Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ku.ru.ngan] | کوروڠن

Definisi : 1. kandang (kambing dll), sangkar (ayam dll); 2. bilik tempat menahan orang salah, penjara; 3. pagar yg melingkungi; 4. tanda kurung; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ku.ru.ngan] | کوروڠن

Definisi : sj kandang atau sangkar: Raden ini sedang membuat kurungan utk binatang-binatang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ku.ru.ngan] | کوروڠن

Definisi : penjara, bilik (tempat) orang salah ditahan: dia lebih lagi berdukacita sekarang, duduk di dlm kurungan di penjara itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ku.ru.ngan] | کوروڠن

Definisi : bilik tempat orang salah ditahan; penjara: Dia telah ditahan selama seminggu di dlm ~. 3 = kurungan sangkar atau kandang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kurung
Kata Terbitan : kurungan, berkurung, mengurung, terkurung, pengurungan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah perkataan bahasa Inggeris yang ditelakan dalam kurungan perlu italik? Salinan cetak (hardcopy) perlu dihanatr kepada kami dengan segera. Adakah perkataan hardcopy dalam kurungan perlu italik?
Dalam penulisan, perkataan bahasa asing dalam kurungan tidak perlu italik. 
Tatabahasa31.10.2020
Salam hormat, Saya ingin mengajukan pertanyaan dan pandangan berhubung penggunaan tanda kurungan ( ) bagi nama penandatangan surat rasmi. Baru-baru ini dalam satu perbincangan ada disebutkan tentang perkara ini. Situasi 1: penggunaan tanda kurungan ( ) bagi penandatangan surat rasmi bagi pihak (b.p.) ketua jabatan. Contoh: tandatangan (NAMA HURUF BESAR) Jawatan b.p. Ketua jabatan Situasi 2: tiada penggunaan tanda kurungan ( ) bagi penandatangan surat rasmi bagi jawatannya sendiri Contoh: tandatangan NAMA HURUF BESAR Jawatan *sebelum ini saya dan kebanyakan pegawai di organisasi saya telah menggunakan tanda kurungan ( ) bagi semua situasi. mungkin kami tidak begitu arif cuma mengikut keadaan saja. Jadi, saya ingin memohon pandangan daripada pihak DBP berhubung perkara ini supaya saya dapat memaklumkan kepada ketua saya dan membetulkan keadaan sekiranya perlu. Sekian, terima kasih.

Salam hormat,

Semua surat rasmi yang ditandatangani walaupun  dokumen tersebut ditandatangani oleh pegawai yang mewakili iaitu 'bagi pihak', mengikut Gaya Dewan hendaklah diletakkan kurungan dan ditulis dengan huruf besar.

Contohnya:

(DATUK ABANG SALLEHUDDIN BIN ABG. SHOKERAN)
Pengarah,
Jabatan Pengembangan Bahasa dan Sastera,
b.p. Ketua Pengarah

    Walaubagaimanapun, gaya penulisan surat rasmi bergantung kepada sesebuah institusi berdasarkan gaya penerbitan penulisan surat rasmi institusi masing-masing.

