Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[la.ci] | لاچي

Definisi : bekas spt kotak yg boleh disorong tarik pd meja dll, anak meja; berlaci mempunyai laci: almari ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.ci] | لاچي

Definisi : tempat menyimpan barang yg terdiri drpd kotak-kotak kecil yg dpt disorong dan ditarik (dipasang pd meja atau pd almari); anak meja. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata laci


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
menyimpan di dalam laci atau menyimpan ke dalam laci. Masing-masing terdapat pendapat yang berlainan mungkin kah ini disebabkan oleh pengaruh daripada Bahasa Inggeris 'put into'? Jadi, yang manakah satu adalah betul.Ayat yang betul ialah 'menyimpan di dalam laci'.Tatabahasa12.05.2011
Saya ingin bertanya antara jawapan ini yang manakah betul? Chandra menyuruh adiknya mengambil seuntai rantai mutiara di dalam laci biliknya , Chandra menyuruh adiknya mengambil sebutir ratai mutiara di dalam laci biliknyaAyat yang betul ialah "Chandra menyuruh adiknya mengambil seutas rantai mutiara di dalam laci di baliknya".Tatabahasa23.01.2014
Assalamualaikum tuan. Izinkan saya bertanya berberapa soalan. 1.Mana satukah ayat yang betul. (a) Ani menyimpan gunting di dalam laci. (b) Ani menyimpan gunting ke dalam laci. 2. Minta penjelasan penggunaan di dalam dan ke dalam.
Menurut Tatabahasa Dewan kata sendi nama ke digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat atau arah yang dituju, dan digunakan juga di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan waktu atau masa. Oleh itu, ayat Ani menyimpan gunting ke dalam laci lebih tepat.
Tatabahasa08.09.2015
Apakah pola ayat di bawah? Kunci itu ada di dalam laci. A) Frasa Nama + Frasa Sendi nama B) Frasa Nama + Frasa KerjaPola ayat Kunci itu ada di dalam laci ialah Frasa Nama + Frasa Kerja - ada ialah kata kerja yang menjadi inti kepada predikat.Tatabahasa23.01.2011
Salam sejahtera. BAHAGIAN A 1. Jangankan membeli komputer, mesin taip pun saya tidak mampu. 2. Jangankan membeli komputer, mesin taip pun saya tidak mampu miliki. 3. Jangankan membeli komputer, membeli mesin taip pun saya tidak mampu. 4. Ibu menyimpan pisau ke laci. 5. Ibu menyimpan pisau ke dalam laci. 6. Ibu menyimpan pisau di dalam laci. = Yang manakah ayat yang betul. BAHAGIAN B naik = tidak perlu 'ke atas' turun = tidak perlu 'ke bawah' masuk = tidak perlu 'ke dalam' Adakah pernyataan di atas benar kerana ayat-berikut selalu digunakan; 1. Adik cepat-cepat turun ke bawah rumah setelah dimarahi bapa. 2. Para pemenang diminta naik ke atas pentas untuk menerima hadiah. 3. Kakak masuk ke dalam bilik tidurnya. Terima kasih.Bahagian A: Ayat yang gramatis ialah jangankan membeli komputer, mesin taip pun saya tidak mampu dan 
Ibu menyimpan pisau ke dalam laci/ibu menyimpan pisau di dalam laci
 
Bahagian B naik: Frasa naik ke atas, turun ke bawah dan masuk ke dalam merupakan penggunaan bahasa yang lewah. Walaupun lewah bukanlah suatu kesalahan tetapi penggunaan salah satu daripadanya telah melengkapkan ayat. Dan binaan ayat yang gramatis bebas daripada unsur lewah.
Tatabahasa05.09.2012
Salam sejahtera. Yang manakah betul? 1.Siti meletakkan pinggan ke dalam besen. 2.Siti meletakkan pinggan di dalam besen 3.Siti menyimpan pisau ke dalam laci. 4.Siti menyimpan pisau di dalam laci. 5.Siti memasukkan buah epal ke dalam beg plastik. 6.Siti memasukkan buah epal di dalam beg plastik. 7.Siti membuang sampah ke dalam tong sampah. 8.Siti membuang sampah di dalam tong sampah. 9.Siti menyapu sampah di dalam kelas. 10.Siti menyapu sampah di kelas. 11.Siti makan di dalam kantin. 12.Siti makan di kantin.

