Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kur.sus] | کورسوس

Definisi : pelajaran mengenai sesuatu perkara (kepandaian, pengetahuan, dsb) yg diberikan dlm jangka masa yg agak singkat: ~ penerbitan buku selama seminggu; ~ tiga bulan dlm bidang pentadbiran; ~ buta huruf kursus bagi orang dewasa yg tidak tahu menulis atau membaca; ~ gaya pos sistem belajar secara persendirian yg panduan dan notanya diberikan oleh institusi yg berkenaan melalui perkhidmatan pos; ~ haji kursus yg ber­kaitan dgn selok-belok ibadat haji bagi orang yg akan menunaikan fardu haji di Mekah; ~ induksi kursus khas utk memperkenalkan pekerja, pelajar dsb baru kpd persekitaran organisasi (institusi, pekerjaan, pembelajaran dsb) yg baru sahaja dianggotai atau diceburinya; ~ kilat kursus yg sangat singkat; ~ perkahwinan kursus pendek mengenai beberapa aspek asas kerukunan berumah tangga dr sudut pandangan Islam yg harus diikuti, terutamanya oleh bakal pengantin; ~ pertanian kursus mengenai pengetahuan bertani; ~ politik kursus mengenai perkara-perkara (selok-belok) politik; berkursus mengikuti (mengambil bahagian dlm) kursus; ~ kpd bp belajar (berguru) kpd; dikursus bp diajar; dikursuskan bp diajarkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kur.sus] | کورسوس

Definisi : latihan (syarahan dll) yg singkat mengenai sesuatu: ~ Bahasa Melayu; ~ pertanian. ~ induksi kursus khas utk memperkenalkan pekerja baru, pelajar baru dsb kpd persekitaran pekerjaan, pembelajaran, organisasi dsb yg baru saja dianggotai atau diceburi. berkursus mengikuti kursus; mengambil bahagian dlm kursus. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kursus (kata nama)
Bersinonim dengan pelajaran, latihan;,
Kata Terbitan : berkursus,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
course mappeta kursusTeknologi Maklumate-PembelajaranGaris panduan visual yang menunjukkan struktur susunan penyampaian dan peraturan sesuatu kursus. Peta kursus ini memudahkan kefahaman pelajar serta memberikan bimbingan mengenai arah tuju sesuatu kursus pembelajaran dengan jelas.
learning objectobjek pembelajaranTeknologi Maklumate-PembelajaranSumber digital berciri boleh guna semula, modular dan berdiri sendiri. Objek pembelajaran ini serba lengkap dari segi strukturnya yang mengandungi objektif, aktiviti pembelajaran dan pentaksiran bagi sesuatu pelajaran atau siri pelajaran sama ada dalam bentuk unit, modul, kursus-kursus dan juga program. Koleksi ini umumnya terdiri daripada item isi kandungan pelajaran, item ulang kaji dan item pentaksiran yang dibangunkan berdasarkan satu objektif pembelajaran.
student retention ratekadar pengekalan pelajarTeknologi Maklumate-PembelajaranKadar peratusan pelajar yang meneruskan pembelajaran dalam sesuatu kursus untuk kursus berikutnya ataupun dalam sesuatu program akademik bagi semester berikutnya.
modular coursekursus modulPendidikanTiadaKursus yang membenarkan pelajar memilih program atau kursus daripada hierarki modul berstruktur yang secocok dengannya.
course teampasukan kursusTeknologi Maklumate-PembelajaranSekumpulan pembangun kursus e-pembelajaran. Lihat juga pembangun kursus.
small private online course (SPOC)kursus kecil tertutup dalam talian (SPOC)Teknologi Maklumate-PembelajaranKaedah kursus terbuka raya dalam talian (MOOC) versi kecil dengan model pelaksanaan berbeza dengan melibatkan kursus yang direka khas dan tertutup untuk sekumpulan kecil pelajar tertentu sahaja. Kaedah ini menjadikan pembelajaran lebih terkawal, mudah ditaksir dan dapat memastikan kadar tamat yang lebih baik. Lihat juga kursus terbuka raya dalam talian (MOOC).
completion ratekadar tamatTeknologi Maklumate-PembelajaranPeratusan yang diperoleh daripada bilangan peserta tamat kursus atau program dibandingkan dengan jumlah keseluruhan peserta yang menyertai kursus atau program tersebut. Peserta tamat kursus merujuk kepada peserta yang telah menggunakan sepenuhnya bahan, mengikuti semua aktiviti pembelajaran dan melengkapkan semua pentaksiran kursus atau program.
course blueprintcetak biru kursusTeknologi Maklumate-PembelajaranDokumen yang mengandungi maklumat yang berkenaan dengan tajuk, prasyarat, topik, objektif, subtopik, kandungan kursus, pentaksiran, cadangan sumber pembelajaran dan tempoh kursus. Dokumen ini membantu pasukan pereka bentuk dan jabatan akademik dalam membangunkan sukatan dan kandungan pembelajaran dalam talian.
course developerpembangun kursusTeknologi Maklumate-PembelajaranSeseorang yang bertanggungjawab merancang, merangka dan mereka bentuk sesuatu kursus mengikut keperluan program akademik atau keperluan sesuatu organisasi yang perlu disesuaikan dengan persekitaran e-pembelajaran. Justeru, pembangun kursus mesti memiliki kemahiran alat e-pembelajaran.
minicoursekursus miniPendidikanTiadaKursus jangka pendek yang dijalankan secara intensif, biasanya menggunakan pakej pembelajaran sendiri.
12345678910...

Kembali ke atas