Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ku.run] | قرون

Definisi : jangka waktu seratus tahun, abad: orang Eropah mula sampai ke Melaka hampir lima ~ yg lampau; ~ Masihi kurun yg mula dihitung sesudah lahirnya Nabi Isa; ~ yg kesembilan belas jangka waktu dr tahun 1801 hingga tahun 1900; berkurun-kurun beratus-ratus tahun, ber­abad-abad: adat yg sudah ~ dianuti tidak mudah dapat dihapuskan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ku.run] | قرون

Definisi : masa seratus tahun; abad: Agama Islam telah wujud di dunia ini sejak empat belas ~ yg lalu. ~ kedua puluh masa antara tahun 1901 hingga tahun 2000. ~ Masihi kurun yg dikira sejak tarikh lahirnya Nabi Isa. berkurun-kurun beratus-ratus tahun; berabad-abad. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kurun (kata nama)
Bersinonim dengan abad, seratus tahun, masa seratus tahun;,
Kata Terbitan : berkurun,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
alchemyalkimiaKimiaTiadaIlmu kimia pada peringkat awal perkembangannya, yang merangkumi tempoh di antara kurun 500 SM sehingga kurun ke-17.
alchemyalkimiaKimiaTiadaIlmu kimia pada peringkat awal perkembangannya, yang merangkumi tempoh di antara kurun 500 SM sehingga kurun ke-17.
domestic tragedytragedi keluargaKesusasteraanTiadaDrama tragedi yang memaparkan masalah kehidupan peribadi atau rumah tangga dalam masyarakat kelas pertengahan (borjuis). Sehingga akhir kurun ke-17, kebanyakan tragedi menampilkan kemusnahan protagonis dalam kalangan bangsawan yang menggugat kedudukan negara. Pada kurun ke-18, penulis mula mempopularkan tragedi keluarga. Tragedi ini mengisahkan masalah biasa yang dialami setiap hari oleh protagonis daripada masyarakat borjuis dan semasa. Tragedi keluarga boleh diaplikasikan secara berhati-hati daripada karya Ibsen, Strindberg, Eugene O�Neill, Tennessee Williams, dan Arthur Miller.
renaissancenahdahKesusasteraanTiadaZaman yang muncul selepas zaman pertengahan dalam sejarah Eropah apabila minat terhadap seni dan sastera klasik Yunani dan Latin dibangkitkan semula. Zaman Nahdah dipercayai bermula di Itali pada penghujung kurun ke-14 dan berterusan sehingga kurun ke-16. Pada zaman ini, seni catan, seni bina, arca dan kesusasteraan mencapai tahap kegemilangannya. Zaman ini juga merupakan zaman kecemerlangan kegiatan intelektual, kreativiti serta kemajuan pengetahuan. Antara penulis terkenal pada zaman ini ialah Dante, Petrarch, Machiavelli, Lope de Vega dan Shakespeare. Renaissance dikenali juga sebagai �Zaman Pencerahan�.
fackeltanz (G)tarian obor (Prusia kurun 19)KesenianTiadaTiada
copy holderpenyewa tanah (England kurun ke-16)SejarahTiadaOrang yang menyewa tanah di England dan Ireland sebelum 1894 di bawah penyewaan tuan tanah.
minuetminuetKesenianTiadaTarian Eropah kurun ke lapan belas.
gagliardgagliardKesenianTiadaTarian Perancis kurun ke-16.
milonga (Sp)milongaKesenianTiadaTarian Argentina kurun ke sembilan belas.
RomanesqueRomanesqueKesenianTiadaSeni Eropah dalam kurun ke-7, sebelum zaman Gotik yang berkaitan dengan agama Kristian.
123456789

Kembali ke atas