Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kur.sus] | کورسوس

Definisi : pelajaran mengenai sesuatu perkara (kepandaian, pengetahuan, dsb) yg diberikan dlm jangka masa yg agak singkat: ~ penerbitan buku selama seminggu; ~ tiga bulan dlm bidang pentadbiran; ~ buta huruf kursus bagi orang dewasa yg tidak tahu menulis atau membaca; ~ gaya pos sistem belajar secara persendirian yg panduan dan notanya diberikan oleh institusi yg berkenaan melalui perkhidmatan pos; ~ haji kursus yg ber­kaitan dgn selok-belok ibadat haji bagi orang yg akan menunaikan fardu haji di Mekah; ~ induksi kursus khas utk memperkenalkan pekerja, pelajar dsb baru kpd persekitaran organisasi (institusi, pekerjaan, pembelajaran dsb) yg baru sahaja dianggotai atau diceburinya; ~ kilat kursus yg sangat singkat; ~ perkahwinan kursus pendek mengenai beberapa aspek asas kerukunan berumah tangga dr sudut pandangan Islam yg harus diikuti, terutamanya oleh bakal pengantin; ~ pertanian kursus mengenai pengetahuan bertani; ~ politik kursus mengenai perkara-perkara (selok-belok) politik; berkursus mengikuti (mengambil bahagian dlm) kursus; ~ kpd bp belajar (berguru) kpd; dikursus bp diajar; dikursuskan bp diajarkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kur.sus] | کورسوس

Definisi : latihan (syarahan dll) yg singkat mengenai sesuatu: ~ Bahasa Melayu; ~ pertanian. ~ induksi kursus khas utk memperkenalkan pekerja baru, pelajar baru dsb kpd persekitaran pekerjaan, pembelajaran, organisasi dsb yg baru saja dianggotai atau diceburi. berkursus mengikuti kursus; mengambil bahagian dlm kursus. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kursus (kata nama)
Bersinonim dengan pelajaran, latihan;,
Kata Terbitan : berkursus,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam, Saya ingin bertanya tentang kursus-kursus yang dianjurkan oleh DBP; adakah kursus menulis secara rasmi dalam Bahasa Melayu dianjurkan? Sekiranya ada, apakah kos untuk menyertai kursus tersebut?Pihak DBP melalui Akademi DBP menganjurkan pelbagai kursus dan bengkel dalam bidang bahasa, sastera dan penerbitan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, bolehlah menghubungi pihak Akademi DBP melalui talian 03-21470201 / 03-21470211 / 03-21470220 atau e-mel: saif@dbp.gov.my / norhizan@dbp.gov.my / srosli@dbp.gov.my .
Maklum, terima kasih.
Lain-lain29.08.2018
saya ingin mengikuti kursus-kursus jangka pendek yang berkaitan dengan bidang bahasa ataupun sastera. namun, bagaimanakah caranya? Siapakah yang perlu saya hubungi?Kursus jangka pendek dalam bidang bahasa dan sastera yang dikendalikan oleh DBP hanya di peruntukkan untuk staf DBP.DBP mengendalikan program kursus berbayar jika ada permohonan dan permintaan dari jabatan luar dengan megendalikan sepenuh nya kursus secara pakej berdasarkan modul-modul kursus yang diperlukan oleh pelanggan.Setakat ini DBP belum menawarkan kursus kepada awam secara individu.  Lain-lain30.01.2008
Adakah DBP menganjurkan kursus-kursus yang berkaitan dengan Tatabahasa bahasa Melayu? Jika ada, harap dapat maklumat, terima kasih.DBP menganjurkan pelbagai kursus penataran bahasa, sastera, penerbitan dan penulisan. Untuk maklumat lanjut, saudara boleh berhubung dengan Akademi Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur atau hubungi pegawai Akademi Bahasa Puan Faridah A. Rahman melalui e-mel  faridah@dbp.gov.my.Lain-lain13.07.2012
Akademi kami mengadakan kursus Bahasa Melayu untuk murid-murid rendah dan menengah. Soalan saya adalah pihak tuan ada mengiktiraf kursus-kursus yang dijalankan oleh pihak swasta ? Soalan kedua adakah pihak tuan ada bekerjasama denagan pihak swasta menjalankan kursus Bahasa Melayu ? Terima KasihUntuk makluman tuan, DBP bukanlah pihak yang berwenang untuk memberi pengiktirafan terhadap mana-mana organisasi yang menganjurkan kursus bahasa. Walau bagaimanapun DBP ada menganjurkan kursus bahasa, sastera dan penerbitan untuk sesiapa sahaja yang berminat, selain mengadakan kerjasama dengan jabatan kerajaan, pihak swasta dan badan bukan kerajaan dalam menganjurkan kursus. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Ketua Akademi DBP, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur atau talian 03-21479000.Lain-lain09.01.2014
Saya ingin mengetahui adakah pihak DBP ada menyediakan kursus seperti kursus penterjemahan. Saya berminat untuk mengikuti kursus tersebut tetapi tidak mengetahui bagaimana dan di mana serta pihak yang ada menyediakan kursus berkenaan. Sekiranya pihak DBP ada menganjurkan kursus tersebut, saya ingin mengetahui dengan jelas bagaimana caranya untuk mengikuti kursus tersebut. Sekian, terima kasihSaya ingin mengetahui adakah pihak DBP ada menyediakan kursus seperti kursus penterjemahan. Saya berminat untuk mengikuti kursus tersebut tetapi tidak mengetahui bagaimana dan di mana serta pihak yang ada menyediakan kursus berkenaan. Sekiranya pihak DBP ada menganjurkan kursus tersebut, saya ingin mengetahui dengan jelas bagaimana caranya untuk mengikuti kursus tersebut. Sekian, terima kasih
Akademi DBP ada menyediakan Kursus Penataran Bahasa Melayu:Bahasa Melayu dalam Penterjemahan. Untuk keterangan lanjut, puan boleh menghubungi pegawai Akademi DBP iaitu Puan Faridah Abd. Rahman, 03-2147 9223; e-mel faridah@dbp.gov.my. Untuk kursus penterjemahan bahasa-bahasa lain, puan boleh menghubungi Institut Terjemahan dan Buku Negara; dan Persatuan Penterjemah Negara (03- 21424381) /Puan Saodah (012-22067076) , Setiausaha Kehormat Persatuan Penterjemah Malaysia.
Pembinaan Bakat24.01.2014
Saya sukar untuk mempelajari perkataan Bahasa Melayu

