Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kur.ma] | کورما

Definisi : sj tumbuhan (palma) yg buahnya manis dan boleh dimakan, Phoenix dactylifera. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kur.ma] | کورما

Definisi : sj gulai yg dibuat drpd campuran rempah dan daging. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kur.ma] | کورما

Definisi : nama sj pokok palma atau buahnya (buahnya manis), Phoenix dactylifera. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[kur.ma] | کورما

Definisi : gulai yg dibuat drpd campuran rempah dll (dibubuhi daging atau ayam). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kurma

Puisi
 

Orang bersalam di dalam perahu,
     Makan ubi dengan kurma;
Orang Islam hendaklah tahu,
     Bilangan nabi dua puluh lima.


Lihat selanjutnya...(2)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
POKOK KURMA

Pokok kurma ialah pokok yang mengeluarkan

buah kurma. Pokok kurma hidup subur dalam

iklim panas kering. Ia tumbuh di seluruh utara

Afrika dan Timur Tengah, dan ia hidup subur di

wadi, iaitu tempat yang hanya ditumbuhi

beberapa tumbuhan sahaja. Pokok kurma adalah

satu daripada tumbuhan tanaman yang paling tua.

Peradaban awal mula menanam pokok kurma

sekurang-kurangnya 5000 tahun dahulu. Kini, buah

kurma masih menjadi makanan penting kepada

banyak negara di gurun.

UMUM 
PUSAT PENYELIDIKAN KURMA

Pusat Penyelidikan Kurma ditubuhkan pada

tahun 1402 H./1982 M. di Ahsa’ Arab Saudi. Ia

bertujuan untuk mengkaji, mempelajari,

menyelesaikan masalah dan memberi tunjuk ajar.

Pusat ini juga menjalankan kajian secara praktikal

bagi menyelesaikan segala masalah yang berkaitan

dengan penanaman, pengeluaran dan pengilangan

kurma. Pejabat pentadbiran penyelidikan ini

terletak di pusat latihan dan kajian pertanian dan

perladangan sejauh 15 kilometer melalui jalan

Hufuf-Qatar.

UMUM 
FATIMAH HASHIM, TAN SRI

FATIMAH HASHIM, Tan Sri (1924 -       ), ahli politik. Dia lahir pada 25 Disember 1924 di kampung Parit Kurma, Muar, Johor. Dia mendapat pendidikan di Sekolah Melayu Lelaki Kampung Parit Kurma dan Sekolah Melayu Perempuan Mersing.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh

Kembali ke atas