Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ku.ri.ku.lum] | کوريکولوم

Definisi : skop dan isi kandungan sesuatu mata pelajaran di sekolah dll, senarai kesemua mata pelajaran (kursus pengajian) di sekolah dll. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ku.ri.ku.lum] | کوريکولوم

Definisi : semua mata pelajaran yg diajarkan di sekolah, kolej dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kurikulum


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
curriculum approachpendekatan kurikulumPendidikanTiadaOrientasi menyeluruh yang merangkumi asas kurikulum, domain kurikulum serta prinsip teoretikal dan praktik kurikulum.
curriculum managementpengurusan kurikulumPendidikanTiadaSegala aktiviti yang dilakukan untuk menentukan kejayaan perancangan kurikulum yang merangkumi pembentukan, penilaian, penilaian kurikulum dan pembaharuan kurikulum supaya matlamat dan objektif yang ditentukan tercapai.
compensatory curriculumkurikulum tambahanPendidikanTiadaKurikulum yang direka bentuk untuk mengatasi kelemahan pendidikan bagi kumpulan tertentu seperti kumpulan minoriti, iaitu kumpulan sosioekonomi rendah. Kurikulum tersebut bersifat kurikulum percubaan atau tambahan dan bukan untuk perubahan pendidikan yang menyeluruh.
curriculum evaluationpenilaian kurikulumPendidikanTiadaProses untuk menentukan sama ada kurikulum yang direka bentuk, diperkembang dan dilaksanakan dapat mencapai matlamat yang ditetapkan. Proses ini dapat mengenal pasti kelebihan dan keberkesanan kurikulum sebelum dan selepas pelaksanaannya yang boleh dijadikan asas untuk membuat keputusan terhadap kurikulum tersebut.
curriculum designreka bentuk kurikulumTeknologi Maklumate-PembelajaranReka bentuk organisasi berunsur kurikulum dalam satu entiti yang merangkumi matlamat, objektif, isi kandungan, pengalaman pembelajaran dan pendekatan penilaian berasaskan falsafah dan teori pembelajaran kurikulum yang berkaitan. Dalam persekitaran e-pembelajaran, reka bentuk kurikulum merujuk kepada proses pembangunan dan penyusunan program pengajian, kursus atau tahap pembelajaran secara terancang dan sistematik dengan matlamat untuk memperbaik sesi pembelajaran pelajar. Proses ini juga dapat memastikan objektif pembelajaran sejajar dan saling melengkapi dalam setiap peringkat pendidikan.
emergent curriculumkurikulum terbitanPendidikanTiadaKurikulum yang muncul mengikut konteks yang berbeza hasil daripada perubahan dan pengubahsuaian kurikulum tersebut mengikut kesesuaian pelajar.
curriculum designreka bentuk kurikulumPendidikanTiadaReka bentuk organisasi unsur kurikulum dalam satu entiti yang merangkumi matlamat, objektif, isi kandungan, pengalaman pembelajaran dan pendekatan penilaian berasaskan falsafah dan teori pembelajaran kurikulum yang berkaitan.
curriculum deliberationdeliberasi kurikulumPendidikanTiadaPerbincangan berasaskan dokumen rujukan yang menjadi asas reka bentuk kurikulum yang bertujuan mendapatkan pandangan tepat bagi menghindarkan sebarang keraguan yang timbul berkaitan dengan kurikulum tersebut.
curriculum developmentpembangunan kurikulumTeknologi Maklumate-PembelajaranPembentukan kurikulum yang meliputi langkah-langkah meletakkan keutamaan matlamat pendidikan, mereka bentuk kandungan kaedah dan bahan yang diperlukan untuk mencapai matlamat, melaksanakan pelbagai aktiviti dan pengalaman yang meliputi keseluruhan program pendidikan dan mengubah suai rancangan berasaskan data daripada penilaian. Dalam persekitaran e-pembelajaran, pembangunan kurikulum merujuk kepada proses menjana dokumen rasmi secara terancang dan sistematik untuk pelaksanaan pembelajaran yang bermakna.
curriculum theoryteori kurikulumPendidikanTiadaPenyataan yang digunakan untuk menyampaikan secara jelas unsur dan prinsip yang terkandung dalam bidang kurikulum. Ia merupakan satu alat untuk menaksir, mengkritik dan mencantum hukum atau prinsip yang diterima serta mengubahsuaikannya dengan tujuan untuk membuat generalisasi tentang fakta atau prinsip kurikulum.
12345678910...

Kembali ke atas