Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
RECIFE

Recife (pend. 1 184 215; pend. kaw. met. 2 348 362)

terletak di timur laut Brazil, dan ibu negeri

Pernambuco

Recife (pend. 1 184 215; pend. kaw. met. 2 348 362)

terletak di timur laut Brazil, dan ibu negeri

Pernambuco. Recife terletak di muara Sungai

Capibaribe dan Sungai Beberibe, sebahagian di

tanah besar dan sebahagian lagi di sebuah pulau di

Lautan Atlantik (lihat Brazil [peta politik]).

Kilang-kilang di Recife menghasilkan tekstil,

tembikar, barangan kulit dan kertas, minyak sayur,

dan alkohol. Sumber kekayaan utamanya datang

daripada eksport pisang, kopi, kapas, kulit, dan

gula. Recife mempunyai empat buah universiti.

Orang Portugis menduduki wilayah Recife pada

tahun 1535. Semasa serangan Belanda ke atas

Brazil (1630–1654), Recife menjadi pusat operasi

musuh. Recife menjadi sebuah bandar Brazil pada

tahun 1710 dan bandar raya pada tahun 1823.

UMUM 
SUMBI GIGIKapsyen1">          :1">           Sumbi gigi

 

SUMBI GIGI, penambal gigi yang rosak atau gigi tambahan atau buatan.  Sumbi gigi memainkan peranan penting dalam penjagaan gigi di samping mengemas dan mencantikkan gigi.  Sumbi gigi juga boleh berfungsi sebagai susuk pemanis.  Pada mulanya sumbi gigi ini dibentuk menggunakan logam seperti tembaga, perak dan emas.  Lama-kelamaan ada sesetengah masyarakat elit menempah sumbi gigi menggunakan logam platinum, kerana lebih mahal, kuat dan kelihatan berkilat apabila seseorang itu senyum atau ketawa.  Dengan kata lain, sumbi gigi tidak lagi menjadi penutup bagi gigi yang rosak, sama ada berlubang atau rapuh tetapi mula enjadi penghias wajah pemakainya.

BUDAYAAlat/Alatan
TBILISI

Tbilisi (pend. 1 140 000) ialah ibu negara Georgia.

Georgia ialah sebuah republik dalam Kesatuan

Soviet sehingga tahun 1991, apabila Georgia

mengisytiharkan kemerdekaannya. Pada akhir

tahun tersebut, Kesatuan Soviet telah runtuh.

Nama Tbilisi bererti musim bunga yang panas

dalam bahasa Georgia. Bandar ini dahulunya

dikenal sebagai Tiflis , namanya dalam bahasa

Rusia. Ia terletak di Sungai Kura di bahagian timur

Georgia (lihat Georgia [peta]). Sebahagian bandar

Tbilisi sudah moden dan sebahagian lagi kelihatan

seperti kota Timur purba. Hasil keluaran Tbilisi

meliputi bahan kapas, sakhlat, barangan kulit,

jentera, hasil logam, dan minyak. Tbilisi ialah

persimpangan rangkaian jalan raya dan landasan

kereta api.

UMUM 
PENDETA BAHASA

1.25pt 0pt 1pt; LINE-HEIGHT: 200%; TEXT-ALIGN: justify">PENDETA BAHASA, gelaran yang diberi kepada orang perseorangan yang ahli atau pakar dalam bidang bahasa Melayu serta berjasa terhadap bahasa tersebut.  Gelaran ini dianugerahkan oleh badan bahasa atau kongres bahasa Melayu.  Antara ahli bahasa Melayu yang mendapat gelaran Pendeta ialah Zainal Abidin bin Ahmad (Za’aba).  Za’ba telah mendapat gelaran Pendeta Bahasa Melayu dalam Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Ketiga yang diadakan di Johor Baru dan Singapura pada tahun 1956.  Tiga orang lagi yang telah dianugerahi Pendeta Bahasa oleh Pakatan Bahasa Melayu Persuratan Buku-Buku Diraja Johor (P.Bm.P.B) ialah Dato’ Abdullah bin Abdul Rahman, Richard O. Winstedt dan Mejar Dato’ Haji Muhammad Said bin Haji Suleiman.

