Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[la.buh] | لابوه

Definisi : 1. turun atau tergantung ke bawah (bkn kelambu, sauh, tirai, dll): kainnya ~ hingga menyapu lantai; tauke yg berperut ~ itu duduk menyandar di kerusi malas; 2. panjang ke bawah atau lebih panjang ke bawah drpd yg biasanya atau seharusnya: pakaian ~ spt jubah dan gaun panjang; kebaya ~; dia memakai seluar yg ~ dan longgar; 3. penjodoh bilangan utk tirai: tirai se~; berlabuh 1. tergantung atau panjang ke bawah (bkn tirai, kelambu, dll); 2. berhenti atau singgah (bkn kapal, perahu, dll): setelah kapal itu ~, maka segala nelayan sekaliannya datang berjual ikan pd orang kapal itu; melabuh 1. menurunkan sauh (kapal dll): masa belayar kematian angin, sudah dilabuh bayu berpuput; 2. Mn beranak (bkn kerbau, lembu); melabuhkan 1. menjatuhkan atau menurunkan (kelambu, tirai, dll), memanjangkan (pakaian): setelah baginda naik ke pelaminan maka tirai kelambu pun dilabuhkan oranglah; Tun Hassan Temenggung yg pertama ~ baju Melayu; dia ~ skirtnya; 2. menghentikan (kapal, perahu, dll): dilayarkannya juga Bulang Linggi itu hingga sampai ke Betangan bertentangan dgn istana baginda itu barulah dilabuhkan; ~ kapalnya berhampiran dgn pantai; 3. mencampakkan atau membuangkan ke air (laut dll); ~ orang mencampakkan orang ke laut; ~ pancing membuangkan pancing ke air; ~ sauh menurunkan sauh, melabuh; 4. meletakkan: dia terus berlari ~ punggungnya di atas rumput yg menghijau itu; ~ hukum Id menjatuhkan hukuman (dlm perbicaraan); pelabuhan tempat kapal berlabuh, persinggahan kapal, pangkalan kapal: sasaran yg pertama ialah kapal-kapal yg berlabuh di ~ Brunei; ~ alam pelabuhan yg kedudukan dan keadaan semula jadinya elok; ~ bebas pelabuhan yg tidak mencukai barang yg keluar masuk; ~ udara Id padang kapal terbang, lapangan terbang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.buh] | لابوه

Definisi : Kd memukul dgn tangan, tabuh. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.buh] | لابوه

Definisi : panjang ke bawah; lw singkat: Dia terpaksa melipat lengan bajunya kerana terlalu ~. berlabuh 1 tergantung ke bawah (bkn kelambu, tirai dsb): Tirai ~. 2 berhenti atau singgah (bkn kapal, perahu dsb): Kerana angin kencang, kapal itu terpaksa ~ di sebuah pulau. melabuhkan 1 membiarkan supaya labuh (bkn tirai, kelambu, lengan baju, kain dll); menurunkan: Ia ~ gaunnya hingga menutupi lutut. 2 menjatuhkan sauh supaya berhenti (bkn kapal, perahu dsb). pelabuhan tempat kapal berlabuh atau singgah; pangkalan kapal. ~ bebas pelabuhan yg tidak mengenakan cukai atas barang-barang yg keluar masuk. ~ entrepot pelabuhan yg menjadi pusat perdagangan utk import, eksport, pengumpulan dan pengagihan barang-barang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
labuh (adjektif)
Kata Terbitan : berlabuh, melabuhkan, pelabuhan,
Rujuk :panjang

Puisi
 

Burung puyuh meniti di batang,
     Batang manggis condong ke paya;
Kebaya labuh bersanggul lintang,
     Senyum manis di pagi raya.


Lihat selanjutnya...(2)

Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
ankle-lengthn labuh hingga ke /buku lali, pergelangan kaki/: an ~ skirt, skirt yg labuh hingga ke buku lali.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
pendulous adj berayun-ayun; ( of belly, breasts, etc ) labuh: the ~ nests of weaver birds, sarang burung tempua yg berayun-ayun; his ~ jowls shook with rage, gelambir dagunya yg labuh itu, bergetar krn marah.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
greatcoatn kot labuh.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
dragvi 1. labuh sehingga kelepet kainnya meleret ke tanah; 2. often ~ /on, out /, go on slowly, laboriously, berlarutan; (of lecture, story, etc) meleret-leret: if the hydrogen bomb had not been used the war would have ~ged on for who knows how long, jika bom hidrogen tdk digunakan peperangan itu akan berlarutan entah sampai bila, tdk siapa pun tahu; a marriage that ~ged on for the sake of the children, perkahwinan yg berlarutan demi kepentingan anak-anak; the lecture ~ged on, kuliah itu meleret-leret; although the actors were quite good, the play itself ~ged, walaupun lakonannya baik tetapi drama itu meleret-leret; 3. use a drag, menggunakan penyeret;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
swish vi (approp v + sambil) berdesis: her long skirt ~ed as she turned, skirtnya yg labuh berdesis semasa dia berpusing; the cat crouched, its tail ~ing, kucing itu mendekam, ekornya mengibas-ngibas sambil berdesis;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
midiadj (of garment) sederhana: she wore her new ~ length skirt, dia memakai skirt baru yg sederhana labuh;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
seedy b. of person) serbah-serbih: a ~ character in an old army greatcoat, lelaki serbah-serbih yg memakai kot labuh tentera yg buruk;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
long 1 3. (of memory) kuat, lama: elephants are said to have ~ memories, gajah dikatakan mempunyai ingatan yg kuat; 4. (of garment) panjang; (more than desirable) labuh: the ~ kebaya, kebaya panjang; the skirt is ~ on her and will have to be shortened, skirt itu labuh untuknya dan perlu dipendekkan; 5. (of drink) dlm gelas tinggi; 6. (colloq) panjang: a ~ lean figure appeared at the door, tubuh yg panjang dan kurus muncul di muka pintu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
slip 1 ~ of the pen, tersilap tulis; a ~ of the tongue, tersilap sebut; 3. petticoat, kain dalam: your ~ is too long, kain dalam kamu terlalu labuh; 4. (usu in pl) see SLIPWAY;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
longishadj rather long, a. (rel to measurement) agak panjang: rambutnya agak panjang sekarang; b. (of distance) agak jauh: it’s a ~ journey but interesting, perjalanan itu agak jauh tetapi menyeronokkan; c. (of garment) agak /labuh, panjang/.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12

Kembali ke atas