Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. adu atau sabung (binatang spt lembu, ayam, dll), perkelahian: biar lambat ~ asal menang; ayam ~; kerbau ~; 2. langgar, hantuk; berlaga 1. bersabung (lembu, ayam, dll), berkelahi, bergaduh: maka kedua-dua ayam itu pun ~lah; 2. berlanggaran (kereta, pinggan mangkuk, dll), berhantukan: bunyi kuali dan sudip ~ jelas kedengaran; berlagaan, berlaga-lagaan saling berlaga: mata pedang bergemerencing ~ sesama sendiri; melaga 1. menyabung (lembu, ayam, dll), mengadu; 2. menghantuk, melanggar; melagakan 1. membuat supaya berlanggar (kereta, pinggan mangkuk, dll), melanggar­kan, menghantukkan: dia sengaja ~ kereta­nya pd tembok itu; 2. membuat supaya dua orang sahabat dsb berkelahi (dgn cara meng­hasut, membuat fitnah, dsb), mengadu­dombakan: dia suka ~ kawan-kawannya sendiri; melaga-lagakan 1. melagakan (melanggar­kan dsb) berulang kali, melanggar-langgarkan, menghantuk-hantukkan: seketika ia ~ kepala­nya ke dinding spt orang gila; 2. mengadu domba: mereka akan dilaga-lagakan selagi tidak mengubah pandangan hidup; memperlagakan membuat supaya berlaga atau berkelahi (lembu, ayam, dll), menya­bungkan, mengadukan; perlagaan perihal berlaga (binatang, kereta, dll), pergaduhan, perkelahian: negeri Kelantan termasyhur dgn temasya ~ lembu dan kerbau; pelaga 1. binatang dll yg berlaga atau di­lagakan; ayam (ikan) ~ ayam (ikan) utk ber­laga; 2. suka berlaga (berbantah, berkelahi, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
laga
Kata Terbitan : berlaga, melagakan, melaga-lagakan, memperlagakan, perlagaan,

Puisi
 

Banyaklah cabi menghisap daun,
     Kapas dihisap terlaga-laga;
Meminta mandi dalam pangkuan,
     Meminta mandi si air mata.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Lambat laga asalkan menang.

Bermaksud :

Biar lambat asalkan maksud tercapai.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Istilah MABBIM

Istilah SumberIstilah IndonesiaIstilah BruneiIstilah MalaysiaBidang
crashworthinesstahan longgarpelindungan lagapelindungan lagaKejuruteraan
crashworthinesstahan longgarpelindungan lagapelindungan lagaKejuruteraan
crash sensorsensor tumbukanpenderia lagapenderia lagaKejuruteraan
crash safetykeselamatan longgarkeselamatan lagakeselamatan lagaKejuruteraan
crash safetykeselamatan longgarkeselamatan lagakeselamatan lagaKejuruteraan
matchpadananTiadalaga; perlawananMatematik

Kembali ke atas