Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ku.sam] | کوسم

Definisi : pudar (tidak berkilat atau bercahaya), tidak berseri-seri (muka), suram, muram: semua bintang itu ~ dan kumal; perempuan muda itu pun tersenyum dan warna mukanya yg ~ itu jadi berseri-seri pula; pucat ~ pucat lesi, sangat pucat; kekusaman keadaan (rupa dsb) yg tidak cerah (berseri-seri dsb), kepudaran, kesuram­an: cat yg dulu bercahaya kini penuh ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ku.sam] | کوسم

Definisi : tidak bercahaya atau tidak berkilat (ttg permata dsb); tidak berseri (ttg muka); buram; suram. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kusam (adjektif)
Bersinonim dengan muram, pudar, suram, subam, usam;,
Kata Terbitan : kekusaman,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Kegembiraan Rohana berubah menjadi … setelah dia mendengar berita tersebut. A. muram B. kusam C. suram D. redup Apakah jawapan bagi soalan ini dan boleh berikan penjelasan bagi perbezaan muram,kusam,suram dan redup Terima kasihKesemua pilihan jawapan yang diberikan tidak sesuai untuk melengkapkan ayat yang diberikan. Perkataan muram, kusam, suram dan redup membawa makna yang hampir sama (sila rujuk Kamus Perdana Dewan). Cadangan ayat yang betul ialah "Kegembiraan Rohana sirna setelah dia mendengar berita tersebut"Tatabahasa23.06.2022
Dalam situasi apakah perkataan "suram","kelam" dan "kusam" patut digunakan agar tidak salah dari segi bahasa. Sila berikan contoh ayat. Terima kasih.1. Perkataan "suram dan kelam" digunakan dalam konteks cuaca. Contoh ayat: Cuaca hari ini kelihatan suram /kelam.
2. Perkataan "kusam/pudar" digunakan dalam konteks logam. Contoh ayat: Dulang tembaga ini kelihatan kusam/pudar.

Tatabahasa21.05.2015
Apakah perbezaan antara kelam, malap dan kusam?

Perkataan "kelam” dan “malap” digunakan dalam  konteks cuaca/cahaya yang kurang terang, penglihatan yang kabur, warna yang pudar dan tidak berseri, makna kiasan contohnya keadaan sesuatu perkara yang tidak pasti, fikiran dan perasaan yang tidak menentu. Perkataan "kusam” digunakan dalam konteks keadaan sesuatu contohnya perhiasan yang kelihatan pudar, tidak berseri, merujuk rupa seseorang kelihatan pucat, warna kulit yang tidak cerah dan cahaya yang tidak terang. Perkataan “kelam”, “malap” dan kusam mendukung makna yang hampir sama, namun perbezaan antara ketiga-tiga perkataan tersebut adalah berdasarkan penggunaannya  perlu disesuaikan dengan konteks ayat.   

Makna01.11.2021
Apakah jawapan yg paling tepat bagi soalan di bawah? Soalan: Warna kain batik yang dipakai oleh ibu semakin _______ setelah dibasuh beberapa kali. A. susut B. lusuh C. luntur D. kusam

Saudara Yusli,

Perkataan yang paling tepat ialah kusam yang bermaksud pudar.

Tatabahasa24.02.2010
1. Wajah Puan Raziah (gemerlapan/ceria/gembira/suram) apabila mendapat berita tentang kejayaan anaknya itu. 2. Dalam perbahasan itu, David menyampaikan hujah-hujahnya dengan suara yang (nyaring/lantang/gagap/merdu). 3. Dulang tembaga ini kelihatan (kusam/pucat/pudar/kelam) kerana sudah lama tidak digilap. 4. Ukiran pada tingkat rumah datuk sungguh (elok/cantik/ayu/kaku).1. Wajah Puan Raziah ceria apabila mendapat berita tentang kejayaan anaknya itu. 2. Dalam perbahasan itu, David menyampaikan hujah-hujahnya dengan suara yang lantang. 3. Dulang tembaga ini kelihatan (kusam/pudar) kerana sudah lama tidak digilap. 4. Ukiran pada tingkat rumah datuk sungguh elok.Tatabahasa30.07.2008
MAKSUD SURAMSuram bermaksud 1. tidak berapa terang (cahaya dll), agak gelap, kurang cahaya, redup (cuaca): di dlm kamar tidurnya itu hanya lampu tidur sahaja yg hidup, lampu kecil yg ~ cahayanya; petang yg ~; 2. tidak berkilauan atau bercahaya (barang emas, perak, dll), tidak bening (batu permata), buram: kalau beberapa hari tidak dicucinya, kereta itu kelihatan ~; 3. tidak berseri-seri (muka, mata, dll), kusam, kuyu, muram (kerana sedih dll): di ambang pintu terdiri Jenab dgn pakaian serba hitam, rambutnya tidak berdandan, mukanya ~; matanya ~; 4. kurang seronok (kehidupan dll), kurang berbahagia, susah (hati dll), sedih: sesekali guruh menderam di sebelah barat, di hati mereka ~, besok entahkan hujan!; kehidupan yg ~; Makna02.10.2010

Kembali ke atas