Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[la.ci] | لاچي

Definisi : bekas spt kotak yg boleh disorong tarik pd meja dll, anak meja; berlaci mempunyai laci: almari ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.ci] | لاچي

Definisi : tempat menyimpan barang yg terdiri drpd kotak-kotak kecil yg dpt disorong dan ditarik (dipasang pd meja atau pd almari); anak meja. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata laci


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MESIN DAFTAR TUNAI

Mesin daftar tunai ialah mesin yang merekod

dan memaparkan amaun jualan. Kebanyakan mesin

daftar tunai mempunyai laci untuk menyimpan wang

tunai. Apabila juruwang merekodkan sesuatu jualan

dalam mesin daftar tunai, harga pembelian tertera di

jendela paparan di mesin tersebut. Mesin daftar tunai

ini juga mencetak resit butiran yang mencatatkan

rekod penjualan untuk kegunaan pelanggan.

UMUM 
ARK

Ark (dalam bahasa Inggeris), biasanya merujuk

kepada bahtera yang melindungi Noah dan

keluarganya semasa Banjir Besar yang

diterangkan dalam kitab Bible (Gen. 6). Perkataan

itu juga merujuk kepada bakul tempat Moses

disembunyikan. Dalam saumaah Yahudi, ark ialah

almari yang menyimpan kitab Torah , lima kitab

pertama Kitab Perjanjian Lama. Perkataan ark

berasal daripada perkataan Latin arca , yang

bermakna peti , kotak , atau laci . Di Eropah, ark

bermakna peti atau bakul tertutup untuk

menyimpan barang berharga. Di Amerika

Syarikat, ark merujuk kepada perahu leper yang

besar yang digunakan semasa peluasan negara.

Lihat juga Ark of the Covenant.

UMUM 

Kembali ke atas