Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ku.tub]/[qu.tub] | قطب

Definisi : 1. hujung paksi atau gandar (bumi dll); 2. (Fiz) pangkalan litar elektrik, sama ada punca positif atau negatif; 3. (Fiz) pengalir atau litar yg membawa arus masuk; ~ bumi bahagian di utara dan selatan bumi pd kedua-dua hujung paksi bumi; K~ Janubi = K~ Selatan kutub di selatan bumi; ~ magnet kedua-dua bahagian hujung magnet (besi berani) yg paling kuat kuasa penariknya; ~ negatif (Fiz) pangkalan litar elektrik bekalan arus terus yg menerima arus, dgn simbol (-); ~ positif (Fiz) pangkalan litar elektrik bekalan arus terus yg mengeluarkan arus, dgn simbol (+); K~ Syamali = K~ Utara kutub di utara bumi; bintang ~ bintang yg kelihatan di atas kutub bumi; berkutub ada kutubnya (bkn sel dll); kekutuban (Fiz) keadaan elektrik sesuatu jasad, sama ada positif atau negatif; pengutuban 1. (Fiz) proses yg menyebabkan cas positif dan cas negatif dlm sesuatu jasad tersesar apabila jasad itu berada dlm medan elektrik; 2. (Kim) perubahan kimia yg berlaku dlm sel kering semasa sel itu digunakan, sehingga menyebabkan rintangan dalamannya bertambah dan memendekkan hayat kegunaan sel kering. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ku.tub]/[qu.tub] | قطب

Definisi : ; burung ~ sj burung, burung tanau, Megalaima zeylanicus hodgsoni. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ku.tub]/[qu.tub] | قطب

Definisi : 1 = ~ bumi bahagian bumi di sebelah utara atau di sebelah selatan pd hujung paksi bumi: ~ utara; ~ selatan. 2 = ~ magnet bahagian yg berdekatan dgn kutub bumi spt yg ditunjukkan oleh jarum kompas. 3 bahagian hujung magnet. kekutuban ist keadaan elektrik sesuatu jasad, sama ada positif atau negatif. pengutuban ist proses yg menyebabkan cas positif dan cas negatif dlm sesuatu jasad tersesar apabila jasad itu berada dlm medan elektrik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kutub


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
kutub magnetmagnetic poleKawasan yang terletak pada hujung magnet kekal. Hujung magnet yang menghala ke utara disebut kutub utara dan yang menghala ke selatan disebut kutub selatan. Kutub yang berlainan menarik antara satu sama lain, manakala kutub yang sama menolak antara satu sama lain. Lihat RajahMenengah Rendah
paksiaxisGaris bayangan yang menghubungkan kutub utara dan kutub selatan. Lihat RajahSekolah Rendah
habitathabitatTempat tinggal semula jadi atau persekitaran bagi haiwan, tumbuhan atau benda hidup lain. Contohnya, habitat beruang kutub ialah di Kutub Utara. Lihat RajahSekolah Rendah
kutubpole1. Bahagian pada hujung paksi bumi di sebelah utara atau di sebelah selatan. 2. Bahagian hujung magnet yang paling kuat daya tarikannya. Lihat RajahSekolah Rendah
molekul kutubpolar moleculeMolekul yang mempunyai taburan cas yang sama, iaitu bahagian positif dan negatif. Molekul kutub menarik antara satu sama lain dan juga ion.Menengah Atas
litar lengkapcomplete circuitLitar elektrik dari kutub positif bateri melalui alat elektrik dan kembali semula ke kutub negatif bateri yang membenarkan pengaliran arus elektrik.Menengah Rendah
jarak imejimage distanceJarak antara imej dengan pusat kanta atau kutub cermin.Menengah Atas
anafasaanaphasePeringkat meiosis atau mitosis apabila kromosom homolog berpisah dan bergerak ke kutub yang berlawanan.Menengah Atas
paksi utamaprincipal axisGarisan lurus yang melalui pusat kanta dan pusat kelengkungan kanta atau kutub cermin dan pusat kelengkungan cermin.Menengah Atas
pemanasan globalglobal warmingPertambahan suhu bumi akibat daripada kesan rumah hijau yang menyebabkan anjakan pola cuaca dan peleburan ais di kutub.Menengah Atas
12

Kembali ke atas