajaran di sekolah dll, senarai kesemua mata pelajaran (kursus pengajian) di sekolah dll. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ku.ri.ku.lum] | کوريکولوم

Definisi : semua mata pelajaran yg diajarkan di sekolah, kolej dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kurikulum


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Yang mana lebih tepat dari segi tatabahasa. Kurikulum Standard Sekolah Rendah atau Kurikulum Sekolah Rendah Standard.Kurikulum Standard Sekolah Rendah bermaksud kurikulum yang standard bagi sekolah rendah; manakala Kurikulum Sekolah Rendah Standard bermaksud kurikulum sekolah rendah yang standard. Kami berpandangan Kurikulum Sekolah Rendah Standard lebih tepat kerana yang diperkatakan adalah tentang kurikulum sekolah rendah.Tatabahasa05.12.2016
Bolehkah "learned curriculum" diterjemahkan sebagai "kurikulum terpelajar" ataupun "kurikulum yang dipelajari" memandangkan "learned curriculum" merujuk kepada kurikulum yang dipelajari pelajar dalam kelas? Jawapan daripada carian kata adalah "kurikulum ilmiah". Saya berasa perkataan "ilmiah" kurang selaras dengan "apa yang pelajar pelajari dalam kelas" , ia lebih kepada bahan ilmiah, jurnal ilmiah, majalah berilmiah dsbg. Ini adalah pandangan saya mungkin tidak betul. Sila beri tunjuk ajar Terima kasihUntuk makluman, perkataan "learned" boleh diterjemahkan kepada beberapa perkataan dalam bahasa Melayu, iaitu  berilmu, ilmiah dan dipelajari. Penggunaan padanan bahasa Melayu ini bergantung pada konsep dan konteks penggunaan. Sekiranya tuan pasti konsep istilah ini merujuk kepada kurikulum yang dipelajari pelajar dalam kelas,  istilah bahasa Melayu yang dicadangkan ialah kurikulum dipelajari.Istilah29.07.2013
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apakah padanan istilah yang sesuai bagi "curriculum vitae"? Adakah vitae kurikulum atau kurikulum vitae? Kalau di Indonesia, biasanya disebut Daftar Riwayat Hidup. Terima kasih.Padanan curriculum vitae ialah kurikulum vitae.Penyemakan dan penterjemahan05.05.2015
Penterjemahan tema daripada bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu: 1. learned curriculum 2. experienced curriculum 3. curriculum consonance Terima kasih.1. kurikulum ilmiah 2. kurikulum pengalaman 3. konsonans kurikulumIstilah17.11.2008
Assalamuailkum dan salam sejahtera, saya ingin bertanya mengenai padanan terjemahan kepada 'curriculum vitae'. Sebelum ini saya ada semak di PRPM, saya ada jumpa dua jawapan antara 'kurikulum vitae' dan 'vitae kurikulum'. Jadi saya ingin berrtanya yang mana satu yang lebih sesuai dan tepat digunakan? Sekian, terima kasih.Padanan terjemahan yang tepat ialah "vitae kurikulum". (Rujukan: Kamus Inggeris-Melayu Dewan)Istilah23.09.2022
“Latihan ko-kurikulum pada hari Sabtu juga di atas permintaan mereka sendiri. Sebagai pengetua, saya cuma mengusulkan bayaran saguhati KEPADA/DARIPADA pihak PIBG agar guru-guru ini menerima sedikit sumbangan atas pengorbanan masa mereka meninggalkan keluarga di rumah pada hari-hari cuti. Kepada atau daripada?Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua maksud Kepada ialah kata sendi nama yang menyatakan sasaran manakala daripada pula kata sendi nama untuk menerangkan asal (sumber, bahan dan lain-lain) sesuatu benda. Maka yang paling sesuai ialah DARIPADATatabahasa07.12.2016
Ejaan bagi ko-kurikulum dieja bergabung atau berpisah? 1. Ko-kurikulum 2. Kokurikulum Yang mana betul?Ejaan yang betul ialah kokurikulumEjaan06.08.2007
Saya sedang membuat kajian berkaitan penilaian kurikulum. Saya menggunakan 'participants-oriented approach'. 'Participants' dalam konteks kajian saya ialah mereka yang terlibat secara langsung dalam perlaksanaan kurikulum iaitu pengajar, pelajar dan pentadbir. Pertanyaan saya ialah bolehkan saya terjemahkan 'participants' kepada 'partisipan'. Sekiranya ia diterjemahkan 'participants' kepasa 'peserta' ia akan membawa maksud yang lain. Peserta bermaksud mereka yang mengikut kursus atau program. Sekiranya saya menggunakan perkataan peserta, konteks kajian saya telah berubah. Mohon pandangan tuan. Terima kasih.Istilah "partisipan" tidak terdapat dalam bahasa Melayu dan tidak boleh digunakan. Pada pandangan kami, istilah yang sesuai dalam konteks ini ialah responden. Dalam Kamus Dewan edisi keempat, "responden" bermaksud orang yang memberikan maklumat (menjawab soalan-soalan yang dikemukakan dan sebagainya) dalam sesuatu kegiatan kaji selidik.Istilah13.02.2013
Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia, Saya ingin bertanya. Ayat yang mana betul: 1. Bahasa ibunda setiap kaum boleh dimasukkan sebagai sebahagian daripada kurikulum dalam bilik darjah. 2. Bahasa ibunda setiap kaum boleh dimasukkan sebagai sebahagian daripada kurikulum di dalam bilik darjah. Sekian, wassalam.Ayat yang betul ialah "Bahasa ibunda setiap kaum boleh dimasukkan sebagai sebahagian daripada kurikulum di dalam bilik darjah." - kerana di dalam menunjukkan tempat yang ada ruang. Tatabahasa02.02.2010
Gaya penulisan: contoh : Pembudayaan Pengurusan Kurikulum Berkualiti, antaranya: - Mesyuarat 3 kali setahun. - Menyediakan JK Kajian Tindakan. Adakah perlu digunakan huruf besar ( M ) dan noktah untuk 2 frasa di atas .

Ayat yang betul ialah " Gaya penulisan: contoh : Pembudayaan Pengurusan Kurikulum Berkualiti antaranya; mesyuarat 3 kali setahun dan menyediakan JK Kajian Tindakan. " 

Tatabahasa04.12.2009
12345678

Kembali ke atas