1. Saudara boleh mengambil kursus-kursus BM yang diadakan di mana-mana.

2. Sentiasa menggunakan BM dengan betul mengikut keadaan persekitaran.

3. Mengulang kaji tatabahasa BM (Melalui buku/risalah rujukan seperti : Tatabahasa Dewan, koleksi Lembar Bahasa, Pedoman bahasa dsb)

4. Sentiasa cakna dengan perkembangan bahasa Melayu.

Lain-lain26.10.2010
teknik mempelajari bahasa melayu dengan baik,bahan rujukan yang sesuai

1. Saudara boleh mengambil kursus-kursus BM yang diadakan di mana-mana.

2. Sentiasa menggunakan BM dengan betul mengikut keadaan persekitaran.

3. Mengulang kaji tatabahasa BM (Melalui buku/risalah rujukan seperti : Tatabahasa Dewan, koleksi Lembar Bahasa, Pedoman bahasa dsb)

4. Sentiasa cakna dengan perkembangan bahasa Melayu.

Lain-lain15.01.2009
macam mana saya nak menceburi bidang penulisanJalan mudah untuk sdr. menceburi bidang penulisan ialah dengan menyertai mana-mana persatuan penulis berdaftar di kawasan/daerah tempat tinggal sdr. Pada kebiasaannya, persatuan-persatuan ini ada menganjurkan kursus-kursus penulisan (mengikut genre) secara berkala. Juga sdr. boleh melayari laman web DBP: http://www.dbp.gov.my dan laman web Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia untuk mengikuti kursus-kursus penulisan yang akan dianjurkan oleh organisasi tersebut. Sekian. Lain-lain13.06.2008
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Tuan, Sukacita dimaklumkan bahawa pihak kami di Jabatan Bahasa, Ranaco Marine Sdn Bhd (Melaksakan Program Kolej Vokasional Kementerian Pendidikan Malaysia) berhasrat untuk mendapatkan maklumat tentang kursus-kursus berkaitan Bahasa Melayu sekiranya ada dianjurkan oleh pihak Tuan. Kami juga berbesar hati sekiranya kami dijemput untuk menyertainya pada tahun ini. Terima kasih.Kami amat menghargai hasrat YBhg. Dr. untuk mendapatkan maklumat tentang kursus bahasa anjuran DBP. Kami mencadangkan YBhg. Dr berhubung terus dengan Akademi DBP melalui ketua bahagiannya, iaitu Dr. Amran bin Joned melalui talian/e-mel 03-21470779/amran@dbp.gov.my atau pegawainya Dr. Dahlina Daut melalui talian/e-mel 03-21479224/dahlina@dbp.gov.my.  Lain-lain03.02.2015
Apakah manfaat belajar penutur asing dan cendekia Bahasa? Adakah DBP ada memberi kursus “Penulisan Karangan dan kursus Tatabahasa” kepada mereka?Salam sejahtera, Manfaat Kursus Akademi DBP Manfaat kepada pelajar penutur asing Pelajar didedahkan dengan empat kemahiran asas, iaitu kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. • Pelajar didedahkan dengan perkataan asas mengikut topik yang dipelajari. • Pelajar dapat mengaplikasikan kemahiran yang dipelajari dalam bentuk latihan yang diberikan. Manfaat kursus cendekia bahasa. Kursus Cendekia bertujuan untuk memberikan pengetahuan tentang aspek tatabahasa bahasa Melayu seperti pembentukan kata dan ayat. Tiada topik yang khusus untuk penulisan karangan. Pada akhir kursus, peserta akan dapat: * Mengenali dan memahami jenis tanda baca dan penggunaannya yang betul. * Mengenali bentuk kata dan golongan kata. * Mengenali bentuk dan jenis ayat. * Mengenal pasti kesalahan tatabahasa yang terdapat pada dokumen rasmi. * Menggunakan bahasa Melayu yang baik dan betul dalam urusan rasmi sama ada lisan mahupun penulisan. Sekian, terima kasih.Lain-lain29.06.2021
12345678910...

Kembali ke atas