Lain-lain11.12.2012
Salam Adakah mesti meletakkan dalam kurungan perkataan berikut? Penolong Pengarah (Keselamatan) ataupun tanpa kurungan seperti Penolong Pengarah Keselamatan? Terima kasih.Kedua-dua frasa Penolong Pengarah Keselamatan dan Penolong Pengarah (Keselamatan) betul dan boleh digunakan bergantung pada konteks penggunaannya. `
Tatabahasa17.01.2022
Sekiranya perkataan bahasa Melayu dan diikuti perkataan bahasa inggeris di dalam kurungan, perlukah perkataan inggeris tersebut diitalic kan? contoh : Peti Pembekal (Feeder Pillar)Perkataan bahasa Melayu yang diikuti dengan perkataan bahasa inggeris di dalam kurungan tidak perlu diitalikkan perkataan bahasa inggeris tersebut tersebut.  Hanya perkataan bahasa Inggeris tunggal dan tidak dalam kurungan sahaja perlu diitalikkan. Ejaan03.07.2023
Di dalam kurungan. Perkataan "dalam " mengikut konteks ayat di atas tergolong dalam golongan kata apa?Di dalam kurungan, bukanlah satu ayat yang sempurna. Kata sendi nama "dalam" dalam keseluruhan frasa boleh menjadi sebahagian daripada subjek atau juga predikat bagi satu ayat yang lain.Tatabahasa12.03.2013
PENGGUNAAN KURUNGAN DI DALAM PENULISAN RASMI Contoh 1: ______(Percetakan (Dikhas kepada Syarikat 100% Bumiputera))______. Contoh 2: ______[Percetakan (Dikhas kepada Syarikat 100% Bumiputera)]______. Betul atau tidak contoh-contoh penggunaan kurungan ayat di atas. Jika salah, mohon perbetulkan cara penggunaan yang betul. Terima Kasih.Penggunaan tanda baca yang betul ialah [Percetakan (Dikhas kepada Syarikat 100% Bumiputera)].Lain-lain04.01.2021
Permohonan semula kelulusan ejaan dan bahasa dari DBP untuk papan iklan. Penambahan kurungan telah dilakukan seperti dalam lampiran. Sekiranya lulus penambahan kurungan tersebut, diharapkan agar lampiran tersebut dapat disahkan oleh pihak DBP bagi tujuan permohonan lesen papan iklan dari Majlis Perbandaran Subang Jaya. Terima kasih.Untuk pengesahan iklan, sila klik "Khidmat Pengesahan Bahasa" (bukan Khidmat Nasihat Bahasa).Lain-lain26.10.2016
Salam hormat, Saya ingin mengajukan pertanyaan berkenaan penggunaan tanda kurungan ( ) dalam penulisan surat rasmi di bahagian tandatangan. Saya telah dimaklumkan dalam satu perbincangan baru-baru. jadi saya ingin mendapat kepastian dan pandangan daripada pihak DBP terlebih dahulu sebelum perkara ini dipanjangkan kepada pihak pengurusan untuk membuat pembetulan. Situasi 1: penggunaan tanda kurungan ( ) bagi penandatangan surat rasmi bagi pihak (b.p.) ketua jabatan. Contoh: tandatangan (NAMA HURUF BESAR) Jawatan b.p. Ketua jabatan Situasi 1: penggunaan tanda kurungan ( ) bagi penandatangan surat rasmi bagi pihak (b.p.) ketua jabatan. Contoh: tandatangan (NAMA HURUF BESAR) Jawatan b.p. Ketua jabatan

Salam hormat,

Semua surat rasmi yang ditandatangani walaupun dokumen tersebut ditandatangani oleh pegawai yang mewakili iaitu, 'bagi pihak' mengikut penulisan Gaya Dewan hendaklah diletakkan kurungan dan ditulis dengan huruf besar.

Contohnya:

(DATUK ABANG SALLEHUDDIN BIN ABG. SHOKERAN)
Pengarah,
Jabatan Pengembangan Bahasa dan Sastera,
b.p. Ketua Pengarah

Walaubagaimanapun, gaya penulisan surat rasmi bergantung kepada sesebuah institusi berdasarkan gaya penerbitan penulisan surat rasmi institusi masing-masing.

Lain-lain11.12.2012
Tuan/Puan, Manakah cara menulis yang betul? Buat dua(2) salinan dokumen ini. (Tiada jarak antara huruf "a" dengan kurungan) atau Buat dua (2) salinan dokumen ini. (Ada jarak antara huruf "a" dengan kurungan) Sekian, terima kasih. Yang benar, Anisah

Ayat yang betul ialah Buat dua (2) salinan dokumen ini.

Lain-lain15.06.2010
Salam, Memohon penyemakan bagi nama Jurnal baharu Keluaran JAWHAR. Iaitu Journal of Awqaf, Zakat and Hajj (JAWHAR) adakah betul dari segi tatabahasa penggunaan of. Sekiranya dalam kurungan bukan akronim kepada Journal of Awqaf, Zakat and Hajj, adakah betul penggunaan Jawhar dalam kurungan di hujung Nama jurnal tersebut. Journal of Awqaf, Zakat and Hajj (JAWHAR). Terima kasih.

Adakah nama Jounal of Awqaf, Zakat and Hajj (JAWHAR) merupakan kata nama khas? Jika nama jurnal tersebut merupakan kata nama khas, maka perlu dikekalkan penggunaannya seperti sedia ada. Jika nama tersebut bukan kata nama khas, DBP tidak menyemak dan mengesahkan perkataan atau frasa dalam bahasa Inggeris.

Tatabahasa18.08.2023
12345678910...

Kembali ke atas