Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lagi;

Puisi
 

Lagi ditutuh lagi ditebang,
     Dibuat mari ampaian kain;
Tempat jatuh lagi terkenang,
     Kononkan pula tempat bermain.


Lihat selanjutnya...(260)
Peribahasa

Lagi lauk lagi nasi.

Bermaksud :

Makin kaya, makin banyak sahabatnya.

 

Lihat selanjutnya...(182)


Glosari Dielek Melaka

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
betare mude[b«.tA.Ä« mu.d«] keadaan cuaca sejuk, berangin sepoi-sepoi bercampur hujan pada hujung tahun. Biasanya pada bulan Oktober hingga Disember.Musem betare mude ni, lagi malam, lagi sejuk.[mu.sem b«.tA.Ä« mu.d« ni lA.gi mA.lAm lA.gi s«.dZu/]Pada musim betare muda ini, waktu malam lebih sejuk.
bederak[b«.d«.ÄA/]kata adjektifberkenaan kain yang koyak besar atau rabak.Kaen pelekat ni baru lagi mak kasi, dah bederak kau pakai.[kAen p«.le.kAt ni bA.Äu lAgi mA/ kA.si dAhKain pelekat ini baru lagi emak kasi, sudah rabak engkau pakai.
mencoho[m«n.tSo.ho]kata kerjaterberak cair, mencirit.Makan lagi macam-macam, kan dah mencoho.[mA.kAn lA.gi mA.tSAm.mA.tSAm kAn dAh m«n.tSo.ho]Makan lagi macam-macam, sekarang dah mencoho.
pangse mude[pAN.s« mu.d«] pangsa durian yang tidak mempunyai isi.Aku ingatkan ada lagi, rupenye pangse mude.[A.ku i.NAt.kAn A.d« lA.gi Äu.p«.ø« pAN.s« mu.d«]Aku ingatkan ada lagi, rupanya pangsa muda.
temiko[t«.mi.ko]kata namabekas yang menyerupai perahu kecil dibuat daripada upih pinang yang berisikan sajian seperti telur, bertih dan sebagainya yang dihanyutkan di sungai atau di laut atau diletakkan di pangkal pokok di hutan. Amalan ini dipercayai oleh sesetangah orang boleh mengubati penyakit, ancak.Tak payah le buang temiko lagi, bedose.[tA/ pA.jAh l« bu.wAN t«.mi.ko lA.gi b«.do.s«]Tak payahlah buang temiko lagi, berdosa.
menagan[m«.nA.gAn]kata kerjamemasang jaring di laut dan membiarkannya dalam jangka masa yang panjang.Pagi-pagi lagi Pak Kesep dah menagan kat laot carik rezeki.: [pA.gi.pA.gi lA.gi pA/ k«.s«p dAh m«.nA.gAn kAt lAot tSA.Äi/ Ä«.z«.ki]Pagi-pagi lagi Pak Kesep dah memasang jaring di laut mencari rezeki.
potong pajak[po.toN pA.dZA/] menoreh bahagian-bahagian atas pokok getah tua mengikut sesuka hati; sondak.Tak lame lagi pokok getah nak kene tebang, baek aku potong pajak aje.[tA/ lA.m« lA.gi po.ko/ g«.tAh nA/ k«.n« t«.bAN bAe/ A.ku po.toN pA.dZA/ A.dZ«]Tidak lama lagi pokok getah hendak ditebang, baik aku potong pajaklah.
wares-walang[wA.Äes.wA.lAN]kata namasaudara-mara; wares-walakRaye ni, wares-walang mak belom sampai lagi.[ÄA.j« ni wA.Äes.wA.lAN mA/ b«.lom sAm.pAj lA.gi]Hari Raya ini, saudara mara emak belum sampai lagi.
wares-walak[wA.Äes.wA.lA/]kata namasaudara-mara; wares-walang.Raye ni, wares-walak mak belom sampai lagi.[ÄA.j« ni wA.Äes.wA.lA/ mA/ b«.lom sAm.pAj lA.gi]Hari raya ini, saudara-mara emak belum sampai lagi
menggelujang[m«N.g«.lu.dZAN]kata adjektifberkenaan manusia atau haiwan yang meronta-ronta sambil kaki menedang-nendang.Bukan maen susah lagi budak ni nak bagi ubat, die menggelujang.[bu.kAn mAen su.sAh lA.gi bu.dA/ ni nA/ bA.gi u.bAt di.j« m«N.g«.lu.dZAN]Bukan main susah lagi budak ini hendak diberikan ubat, dia menggelujang.
123

Kembali ke atas