Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ku.tub]/[qu.tub] | قطب

Definisi : 1. hujung paksi atau gandar (bumi dll); 2. (Fiz) pangkalan litar elektrik, sama ada punca positif atau negatif; 3. (Fiz) pengalir atau litar yg membawa arus masuk; ~ bumi bahagian di utara dan selatan bumi pd kedua-dua hujung paksi bumi; K~ Janubi = K~ Selatan kutub di selatan bumi; ~ magnet kedua-dua bahagian hujung magnet (besi berani) yg paling kuat kuasa penariknya; ~ negatif (Fiz) pangkalan litar elektrik bekalan arus terus yg menerima arus, dgn simbol (-); ~ positif (Fiz) pangkalan litar elektrik bekalan arus terus yg mengeluarkan arus, dgn simbol (+); K~ Syamali = K~ Utara kutub di utara bumi; bintang ~ bintang yg kelihatan di atas kutub bumi; berkutub ada kutubnya (bkn sel dll); kekutuban (Fiz) keadaan elektrik sesuatu jasad, sama ada positif atau negatif; pengutuban 1. (Fiz) proses yg menyebabkan cas positif dan cas negatif dlm sesuatu jasad tersesar apabila jasad itu berada dlm medan elektrik; 2. (Kim) perubahan kimia yg berlaku dlm sel kering semasa sel itu digunakan, sehingga menyebabkan rintangan dalamannya bertambah dan memendekkan hayat kegunaan sel kering. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ku.tub]/[qu.tub] | قطب

Definisi : ; burung ~ sj burung, burung tanau, Megalaima zeylanicus hodgsoni. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ku.tub]/[qu.tub] | قطب

Definisi : 1 = ~ bumi bahagian bumi di sebelah utara atau di sebelah selatan pd hujung paksi bumi: ~ utara; ~ selatan. 2 = ~ magnet bahagian yg berdekatan dgn kutub bumi spt yg ditunjukkan oleh jarum kompas. 3 bahagian hujung magnet. kekutuban ist keadaan elektrik sesuatu jasad, sama ada positif atau negatif. pengutuban ist proses yg menyebabkan cas positif dan cas negatif dlm sesuatu jasad tersesar apabila jasad itu berada dlm medan elektrik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kutub


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
polar captukup kutubGeologiTiada1. Kawasan cerah yang melitupi kutub-kutub Marikh.,2. Lembar ais yang berpusat di salah satu kutub bumi.
meridianmeridianMatematikTiadaBulatan pada sfera bumi yang melalui Kutub Utara dan Kutub Selatan. Kutub Utara Kutub Selatan
magnetmagnetTeknikElektrikBahan feromagnet yang mempunyai ciri kemagnetan, iaitu berkeupayaan menarik jasad besi. Kekuatan kemagnetan tertumpu di dua penghujung bahan, satu penghujung disebut kutub utara dan yang satu lagi kutub selatan. Kutub-kutub magnet yang berlainan akan menarik, sementara yang serupa akan menolak.
demagnetizing effectkesan penyahmagnetanKejuruteraanTiadaPenyusutan medan magnet dalaman yang disebabkan oleh kutub-kutub magnet tak terpampas di permukaan sampel.
galactic equatorkhatulistiwa galaksiMatematikTiadaBulatan gedang yang terletak separuh jalan di antara kutub-kutub galaksi dan kira-kira satu darjah ke utara garis tengah Bimasakti.
root locuslondar puncaKejuruteraanTiadaLondar bagi punca sambutan gelung tertutup sistem, diterbitkan dengan memplot kutub-kutub dan sifar-sifar bagi sambutan gelung terbuka itu pada satah kompleks.
declinationsudut istiwaGeografiTiada2. Merujuk pada ukuran sudut deklinasi solar berhubung dengan khatulistiwa cakerawala dan kutub-kutub cakerawala.Deklinasi solar berubah daripada 23 1/2 U pada 21 Jun kepada 23 1/2 S pada 22 Disember. 3. Merujuk pada deklinasi magnet iaitu sudut di antara mana-mana titik di permukaan bumi di antara U magnet dan U sebenar .
commutating polekutub tukar tertibTeknikElektrikKutub kecil (antara kutub) di tengah-tengah kutub utama dalam mesin tukar tertib. Kutub ini berfungsi untuk memberikan fluks tambahan atau fluks tukar tertib sewaktu gegelung yang angker dilitarpintaskan oleh berus. Fluks ini membantu menukarkan arah arus dalam setiap gegelung angker semasa berlitar pintas, dengan itu bunga api di berus mesin tersebut dapat dikurangkan.
reluctance motormotor enggananKejuruteraanTiadaMotor segerak, sama binaannya dengan motor aruhan, yang bilangan anggota yang membawa litar sekunder mempunyai kutub-kutub menonjol tetapi tiada pengujaan arus terus, bermula sebagai motor aruhan tetapi beroperasi biasanya pada laju segerak.
polarkutubKejuruteraanTiadaBerkenaan dengan kutub, diukur daripada kutub, atau mempunyai kutub.
12345678910...

Kembali ke atas