Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. adu atau sabung (binatang spt lembu, ayam, dll), perkelahian: biar lambat ~ asal menang; ayam ~; kerbau ~; 2. langgar, hantuk; berlaga 1. bersabung (lembu, ayam, dll), berkelahi, bergaduh: maka kedua-dua ayam itu pun ~lah; 2. berlanggaran (kereta, pinggan mangkuk, dll), berhantukan: bunyi kuali dan sudip ~ jelas kedengaran; berlagaan, berlaga-lagaan saling berlaga: mata pedang bergemerencing ~ sesama sendiri; melaga 1. menyabung (lembu, ayam, dll), mengadu; 2. menghantuk, melanggar; melagakan 1. membuat supaya berlanggar (kereta, pinggan mangkuk, dll), melanggar­kan, menghantukkan: dia sengaja ~ kereta­nya pd tembok itu; 2. membuat supaya dua orang sahabat dsb berkelahi (dgn cara meng­hasut, membuat fitnah, dsb), mengadu­dombakan: dia suka ~ kawan-kawannya sendiri; melaga-lagakan 1. melagakan (melanggar­kan dsb) berulang kali, melanggar-langgarkan, menghantuk-hantukkan: seketika ia ~ kepala­nya ke dinding spt orang gila; 2. mengadu domba: mereka akan dilaga-lagakan selagi tidak mengubah pandangan hidup; memperlagakan membuat supaya berlaga atau berkelahi (lembu, ayam, dll), menya­bungkan, mengadukan; perlagaan perihal berlaga (binatang, kereta, dll), pergaduhan, perkelahian: negeri Kelantan termasyhur dgn temasya ~ lembu dan kerbau; pelaga 1. binatang dll yg berlaga atau di­lagakan; ayam (ikan) ~ ayam (ikan) utk ber­laga; 2. suka berlaga (berbantah, berkelahi, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
laga
Kata Terbitan : berlaga, melagakan, melaga-lagakan, memperlagakan, perlagaan,

Puisi
 

Banyaklah cabi menghisap daun,
     Kapas dihisap terlaga-laga;
Meminta mandi dalam pangkuan,
     Meminta mandi si air mata.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Lambat laga asalkan menang.

Bermaksud :

Biar lambat asalkan maksud tercapai.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah padanan yang sesuai untuk perkataan "dogfighting ring" dan acara "dogfighting" itu sendiri, yang kebiasaannya menjalankan aktiviti berjudi atas pertarungan antara anjing-anjing secara haram (bawah tanah). Terima kasih.Padanan bagi istilah dogfighting ialah laga anjing dan gelanggang laga anjing bagi istilah dogfighting ring.Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah17.08.2022
1. Apakah kesalahan dalam ayat berikut, mengapa? -Ikan-ikan laga peliharaannya semuanya sihat-sihat kerana mendapat penjagaan yang rapi. 2. Tolong pilih ayat yang betul daripada tujuh ayat di bawah dan terangkan kesalahan berkenaan. a) Adalah dimaklumkan bahawa majlis makan malam yang dicadangkan telah dibatalkan. b) Semua pelajar diminta hadir ke sekolah pada petang ini untuk latihan sukan. c) Ibu Laila menjual mi goreng pada waktu petang digerainya. d) Dalam ingatan saya, dia jarang mengambil cuti sejak dia bekerja di sini. e) Baju yang cantik-cantik itu menyebabkan saya rambang mata. f) Hujan lebat menyebabkan projek melebarkan jalan raya di kawasan itu tergendala. g) Remaja memerlukan rakan sebaya yang dapat membincang dan memberikan idea yang bernas untuk menyelesaikan sesuatu masalah itu. 3. Manakah frasa yang betul? Kesalahan penagihan dadah, atau kesalahan menagih dadah? Projek menceriakan sekolah, atau projek penceriaan sekolah? Projek melebarkan jalan raya, atau projek pelebaran jalan raya? TERIMA KASIH BANYAK BANYAK

1. Ikan-ikan laga peliharaannya semuanya sihat-sihat kerana mendapat penjagaan yang rapi. Ayat ini salah, kerana ikan-ikan telah menunjukkan jamak oleh itu, tidak perlu lagi diulang pernyataan jamak dengan perkataan semua. Ayat yan betul, "Ikan-ikan laga peliharaannya sihat-sihat kerana mendapat penjagaan yang rapi".

