Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Yang mana satukah yang betul bagi penggunaan "lagi". 1. Ayah beri lagi 3 buah buku. 2. Ayah beri 3 buah buku lagi.Ayat yang betul ialah "Ayah beri 3 buah buku lagi".Tatabahasa14.09.2022
Ali A) tidak ada lagi modal / B) tidak lagi ada modal yang boleh melabur dgn membeli barangan. Mana satukah adalah sesuai? Berdasrkan pangkalan data bagi maksud "habis modal", terdapat 2 penjelasan: a) tidak ada lagi modal yg tinggal; b) tidak ada bahan atau idea lagi (utk meneruskan perbincangan dll); sekiranya kedua-dua "tidak ada lagi" dan "tidak lagi ada" adalah betul, bolehkah beri penjelasan tentang penggunaannya berserta contoh?"Lagi" ialah kata penegas atau partikel yang berfungsi untuk memberi penekanan pada bahagian tertentu dalam ayat. Kata penegas "lagi" bersifat bebas dari segi kehadirannya dalam ayat. Berdasarkan contoh yang diberikan, penggunaan lagi yang betul adalah seperti yang berikut:
1. tidak ada lagi modal
2. tidak ada modal lagi
3. tidak ada lagi bahan atau idea
4. tidak ada bahan atau idea lagi
Tatabahasa28.03.2014
Selamat sejahtera, saya ingin bertanyakan pilihan berikut, yang mana satukah betul? 1. Memperluas pasaran lagi 2. Meluaskan lagi pasaran 3. Meluaskan pasaran lagi 4. Memperluas pasaran. Penggunaan perkataan “lagi” dalam pilihan 1 , 2 dan 3 tersebut adalah betul atau salah? Terima kasih atas pihak dbp yang sudi memberikan penjelasan yang jelas.Frasa yang betul ialah "Meluaskan lagi pasaran" Tatabahasa18.06.2023
Salam Aidil Fitri, Saya beberapa soalan lagi. 1) Perkataan manakala - tergolong dalam kategori atau jenis kata apa? - Adalah ia sejenis penanda wacana, menurut seorang kawan. 2. Tolong berikan contoh penggunaan yang tepat.

Manakala ialah kata hubung, contoh penggunaan ayat; Dia duduk di samping mayat ayahnya, manakala adiknya tidak putus-putus menangis.

 

Tatabahasa17.09.2010
1. Majlis Penutupan atau majlis Penutup. 2. Penggunaan kata lagi cth: belum membeli lagi kereta atau belum membeli kereta lagi.Jawapan yang betul ialah 1. Majlis Penutupan. 2. belum membeli kereta lagi.Lain-lain09.12.2010
Tolong jelaskan tentang penggunaan kata "lagi' dalam ayat. Yang manakah betul 1. Cikgu memarahinya lagi kerana tidak hadir kelas tambahan. 2. Cikgu memarahi dia kerana tidak hadir kelas tambahan lagi. Terima kasih.

Lagi dalam ayat tersebut mempunyai makna yang berbeza. Kedua-duanya betul.

Tatabahasa23.05.2010
penggunaan tanda baca yang betul. 1) "Saya masih ingat lagi". @ "Saya masih ingat lagi." -Nokhtah perlu ada sebelum atau selepas penutup kata? -terima kasih-Penggunaan tanda baca yang betul dalam contoh ayat ini - "Saya masih ingat lagi." Ejaan21.01.2011
Tuan, Bolehkah saya menggunakan lebih malang lagi atau lebih-lebih lagi sebagai pangkal ayat? Contoh, Kemalangan jalan raya menyebabkan kecederaan parah kepada mangsa. Lebih malang lagi, kemalangan juga membawa kemautan kepada mangsa yang tidak berdosa. Adakah ayat di atas gramatis dan penggunaan "lebih malang lagi" adalah betul? Terima kasih.

1.   Ayat yang betul ialah Kemalangan jalan raya menyebabkan kecederaan parah kepada mangsa. Lebih malang lagi, kemalangan tersebut telah membawa maut kepada mangsa yang tidak berdosa.

 

Tatabahasa22.09.2021
1. Hawa dingin masih lagi terasa 2. Hawa dingin masih terasa lagi. yang mana satukah ayat yang betul?Frasa yang betul ialah "Hawa dingin masih lagi terasa". Tatabahasa31.10.2022
Salam 1 Malaysia. 1. Pensyarah kursus Penterjemahan memaklumkan yang bagi Bahasa Melaysia moden sekarang perkataan 'telah' tidak digunakan lagi. Contoh: 'saham syarikat A telah jatuh 50%'. Jadi sepatutnya 'saham syarikat A jatuh 50%'. Tetapi saya lihat melalui panduan penggunaan tatabahasa yang betul yang dibentangkan di MOSTI oleh DBP, masih digunakan perkataan 'telah'. 2. Kami jugak dimaklumkan bahawa perkataan tidak digandakan. Contoh : 'projek dilaksanakan dengan kerjasama agensi-agensi kerajaan yang berkaitan' ditulis sebagai 'projek dilaksanakan dengan kerjasama agensi kerajaan yang berkaitan'. Mohon panduan berkaitan perkara ini. Terima kasih.Maklumat yang disampaikan oleh penceramah tersebut lebih kepada gaya penulisan dan nilai ekonomi. Kecenderungan penulis pada masa kini tidak lagi menggunakan kata telah dan kata ganda dalam penulisan mereka.  Penulis tidak lagi menggunakan kata telah terutamanya dalam melaporkan peristiwa yang telah berlaku, seperti "Saham syarikat A jatuh sebanyak 50% ...". Begitu juga dengan penggunaan kata jamak. Penulis lebih gemar tidak mengulangi perkataan yang sememangnya diketahui umum bersifat jamak, seperti "peserta-peserta seminar" dan "negara-negara yang bersidang". Seminar dan persidangan semestinya melibatkan ramai peserta dan banyak negara. Tatabahasa22.10.2011
12345678910...

Kembali ke atas