Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ku.rus] | کوروس

Definisi : 1. kurang berdaging (tubuh dll), tidak gemuk atau gempal: kerana terlalu bersedih hingga tidak lalu makan, tubuhnya menjadi semakin ~; ~ kekek Kl terlalu kurus; ~ kering terlalu kurus; ~ kesin Kd kurus kering; 2. tidak subur (tanah): tanah negeri itu sangat ~; memperlihatkan ~ tidak berbaju prb men­dedahkan kemiskinan kita kpd orang; mengurus menjadi kurus, merana; menguruskan menyebabkan kurus, mem­buat supaya kurus: kurang makan dan tidur boleh ~ badan; kekurusan 1. perihal kurus; 2. sangat kurus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ku.rus] | کوروس

Definisi : tidak gemuk atau tidak gempal (bkn tubuh badan dll): Ahmad ~ tetapi Ali gemuk. menguruskan menyebabkan menjadi kurus: Kurang makan dan kurang tidur dpt ~ badan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kurus (adjektif)
Bersinonim dengan kecil, kedengkik, lampai, renjong, halus, renceng, kering, cengkung, kotai;,
Kata Terbitan : mengurus, menguruskan, kekurusan,

Puisi
 

Kucing kurus mandi di papan,
     Papan bernama si kayu jati;
Bukanlah kurus sebab tak makan,
     Kurus menahan dendam di hati.


Lihat selanjutnya...(18)
Peribahasa

Awak kurus daging menimbun.

Bermaksud :

Orang kaya yang berpura-pura miskin.

 

Lihat selanjutnya...(13)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah Kata adjektif yang membawa keserasian makna seperti cantik molek dan kurus kering boleh ditulis secara songsang ? sebagai contoh, molek cantik dan kering kurus.Bentuk gabungan tersebut betul tetapi apabila diterbalik ia tidak lazim digunakan. Contoh cantik molek - sangat cantik dan kurus kering -sangat kurus. Namun begitu, jika diterbalikkan akan membawa makna yang lain contohnya kering kurus - sangat kering.Makna22.02.2018
munsyi, Tubuhnya yang kurus seperti buluh itu sering menjadi bahan ketawa orang ramai.Orang yang sangat kurus (kerana sakit) lazimnya disebut kurus kering. Sila manfaatkan kemudahan yang disediakan di www.prpm.dbp.gov.my dan di ruangan Carian Spesifik tuliskan perkataan yang hendak dicari, saudara akan mendapat data daripada pelbagai sumber seperti kamus, istilah dan peribahasa.Tatabahasa13.02.2012
Badan budak yang berambut pendek itu ialah agak kurus. Ayat di atas tidak gramatis, oleh itu manakah jawapan yang betul bagi jawapan di atas: 1. Badan budak yang agak kurus itu berambut pendek. atau 2. Badan budak yang berambut pendek itu agak kurusAyat yang lebih gramatis ialah "Badan budak yang berambut pendek itu agak kurus".Tatabahasa21.06.2011
1. Manakah yg betul? i. Apa pun yang dimakannya, dia tetap kurus. ii. Apa-apa pun yang dimakannya, dia tetap kurus. 2. Apakah maksud 'telejariah' ? Terima Kasih.

 1. Kedua-duanya betul.

2. "Telejariah" merupakan istilah khusus yang digunakan oleh mana-mana institusi kewangan Islam untuk menawarkan khidmat beramal jariah melalui telefon.

Lain-lain20.08.2009
Soalan : Tubuh penagih dadah itu kurus ___. Pilihan jawapan yang manakah lebih tepat - amat atau nian? Mengapa?Berdasarkan ayat yang dikemukakan oleh saudara, jawapan yang paling sesuai ialah "Tubuh penagih dadah itu amat kurus".Lain-lain28.08.2007
salam tuan, izinkan saya bertanya. betulkah perkataan "menguruskan" mempunyai dua kata dasar yang berlainan maksud, iaitu, urus dan kurus ? terima kasihBetul, kata 'urus' dan 'kurus' kedua-duanya boleh diimbuhkan menjadi 'menguruskan'. makna 'menguruskan' bergantung pada makna kata dasar yang menbentuknya.Tatabahasa27.05.2013
I Dia yang menggambarkan dirinya pelukis terkenal tanah air. II Dari hari ke sehari dia kelihatan semakin kurus. apakah kesalahan tatabahasa bagi kedua-dua soalan di atas? terima kasih

I. Dalam ayat tersebut, 'yang' tidak perlu dan ayat yang betulnya ialah 'Dia menggambarkan dirinya pelukis terkenal tanah air.' II. Dari hari ke hari dia kelihatan semakin kurus. Harap maklum.

Tatabahasa05.06.2008
Dia tidak tinggi tetapi sedikit kurus. Ayat ini betul?Ayat ini kurang tepat. Untuk membantu puan menyemak ayat dan membina ayat yang betul, puan boleh merujuk guru bahasa Melayu di sekolah puan. Untuk memantapkan lagi kemahiran, puan juga boleh menyemak kamus bagi mendapatkan penggunaan kata yang betul dalam konteks ayat tersebut.

Tatabahasa17.05.2015
Sekumpulan kerbau sedang berkubang di bawah pokok yang berdaun kurus itu. munsyi, adakah ayat ini betul dari segi tatabahasa? TKAyat yang gramatis Sekumpulan kerbau berkubang di bawah pokok yang berdaun kecil itu.Tatabahasa18.05.2012
PENGESAHAN EJAAN PAPAN TANDA SYARIKAT: EMPAYAR DAMAI SDN BHD (681281-X) ALAMAT: NO 16089 & 16090 HADAPAN NIRWANA JALAN KUBANG KURUS 24000 KEMAMAN TERENGGANU NO TEL: +609 8599090/91 NO FAKS: +609 8599092 EMAIL: sales@empayardamai.comMasukkan keterangan aktiviti dalam iklan tersebut, contohnya: Pejabat Urusan, diikuti nama syarikat dan alamat, pastikan ejaan yang digunakan adalah ejaan yang betul seperti Tel. (singkatan mesti ada noktah), Faks dan E-mel.Lain-lain24.10.2011
123

Kembali ke atas