Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam Aidil Fitri, Saya beberapa soalan lagi. 1) Perkataan manakala - tergolong dalam kategori atau jenis kata apa? - Adalah ia sejenis penanda wacana, menurut seorang kawan. 2. Tolong berikan contoh penggunaan yang tepat.

Manakala ialah kata hubung, contoh penggunaan ayat; Dia duduk di samping mayat ayahnya, manakala adiknya tidak putus-putus menangis.

 

Tatabahasa17.09.2010
Yang mana satukah yang betul bagi penggunaan "lagi". 1. Ayah beri lagi 3 buah buku. 2. Ayah beri 3 buah buku lagi.Ayat yang betul ialah "Ayah beri 3 buah buku lagi".Tatabahasa14.09.2022
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Tuan/Puan Mohon bertanya lagi, 1) Ejaan 'bin @ binti' yang berada di antara nama kita dan bapa kita - adakah 'b' tu ditulis dengan huruf besar @ huruf kecil? 2) Ejaan yang betul bagi meperingatkan @ memperingatkan? Sekian, terima kasih.1. "b" dalam "bin/binti" ditulis dengan huruf kecil.
2. Memperingatkan.
Ejaan30.04.2014
Salam dan terima kasih dia tas jawaban yang lalu. Saya masih banyak kemusykilan lagi. 1. wujudkah perkataan mengkehendaki atau tidak? masalah dengan imbuhan meng --- i 2. Bagaimana dengan perkataan berkehendakkan? Adakah kedua-duanya membawa maksud yang sama, want atau mahu dalam konteks yang formal. tolong jelaskan. 3. Adakah betul istilah pemunya proses bagi Process Owner? Terima kasih

1. Perkataan mengkehendaki wujud dan sama maknanya dengan mengingini 

2. Perkataan berkehendakkan boleh digunakan yang bermaksud  berkehendak akan, atau me­mer­lukan.  

3.Padanan Process Owner ialah pemunya proses atau pemilik proses, walau bagaimanapun terjemahan ini disesuaikan mengikut konteks penggunaannya. 

Tatabahasa27.08.2010
Assalamualaikum. Tuan, dalam kertas mesyuarat saya pernah terjumpa frasa PERINGATAN MESYUARAT. Adakah maksudnya sama dengan MINIT MESYUARAT? Mana lebih tepat antara keduanya mengikut pandangan DBP?Adakah menjadi satu kesalahan gaya penulisan Minit mengikut stail tersendiri?Contohnya mengikut sistem penomboran contohnya Perkara 1 ada pecahan 1.2 atau dipecahkan lagi 1.2.1 dan sebagainya, atau mengikut turutan seperti sistem Jabatan Pelajaran dengan melabelkan Perkara I,II,III,IV sehingga seterusnya. Terima kasih Ismail Hashim-Baling Kedah

Peringatan Mesyuarat sama maksudnya dengan Minit Mesyuarat. Walau bagaimanapun Minit mesyuarat  lebih tepat penggunaannya kerana minit merupakan  catatan tentang apa yang telah diperkatakan (dibincangkan) atau dipersetujui (dlm mesyuarat, perundingan, dan sebagainya). Gaya penulisan Minit tidak semestinya sama antara semua organisasi. Minit mesyuarat DBP tidak sama 100 peratus dengan minit mesyuarat Kementerian Pelajaran, Intan ataupun Jabatan Perkhidmatan Awam. Namun, minit mesyuarat yang baik hendaklah mematuhi ciri-ciri berikut: format yang betul (tajuk, maklumat mesyuarat, kehadiran), fakta betul, catatan yang ringkas, bahasa yang mudah difahami (tatabahasa yang betul).

Tatabahasa10.04.2011
Ali A) tidak ada lagi modal / B) tidak lagi ada modal yang boleh melabur dgn membeli barangan. Mana satukah adalah sesuai? Berdasrkan pangkalan data bagi maksud "habis modal", terdapat 2 penjelasan: a) tidak ada lagi modal yg tinggal; b) tidak ada bahan atau idea lagi (utk meneruskan perbincangan dll); sekiranya kedua-dua "tidak ada lagi" dan "tidak lagi ada" adalah betul, bolehkah beri penjelasan tentang penggunaannya berserta contoh?"Lagi" ialah kata penegas atau partikel yang berfungsi untuk memberi penekanan pada bahagian tertentu dalam ayat. Kata penegas "lagi" bersifat bebas dari segi kehadirannya dalam ayat. Berdasarkan contoh yang diberikan, penggunaan lagi yang betul adalah seperti yang berikut:
1. tidak ada lagi modal
2. tidak ada modal lagi
3. tidak ada lagi bahan atau idea
4. tidak ada bahan atau idea lagi
Tatabahasa28.03.2014
Selamat sejahtera, saya ingin bertanyakan pilihan berikut, yang mana satukah betul? 1. Memperluas pasaran lagi 2. Meluaskan lagi pasaran 3. Meluaskan pasaran lagi 4. Memperluas pasaran. Penggunaan perkataan “lagi” dalam pilihan 1 , 2 dan 3 tersebut adalah betul atau salah? Terima kasih atas pihak dbp yang sudi memberikan penjelasan yang jelas.Frasa yang betul ialah "Meluaskan lagi pasaran" Tatabahasa18.06.2023
1. Majlis Penutupan atau majlis Penutup. 2. Penggunaan kata lagi cth: belum membeli lagi kereta atau belum membeli kereta lagi.Jawapan yang betul ialah 1. Majlis Penutupan. 2. belum membeli kereta lagi.Lain-lain09.12.2010
Tolong jelaskan tentang penggunaan kata "lagi' dalam ayat. Yang manakah betul 1. Cikgu memarahinya lagi kerana tidak hadir kelas tambahan. 2. Cikgu memarahi dia kerana tidak hadir kelas tambahan lagi. Terima kasih.

Lagi dalam ayat tersebut mempunyai makna yang berbeza. Kedua-duanya betul.

Tatabahasa23.05.2010
penggunaan tanda baca yang betul. 1) "Saya masih ingat lagi". @ "Saya masih ingat lagi." -Nokhtah perlu ada sebelum atau selepas penutup kata? -terima kasih-Penggunaan tanda baca yang betul dalam contoh ayat ini - "Saya masih ingat lagi." Ejaan21.01.2011
12345678910...

Kembali ke atas