Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ku.rus] | کوروس

Definisi : 1. kurang berdaging (tubuh dll), tidak gemuk atau gempal: kerana terlalu bersedih hingga tidak lalu makan, tubuhnya menjadi semakin ~; ~ kekek Kl terlalu kurus; ~ kering terlalu kurus; ~ kesin Kd kurus kering; 2. tidak subur (tanah): tanah negeri itu sangat ~; memperlihatkan ~ tidak berbaju prb men­dedahkan kemiskinan kita kpd orang; mengurus menjadi kurus, merana; menguruskan menyebabkan kurus, mem­buat supaya kurus: kurang makan dan tidur boleh ~ badan; kekurusan 1. perihal kurus; 2. sangat kurus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ku.rus] | کوروس

Definisi : tidak gemuk atau tidak gempal (bkn tubuh badan dll): Ahmad ~ tetapi Ali gemuk. menguruskan menyebabkan menjadi kurus: Kurang makan dan kurang tidur dpt ~ badan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kurus (adjektif)
Bersinonim dengan kecil, kedengkik, lampai, renjong, halus, renceng, kering, cengkung, kotai;,
Kata Terbitan : mengurus, menguruskan, kekurusan,

Puisi
 

Kucing kurus mandi di papan,
     Papan bernama si kayu jati;
Bukanlah kurus sebab tak makan,
     Kurus menahan dendam di hati.


Lihat selanjutnya...(18)
Peribahasa

Awak kurus daging menimbun.

Bermaksud :

Orang kaya yang berpura-pura miskin.

 

Lihat selanjutnya...(13)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
emaciatedkurus kedengkingSains KesihatanTiadaTerlalu kurus.
cachexiakakeksia/kurus keringPerubatanTiadaKeadaan badan seseorang yang terlalu kurus dan lemah akibat kekurangan pengambilan makanan. Keadaan ini biasanya dikaitkan dengan penyakit kronik seperti kanser.
thinspirationinspirasi kurusKesihatanTiada‘Thinspiration’ ialah akronim perkataan ‘thin’ dan ‘inspiration’ yang merujuk gambar atau perbuatan di dalam media sosial yang mendorong seseorang menjadi kurus.
debilitatelemah-kurusVeterinarTiadaTiada
skinny fatkurus berlemakMakanan dan PemakananTiadaKeadaan tubuh badan seseorang yang mempunyai berat badan dan indeks jisim tubuh (BMI) normal dengan ketinggiannya, tetapi mempunyai lebih banyak lemak dalam tubuh serta tidak mempunyai jisim otot mencukupi yang disyorkan untuk tahap kesihatan yang optimum.
lean claylempung kurusGeologiTiadaTiada
postparturient debilitationlemah kurus pascapenglahiranVeterinarTiadaTiada
lean claylempung kurusKejuruteraanTiadaTiada
debilitating diseasepenyakit lemah-kurusVeterinarTiadaTiada
thin sow syndromesindrom babi betina kurusVeterinarTiadaTiada
1234

Kembali ke atas