Berikut disenaraikan ayat yang lebih tepat tatabahasanya:

Siti meletakkan pinggan ke dalam besen.

Siti menyimpan pisau ke dalam laci.

Siti memasukkan buah epal ke dalam beg plastik.

Siti membuang sampah ke dalam tong sampah.

Siti menyapu sampah di kelas.

Siti makan di kantin.
Tatabahasa06.09.2023
assalamualaikum. saya NUR SYAMIMI BINTI RAYA. Saya ingin bertanya antara jawapan ini yang manakah betul? Chandra menyuruh adiknya mengambil seuntai rantai mutiara di dalam laci biliknya , Chandra menyuruh adiknya mengambil sebutir ratai mutiara di dalam laci biliknyaJawapan yang betul adalah "seutas rantai mutiara".Lain-lain27.01.2014
Salam sejahtera... Saya ingin bertanya tentang penggunaan frasa 'di dalam' dan 'ke dalam'... Berdasarkan ayat yang diberi..bolehkah pihak tuan menerangkan konsep penggunaannya? Terima kasih. 1a. Ali menanam pokok bunga di dalam pasu. 1b. Ali menanam pokok bunga ke dalam pasu. 2a. Adik meletakkan bukunya di dalam laci. 2b. Adik meletakkan bukunya ke dalam laci. 3a. Siti membuang sampah di dalam tong sampah. 3b. Siti membuang sampah ke dalam tong sampah.Kata sendi nama "di" digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat. Manakala kata sendi "ke" pula digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat atau arah yang dituju, dan juga yang menunjukkan waktu atau masa.
Oleh itu, ayat yang betul ialah:
1a. Ali menanam pokok bunga di dalam pasu. 
2a. Adik meletakkan bukunya di dalam laci
3a. Siti membuang sampah di dalam tong sampah.
Tatabahasa06.01.2016
mohon penjelasan berkaitan penjodoh bilangan. soalan : Ali menjumpai ................. kunci dan .............. keronsang mutiara di dalam laci almari lama neneknya. adakah sebentuk kunci dan serawan keronsang sesuai digunakan. jika tidak apakah penjodoh bilangan yang sesuai.Kedua-dua penjodoh bilangan tersebut boleh digunakan berdasarkan bilangan dan bentuk benda tersebut. Penjodoh bilangan untuk kunci boleh juga sebatang (untuk satu) dan segugus sekiranya dalam bilangan yang banyak. Sebentuk juga boleh digunakan untuk kerongsang.Tatabahasa26.07.2011
Selamat sejahtera.Saya ingin bertanya tentang kata sendi“di”dan“ke”. Bagaimana kita hendak bezakan?Cth:1.menanam bunga ke/di dalam pasu. 2.menyimpan pisau ke/di dalam laci.3.melancong ke/di Melaka.4.memasukkan duit ke/di dalam tabung.5.meyimpan duit ke/di dalam tabung. Adakah “menyimpan” diikuti dgn di dalam dan “memasukkan ”diikuti dgn ke dalam?Terima kasih atas bantuan tuan.Kata sendi nama "di" = digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat. Manakala kata sendi "ke" pula digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat atau arah yang dituju, dan juga yang menunjukkan waktu atau masa.
Contoh: 1. Menanam bunga di dalam pasu. 2. Menyimpan pisau di dalam laci. 3. Melancong ke Melaka. 4. Memasukkan duit ke dalam tabung. 5. Menyimpan duit di dalam tabung.
Tatabahasa07.01.2015
12

Kembali ke atas