Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lagi;

Puisi
 

Lagi ditutuh lagi ditebang,
     Dibuat mari ampaian kain;
Tempat jatuh lagi terkenang,
     Kononkan pula tempat bermain.


Lihat selanjutnya...(260)
Peribahasa

Lagi lauk lagi nasi.

Bermaksud :

Makin kaya, makin banyak sahabatnya.

 

Lihat selanjutnya...(182)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaLagi berbuah lagi berduri, Itulah nama asam paya; Lagi bertuah lagi berbudi, Itulah nama orang kaya.
Kurik Kundi Merah SagaLagi ditutuh lagi ditebang, Dibuat mari ampaian kain; Tempat jatuh lagi terkenang, Kononkan pula tempat bermain.
Kurik Kundi Merah SagaLagi ditutuh lagi ditebang, Tutuh sedahan si ampai kain; Tempat jatuh lagi dikenang, Inikan pula tempat bermain.
Kurik Kundi Merah SagaLagi tinggi lagi mengawan, Dapat sikit batu lebah; Abang pergi hati merawan, Hendak tinggal bukannya mudah.
Kurik Kundi Merah SagaBudak-budak baik mengaji, Lagi alim lagi terpuji; Cukup bekal naik haji, Supaya dapat syafaat nabi.
Kurik Kundi Merah SagaRambai lebat di tepi padi, Lagi dijurai lagi ditutuh; Kalau boleh bagai di hati, Rambut sehelai belah tujuh.
Kurik Kundi Merah SagaLemak ketam di Ulu Terengganu, Lagi lemak lagi bertelur; Saya berpesan abang si anu, Saya tiada berteman tidur.
Kurik Kundi Merah SagaMerak hijau di cabang pauh, Anak puyu di dalam padi; Lagi kutinjau lagi jauh, Berasa sayu di dalam hati.
Kurik Kundi Merah SagaAnjinglah asap asap berbuku, Anjing menyalak di pintu kota; Lagi tak dapat lagi berguru, Hendaklah sapu arang di muka.
Kurik Kundi Merah SagaAnjing angkat anjing berburu, Anjing berburu di luar kota; Lagi tak dapat lagi dituju, Hendak menyapu arang di muka.
12345678910...

Kembali ke atas