Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[la.ba] | لاب

Definisi : 1. keuntungan (drpd perniagaan, perdagangan, pelaburan, dll): perniagaan yg diusahakannya itu menghasilkan ~ yg berlipat ganda; 2. faedah, guna, kebaikan: apa ~nya kita bertengkar ini? ~ modal (Eko) keuntungan yg diperoleh drpd wang yg dilaburkan dlm sesuatu perniagaan (saham dsb) hasil drpd kenaikan harga; ~ rugi a) untung rugi; b) baik buruk; (pajak) ~ perang Id (cukai yg dikenakan atas) keuntungan yg diperoleh dlm masa perang; ~ sama dibagi, rugi sama diterjuni prb bersahabat (bermuafakat) sehidup semati; belum tahu akan ~ rugi prb belum tahu akan baik buruk sesuatu hal; kalau ~ bercikun-cikun, buruk diberitahu orang prb berdiam diri sahaja sewaktu dlm kesenangan tetapi meminta pertolongan orang lain apabila dlm kesusahan; mengaut ~ dgn siku prb orang yg selalu mencari keuntungan yg banyak; berlaba 1. mendapat atau beroleh laba (keuntungan): dia ~ berlipat ganda drpd perniagaannya; 2. menghasilkan (mendatangkan) keuntungan: perniagaan yg diurusnya itu tidak ~ sedikit pun; melabakan, melabai menghasilkan (mendatangkan) keuntungan kpd, menguntungkan: rancangan itu hanya akan ~ beberapa orang yg telah sedia kaya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.ba] | لاب

Definisi : 1 keuntungan yg diperoleh drpd perniagaan, berjual beli, pelaburan dll: Syarikat itu telah mendapat ~ yg berlipat ganda. 2 faedah; guna: Perbuatan itu tidak mendatangkan apa-apa ~ pun. berlaba mendapat laba; beruntung. melabakan menghasilkan (mendatangkan) laba; menguntungkan: Perniagaan beras ~ beberapa orang di kampung itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
laba (kata nama)
Bersinonim dengan keuntungan, untung, hasil, pendapatan, perolehan, dividen, faedah, bonus;,
Kata Terbitan : berlaba, melabakan,

Peribahasa

Kalau laba bercikun-cikun,
     buruk diberitahu orang.

Bermaksud :

Bila beroleh kesenangan, diam saja; tetapi bila menderita susah berkeluh kesah atau minta tolong pada orang lain. bercikun-cikun = bersembunyi-sembunyi.

 

Lihat selanjutnya...(16)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Nazima Zainal Sep 13th, 6:04am Assalammualaikum Nazima Zainal Sep 13th, 6:05am Boleh saya tumpang bertanya Nazima Zainal Sep 13th, 6:05am Berapa harga tiket kanak2 utk pementasan cerita laba yg bijak Nazima Zainal Sep 13th, 6:05am Laba sang bijaksana Nazima Zainal Sep 13th, 6:06am Bole saya beli onlineDewan Bahasa dan Pustaka Malaysia Sep 13th, 12:29pm Tiket adalah percuma! PEMENTASAN 18 September 2014 (Khamis) Pukul 3.00 petang 19 September 2014 (Jumaat) 8.30 malam MAKLUMAT LANJUT Sila hubungi Puan Filzah Ibrahim 03-2147 9204/016-671 9072 atau Puan Zabidah Yahya 03-2147 9207 atau Encik Syed Rosli 03-2147 9209Lain-lain13.09.2014
Soaln: Keliru dengan manfaat dan kemanfaatan? Boleh terangkan bezanya? Aktiviti kokurikulum membawa banyak (kemanfaatan atau manfaat) ? Terima kasih.

Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, 'manfaat' bermaksud guna, faedah, untung dan laba. Manakala 'kemanfaatan" juga membawa maksud yang sama. Oleh itu, kedua-duanya boleh digunakan dalam ayat tersebut.

Lain-lain23.01.2011
selamat malam.boleh berikan contoh-contoh perbendaharaan kata?Perbendaharaan kata ialah khazanah kata dalam sesuatu bahasa atau sesuatu bidang (leksikon). Antara contohnya ialah nama tubuh badan seperti bahu, kepala, muka dan rupa; barang perdagagan seperti neraca, laba, dan kedai; alat perkakas seperti jala, bajan, dan pili; tumbuh-tumbuhan seperti cempaka, cendana dan delima.Makna06.03.2008
Kita perlu pergi segera, untung masih ada orang menunggu kita. Kami mendapat untung yang banyak semasa hari kantin yang lepas. penggunaan untung dalam kedua-dua ayat betul kah? tqAyat tersebut betul. Makna untung dalam ayat pertama ialah tidak sial (celaka), bernasib baik. Untung dalam ayat kedua pula bermaksud keuntungan- hasil pendapatan atau perolehan daripada sesuatu kegiatan seperti perusahaan, perniagaan, dll yang melebihi modal dan segala perbelanjaan yang berkaitan, laba.Tatabahasa26.08.2008

Kembali ke atas