Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[la.cur] | لاچور

Definisi : 1. tidak jadi, gagal, malang, sial; 2. buruk laku, sundal (perempuan); apa ~ apa boleh buat; perempuan ~ perempuan jalang, perempuan sundal; melacur mencari nafkah dgn melibatkan diri dlm perhubungan kelamin secara haram, menyundal, menjual (kehormatan) diri: dia ~ atas desakan hidup; melacurkan; ~ diri melacur, menyundalkan diri: perempuan itu ~ dirinya sejak lima tahun yg lalu; pelacuran perihal (perbuatan) melacurkan atau menjual diri, persundalan: dia terjun ke dlm dunia ~ yg dia sendiri memang amat takut; pelacur perempuan sundal (yg melacurkan diri), perempuan jalang; ~ terhormat pelacur drpd kalangan orang yg tinggi taraf kedudukannya dlm masyarakat (biasanya tidak diketahui umum). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.cur] | لاچور

Definisi : ; melacur melakukan persetubuhan secara haram dgn tujuan mencari wang dsb (biasanya perempuan); menjual kehormatan; menyundal. melacurkan menjadikan sbg pelacur: ~ diri. pelacuran perbuatan atau hal melacur: Kerajaan berusaha menghapuskan ~ di bandar-bandar. pelacur orang yg melacur atau yg melacurkan diri. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lacur
Kata Terbitan : melacur, pelacuran, pelacur,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Perkataan "lacur" dalam tafsiran/terjemahan DBP banyak dikhususkan kepada perbuatan kurang bermoral iaitu menjual maruah bagi seorang perempuan. Bolehkah perkataan "lacur" itu digunakan kepada penjualanbarang2 lain selain maruah, seperti saya katakan, "seorang penjual bunga telah melacurkan bunganya di tepi jalan"?Mengikut Kamus DEwan Edisi Keempat, halaman 864, perkataan lacur bermaksud 1. tidak jadi, gagal, malang,sial.2. buruk laku, sundal. Oleh yang demikian perkataan ini tidak sesuai digunakan dalam konteks melacurkan bunga. Makna02.05.2008
Apakah persamaan dan perbezaan di antara “sopan” dan “susila”?Berikut merupakan maksud sopan dan susila berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat:

i. Sopan
 - Hormat (segan, takzim) dengan tatatertib  
 - Baik budi bahasanya, tahu tertib peraturan, beradab
 - Baik perangai dan kelakuannya (tidak cabul atau lacur)

ii. Susila
 - Baik budi bahasanya, beradab, sopan, tertib

Untuk maklumat lanjut, sila klik link ini 
https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=sopan
https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=susila
Makna08.11.2020
Diantara dua ayat dibawah,manakah ayat yang betul? apakah alasannya? Apa nama anda? @ Siapa nama anda?

Siapa bermaksud 1. kata utk menanyakan orang, orang mana: ~ yg mengusik awak? 2. kata utk menanyakan nama orang: ~ nama kamu? 3. kata utk menyatakan orang secara umum, orang yg tidak tentu; ~ yg makan cabai, dialah berasa pedas prb yg berbuat salah akan berasa; tiada ~ tiada seorang pun; ~ lagi a) = ~ pula adakah orang lain lagi; b) siapa selanjutnya (suka, mahu membeli, dll); ~ lu ~ gua Id, bp masing-masing membuat hal sendiri (tidak bertolong bantu); ~ pun = ~ sahaja a) barang siapa; b) sebarang orang, siapa juga.

Manakala apa pula bermaksud 1. kata utk menanyakan nama (jenis, sifat, dll) sesuatu: ~ yg kaubeli tadi? 2. pengganti sesuatu yg kurang tentu (kurang terang): tidak terdengar ~ yg kaucakapkan; 3. = ~lah kata utk menghaluskan suruhan: belikan ~ saya sebungkus rokok; 4. = ~kah kata utk menanyakan sesuatu (bukan manusia): ~ kereta itu rosak? 5. atau: ya ~ tidak; ~ akal bagaimana akal, apa yg harus dibuat; ~ boleh buat apa yg hendak dilakukan lagi, tak ada jalan lain lagi; ~ daya tidak ada kuasa lagi; ~ khabar a) bagaimana keadaanmu; b) ada khabar barukah; ~ lacur Id ya bagaimana lagi (apa boleh buat); ~ macam apa khabar; ~ pasal apa sebab; ~ sahaja = ~ saja = barang ~ = segala ~ tidak kira apa, sebarang, segala sesuatu; ~ tidaknya memang ya; ~ ubahnya serupa; kena ~ a) apa yg dialami atau dideritai; b) mengapa, kenapa;

Oleh itu, penggunaan yang tepat ialah siapa nama anda?

Lain-lain09.07.2010

Kembali ke atas