2. a) Adalah dimaklumkan bahawa majlis makan malam yang dicadangkan telah dibatalkan. - salah, kata pemeri "adalah" tidak diletakkan di pangkal ayat.  b) Semua pelajar diminta hadir ke sekolah pada petang ini untuk latihan sukan. - betul.  c) Ibu Laila menjual mi goreng pada waktu petang digerainya. salah, di gerainya (kata sendi di + tempat)  d) Dalam ingatan saya, dia jarang mengambil cuti sejak dia bekerja di sini. - tidak gramatis, ganti nama dia kali kedua tidak perlu lagi.  e) Baju yang cantik-cantik itu menyebabkan saya rambang mata. - tidak gramatis, kata adjektif cantik perlu digandakan.  f) Hujan lebat menyebabkan projek melebarkan jalan raya di kawasan itu tergendala. - betul  g) Remaja memerlukan rakan sebaya yang dapat membincang dan memberikan idea yang bernas untuk menyelesaikan sesuatu masalah itu.  - betul.

3.  Kesalahan menagih dadah, Projek menceriakan sekolah, Projek melebarkan jalan raya.

Tatabahasa23.07.2009
Saudara, Saya ingin tanya istilah bahasa melayu bagi bumper car (istilah bahasa inggeris). Salam hormat.Padanan dalam bahasa Melayu untuk Bumper Car atau Doggem ialah Kereta Laga. Penyemakan dan penterjemahan18.12.2019
maksud perkataan menuntun dan gelang(dalam bentuk perbuatan)Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, menuntun ialah 1. menolong orang lain berjalan dgn memegang tangannya, memimpin: dia terus turun ke tanah dan ~ neneknya ke tangga dapur; 2. menghela (basikal, kerbau, dll), mengheret. Gelang pula bermaksud 1. sesuatu yg berupa bulatan (lingkaran), cincin besar; 2. perhiasan berupa bulatan yg dipakai pd tangan atau kaki; ~ bajang gelang sbg tangkal (dibuat drpd benang hitam); ~ benzena (Kim) susunan enam atom karbon dan atom hidrogen yg membentuk gelang heksagon dlm satu satah; ~ dayung gelang nipis yg hujungnya spt sudu; ~ kana gelang sbg perhiasan utk anak-anak atau pengantin; ~ keroncong gelang kaki yg bergemerencing; ~ kunci gelang utk menggantungkan anak kunci; ~ mayang = ~ cerai gelang halus-halus yg dipakai banyak-banyak, gelang berurai; ~ pertumbuhan (Bio) a) lapisan kayu yg tumbuh dlm satu musim pertumbuhan, dan kelihatan spt gelang apabila pokok ditebang; b) lapisan pd cangkerang moluska dan pd sisik ikan yg menandakan pertumbuhan yg sudah berlaku; ~ rantai a) mata rantai; b) gelang yg berupa rantai; ~ tahunan (Bio) a) lapisan pertumbuhan yg terjadi dlm setahun dan digunakan utk mengira umur pokok; b) gelang yg menandakan pertumbuhan pd cangkerang; ~ tidak laga sebentuk, laga keduanya prb suatu kejadian spt perkelahian dll tidak berasal drpd satu pihak saja; bagai menambah ~ bini prb, Mn pemberian kpd orang yg sudah mempunyai benda yg sama.Makna17.02.2010
Assalamualaikum tuan. Saya ingin bertanya, apakah istilah yang sesuai dalam bahasa Melayu untuk perkataan "bumper car", iaitu merujuk kereta bumper elektrik yang dimainkan di taman tema oleh kanak-kanak atau orang dewasa. Untuk makluman pihak tuan, saya sudah mencarinya di PRPM DBP, tetapi tiada maklumat tesaurus untuk kata "bumper car" Mohon dapat membantu. Terima kasih.Cadangan kami bumper car diterjemahkan kepada kereta laga.Penyemakan dan penterjemahan30.12.2019
Salah satu takrif yang diberikan untuk 'si' dalam Kamus Dewan adalah kata yang bergabung dengan imbuhan ber- dan -an untuk menyatakan saling berbuat sesuatu. Contoh yang diberi adalah bersipadangan dengan maksud berpandang - pandangan. Bolehkah kata seperti 'bersilagapedangan' untuk maksud saling berlaga pedang digunakan dan adakah ia bertepatan dengan nahu Melayu?Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua maksud si ialah kata sandang yang digunakan di depan nama, kata benda atau kata sifat. Contoh bagi bersipandangan boleh digunakan kerana menggabungkan ber+si+pandang+an dengan kata dasarnya ialah pandang yang membawa maksud berpandang-pandangan manakala bersilagapedangan menggabungkan perkataan laga dan pedang. Maka tidak bertepatan dengan nahu Melayu.Tatabahasa13.10.2018
Assalamualaikum. Saya ingin bertanya, apakah istilah yang sesuai dalam bahasa Melayu untuk perkataan "bumper car", iaitu merujuk kereta bumper elektrik yang dimainkan di taman tema oleh kanak-kanak atau orang dewasa. Mohon dapat membantu. Terima kasih.Padanan dalam bahasa Melayu untuk bumper car ialah Kereta Laga.Penyemakan dan penterjemahan26.12.2019

Kembali ke atas