Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kur.sus] | کورسوس

Definisi : pelajaran mengenai sesuatu perkara (kepandaian, pengetahuan, dsb) yg diberikan dlm jangka masa yg agak singkat: ~ penerbitan buku selama seminggu; ~ tiga bulan dlm bidang pentadbiran; ~ buta huruf kursus bagi orang dewasa yg tidak tahu menulis atau membaca; ~ gaya pos sistem belajar secara persendirian yg panduan dan notanya diberikan oleh institusi yg berkenaan melalui perkhidmatan pos; ~ haji kursus yg ber­kaitan dgn selok-belok ibadat haji bagi orang yg akan menunaikan fardu haji di Mekah; ~ induksi kursus khas utk memperkenalkan pekerja, pelajar dsb baru kpd persekitaran organisasi (institusi, pekerjaan, pembelajaran dsb) yg baru sahaja dianggotai atau diceburinya; ~ kilat kursus yg sangat singkat; ~ perkahwinan kursus pendek mengenai beberapa aspek asas kerukunan berumah tangga dr sudut pandangan Islam yg harus diikuti, terutamanya oleh bakal pengantin; ~ pertanian kursus mengenai pengetahuan bertani; ~ politik kursus mengenai perkara-perkara (selok-belok) politik; berkursus mengikuti (mengambil bahagian dlm) kursus; ~ kpd bp belajar (berguru) kpd; dikursus bp diajar; dikursuskan bp diajarkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kur.sus] | کورسوس

Definisi : latihan (syarahan dll) yg singkat mengenai sesuatu: ~ Bahasa Melayu; ~ pertanian. ~ induksi kursus khas utk memperkenalkan pekerja baru, pelajar baru dsb kpd persekitaran pekerjaan, pembelajaran, organisasi dsb yg baru saja dianggotai atau diceburi. berkursus mengikuti kursus; mengambil bahagian dlm kursus. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kursus (kata nama)
Bersinonim dengan pelajaran, latihan;,
Kata Terbitan : berkursus,


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
memanifestasikan kesan fenotipnya oleh hasil gen yang meresap masuk daripada tisu berdekatan yang berbeza dari segi genetik. (BIO) authoring language (bahasa pengarangan) Bahasa pengaturcaraan yang dicipta untuk memudahkan pembinaan perisian kursus bagi sistem pengajaran bantuan komputer tanpa memerlukan pengatur- caraan. (KOM) autoacceleration (pecutan automatik) Lihat Tromsdorff effect. (KEJ) autoantibody (autoantibodi) Antibodi yang terbentuk akibat rangsangan antigen yang berpunca daripada tubuh pesakit

Kembali ke atas