Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ku.tang] | کوتڠ

Definisi : = baju ~ 1. baju dalam perempuan (utk menutup susu), anak baju, coli; 2. sj baju yg tidak berlengan atau pendek lengannya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ku.tang] | کوتڠ

Definisi : , = baju ~ 1 baju dalam utk orang perempuan; anak baju. 2 baju yg tidak berlengan atau yg pendek lengannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kutang


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
BAJU KUTANG

BAJU KUTANG, baju dalam yang biasanya disebut ‘kutang’ sahaja dipakai oleh kaum wanita. Kutang juga disebut ‘coli’. Kutang yang ada pada hari ini berasal daripada korset (corset) yang dipakai sebagai pakaian dalam atau pakaian berhias di sebelah luar bagi menyokong payu dara dan membentuk susuk tubuh sebenar. Korset merupakan pakaian purba yang dipakai sejak Zaman Gangsa oleh wanita Minoan bagi membentuk pinggang dan payu dara.

BUDAYAPakaian

Kembali ke atas