Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
kutip
Kata Terbitan : mengutip, kutipan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. suku kata bagi kutipan bukankah [ku.tip.an]? kata dasar kutip, an itu imbuhan. tapi dalam kamus dewan online tunjuk [ku.ti.pan]. Kita ambil kira imbuhan/bacaan dalam konteks suku kata? suku kata bagi mengutip pula ialah [me.ngu.tip] sebab k telah bertukar menjadi ng,betul? 2. keluarga merupakan perkataan yang ada vokal berganding, ingatkan suku kata ialah [ke.lu.ar.ga]. Tapi kamus dewan online tunjuk [ke.luar.ga]. Macam mana ya? 3. Sering kali kami dengar orang sebut [ba.u]. Adakah [ba.u]vokal berganding ataupun [bau]diftong sama dengan [ker.bau]? Kamus Dewan Online menunjukkan [bau]. Terima kasih atas masa dan usaha tuan.Pola suku kata ialah pemenggalan perkataan mengikut suku kata. Contoh ku.tip.an/ke.lu.ar.ga/ker.bau/ba.u. Manakala untuk sebutan pula ialah [ku.ti.pan], [ke.luar.ga], [ker.bau], [bau]Tatabahasa19.08.2021
Yang manakah lebih sesuai, 1. operasi pungutan tol atau 2. operasi kutipan tol atau ada lain-lain istilah yang lebih tepat? Terima kasih.Jawapan yang tepat ialah operasi memungut tol ataupun operasi mengutip tol. Terima kasih.  Tatabahasa15.01.2009
Saya dari industri pengangkutan (transportation) ingin dapatkan terjemahan dalam bahasa melayu bagi perkataan berikut untuk dimuatkan dalam "Consignment Note" kami. Harap dapat terjemahan yang bersesuaian dengan terma logistik 1) Delivery Date 2) Planned Delivery Date 3) Pick-up 4) Walk-in 5) Cash on delivery 6) Cash on collection 7) Consignment number 8) Fixed delivery time1) Delivery Date = Tarikh Penyerahan
2) Planned Delivery Date = Tarikh Penyerahan Dirancang 
3) Pick-up = Kutipan
4) Walk-in =  Kutipan Sendiri
5) Cash on delivery = Tunai Semasa Penyerahan  
6) Cash on collection = Tunai Semasa Kutipan
 7) Consignment number = Nombor Konsainan  
8) Fixed delivery time = Masa Penyerahan yang Ditetapkan
Penyemakan dan penterjemahan08.10.2014
apakah kesalahan imbuhan dan tatabahasa dalam ayat di bawah? 1. Kawasan rekriasi diwujudkan bagi memberi peluang kepada anggota masyarakat untuk beriadah. 2.Penjual surat khabar lama mengwar-warkan kutipkan kertas dan majalah lama di kawasan perumahan tersebut.1. Kawasan rekreasi diwujudkan untuk memberi peluang kepada anggota masyarakat untuk beriadah.
2. Penjual surat khabar lama menguar-uarkan kutipan kertas dan majalah lama di kawasan perumahan tersebut.
Tatabahasa28.02.2013
Assalamualaikum wbt, Tuan/Puan, Apakah padanan yang paling sesuai untuk istilah-istilah berikut dalam Bahasa Melayu? 1. Citations 2. Faculty 3. Peer review Istilah-istilah ini digunakan dalam sistem Quacquarelli Symonds World University Rankings namun saya kurang pasti apakah padanan yang paling sesuai untuk istilah-istilah ini dalam Bahasa Melayu. Sila rujuk lampiran berikut untuk pemahaman lanjut. Semoga pihak DBP dapat membantu saya. Sekian, terima kasih. Wassalam.Cadangan terjemahan kami adalah seperti yang berikut:
(i) ctations - kutipan
(ii) faculty - fakulti
(iii) peer review - kajian/tinjauan semula setara
Jika bersesuaian dengan konteks penggunaannya, terjemahan ini boleh digunakan.
Penyemakan dan penterjemahan08.10.2015
1. Apakah perbezaan penggunaan perkataan "diakui" dan "diperakui"? 2. Apakah takrif "MATAN"? 3. Apakah perbezaan penggunaan perkataan "pungutan" dan "terimaan"?Dalam buku Tatabahasa Dewan, halaman 217, bentuk-bentuk apitan diper-...-i seperti diperolehi, diperakui dan dipersetujui merupakan bentuk terbitan yang lewah. Bentuk yang gramatis bagi diperakui ialah diakui atau diperakukan. Untuk maklumat lanjut, rujuk halaman berkenaan. Menurut data kami, maksud matan ialah 1. naskhah asli, teks (untuk syarahan dan lain-lain); 2. nas yang terdapat pada akhir sanad; 3. erti atau maksud sesuatu ayat. Maksud pungutan ialah sesuatu yang dipungut, pendapatan (perolehan, hasil) memungut: kata ~; wang ~; ~ suara a) referendum; b) pilihan raya; ~ zakat hasil kutipan zakat. Terimaan bermaksud apa-apa yang diterima.Makna13.11.2015
Salam sejahtera Tuan/Puan, Saya ingin mendapatkan kepastian bagi istilah Bahasa Melayu yang tepat untuk perkataan "tax buoyancy": Tax buoyancy mengukur sejauh mana hasil cukai berubah seiring dengan perubahan dalam Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK). Sekiranya nisbah tax buoyancy bersamaan dengan 1, ini bemaksud peningkatan hasil cukai berkadaran dengan peningkatan KDNK. Sekiranya nisbah melebihi 1, ini bermaksud peningkatan hasil cukai adalah lebih baik daripada peningkatan KDNK, menggambarkan dasar percukaian kerajaan yang efektif dalam kutipan hasil cukai.Cadangan terjemahan yang sesuai bagi tax buoyancy ialah cukai apunganMakna17.10.2020
Assalamualikum tuan/puan. Terima kasih banyak kerana menjawab pertanyaan -pertanyaan saya. Ia sangat membantu. Saya ingin bertanya beza "hasil" dan "keberhasilan" Terima kasih.