BAHASAKonsep
PEMANCA

1.25pt 0pt 1pt; LINE-HEIGHT: 200%; TEXT-ALIGN: justify">PEMANCA,  satu gelaran atau jawatan penting dalam pemerintahan Kesultanan Melayu Brunei.  Bagi Negara Brunei Darussalam, gelaran pemanca wujud dalam sistem pentadbirannya sejak pemerintahan Kesultanan Melayu Islam pada awal abad ke-13.   Mengikut salasilah raja-raja Brunei, gelaran Pangeran Pemanca mula diadakan pada masa pemerintahan Sultan Hassan (m.m. 1582 – 1598).  Sebelum baginda, gelaran wazir yang ada warisan daripada Sultan Muhammad Syah (Awang Alak Betatar) ialah bendahara dan temenggung.  Sultan Hasan menambah dua orang lagi wazir, iaitu Pengeran Digadong dan Pangeran Pemanca.  Daripada bukti lisan dan Syair Awang Semaun, gelaran pangeran sebelum gelaran wazir mungkin diterapkan dalam adat diraja Brunei sezaman dengan Sultan Muhammad Syah.  Gelaran itu dipercayai adalah pengaruh Majapahit di Jawa.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIJawatan/Gelaran
YEAGER, CHARLES ELWOOD

Yeager, Charles Elwood (1923 – ) dari

Amerika ialah orang pertama yang membuat

penerbangan yang lebih pantas daripada kelajuan

bunyi. Dia mencapai kejayaan ini pada 4 Oktober

1947, dengan memandu kapal terbang rokel Bell

X-1. Dia mencatat satu lagi rekod kelajuan pada 12

Disember 1953 dengan membuat penerbangan

2 kali lebih pantas daripada kelajuan bunyi

dengan memandu Bell X-1A.

UMUM 
PERGERAKAN PEMUDA UMNO MALAYSIA

1.25pt 0pt 0in; LINE-HEIGHT: 200%; TEXT-ALIGN: justify">PERGERAKAN PEMUDA UMNO MALAYSIA, bahagian pemuda atau ‘sayap kanan’ Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO).  Idea asal Dato’ Onn Jaafar ialah penubuhan pejabat Perkara-perkara Pemuda dan ia ditubuhkan secara rasmi pada bulan Mac 1947.  Kemudian pejabat ini dikenal sebagai Pejabat Pemuda.  Hussein Onn dilantik sebagai setiausaha kepada Pejabat Pemuda  (yang juga dikenal sebagai Setiausaha Hal Ehwal Pemuda UMNO).  Pada 26 Ogos 1949, bahagian pemuda ini dinaikkan taraf menjadi Perikatan Pemuda UMNO.  Cogan katanya ialah ‘Bersatu, Bersetia, Berkhidmat’ yang menjadi garis panduan untuk bergerak.  Sekali lagi Hussein Onn dilantik sebagai Ketua Perikatan Pemuda UMNO.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPersatuan
PENGAJIAN MELAYU DI UNITED KINGDOM

1.25pt 0pt 0in; LINE-HEIGHT: 200%; TEXT-ALIGN: justify">PENGAJIAN Melayu DI UNITED KINGDOM, pusat pengajian bahasa Melayu.  Kerajaan Inggeris, para pedagang Inggeris dan rajanya selama beberapa abad sudah mempunyai hubungan yang erat dengan dunia Melayu dan raja-rajanya.  Salah satu tanda nyata yang terkemuka daripada sifat hubungan itu ialah warkah daripada Sultan Aceh, Iskandar Muda Mahkota Alam kepada King James I yang ditulis pada tahun 1615.  Warkah-warkah dari Semenanjung Tanah Melayu yang tersimpan di England menunjukkan bahawa hubungan antara orang Melayu dengan orang Inggeris pada abad ke-18 lebih erat lagi.

BAHASAInstitusi/Organisasi
SHILLING

Shilling ialah duit syiling dalam sistem mata

wang British. Shilling ialah bersamaan dengan

12 pence, dan 1/20 daripada satu paun sterling.

Shilling telah digantikan pada tahun 1971 dengan

duit syiling yang mempunyai nilai yang sama

dengan sekeping duit syiling lima pence yang

baru. Bagaimanapun, shilling masih lagi menjadi

unit kewangan di beberapa negara di Afrika.

UMUM 
ARMSTRONG, DUNCAN

Armstrong, Duncan (1968– ) ialah perenang

warga Australia yang memenangi pingat emas

dalam Sukan Olimpik 1988 bagi acara 200 meter

gaya bebas lelaki. Dia mencipta satu rekod baru

dunia dengan kepantasan 1 minit 47.25 saat. Dia

juga memenangi pingat perak dalam acara 400

meter gaya bebas. Dia bersaing dalam Sukan

Komanwel di Edinburgh pada tahun 1986 dan

memenangi dua pingat emas, satu untuk acara 400

meter gaya bebas dan satu lagi sebagai anggota

pasukan renang berganti-ganti 200 meter Australia.

Armstrong lahir di Brisbane.

UMUM 
12

Kembali ke atas