Takrif dalam Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) bagi hasil dan keberhasilan adalah seperti yang berikut:

 

hasil n

1 dapatan atau faedah drp sst usaha, kegiatan dsb: Setelah lima tahun bercucuk tanam, ladang itu memberikan hasil yg lumayan.• Penangkapan Razlan itu ialah hasil pengintipan selama sebulan.

2 sst yg diperoleh atau dikeluarkan drp pokok, tanah, hutan dsb: Myanmar ialah sebuah negara yg kaya dgn hasil hutannya. • Orang Senoi mengutip hasil padi mereka dgn menggunakan tuai.

3 ki sst kebaikan atau keburukan yg timbul selepas berlakunya sst kejadian, tindakan dll: Mereka menggunakan senjata termoden hasil teknologi paling canggih. Keselesaan yg dinikmati ialah hasil pengorbanan dan perjuangan generasi sebelum ini.

4 pendapatan yg diperoleh sso, syarikat atau negara drp kutipan cukai, denda, sewa dll: Sekiranya orang yg dituduh itu tidak hadir pd hari perbicaraannya, maka wang jaminannya itu akan hilang dan menjadi hasil kerajaan.

 

 keberhasilan n

1 hal beroleh hasil atau kesan: Keberhasilan penggunaan istilah banyak bergantung pd masyarakat penggunanya. Dia menerangkan cara utk meningkatkan keberhasilan perniagaan di Internet.

2 sst yg dicapai atau diperoleh: Mari sama-sama kita berkongsi ttg keberhasilan yg dicapai sepanjang Ramadan.

Lain-lain06.07.2021

Kembali ke atas