Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[la.gu] | لاݢو

Definisi : 1. irama suara (dlm bacaan, nyanyian, percakapan, dll): ~ bacaan qari dan qariah pd malam itu merawankan hati pendengar; 2. gubahan muzik biasanya dgn seni kata, nyanyian: memperdengarkan sebuah ~ yg dinyanyikan oleh seorang penyanyi terkenal; ~ suka ramai; 3. langgam atau corak irama (muzik dll): ~ Melayu asli; ~ keroncong; 4. cara, gaya, macam, kaedah: pakaian ~ ini saya tidak suka memakainya; ~ ini (itu) cara ini (itu); ~ instrumental lagu yg dipersembahkan dgn alat-alat muzik sahaja; ~ kebangsaan lagu rasmi sesebuah negara (diperdengarkan kpd umum dlm upacara atau peristiwa tertentu); ~ lama perkara lama (yg sudah basi); ~ patriotik lagu yg seni katanya dsb menunjuk­kan atau bertemakan kesetiaan atau cinta kpd negara; ~ rakyat lagu yg irama dan seni katanya telah dinyanyikan turun-temurun; ~ tema lagu atau melodi yg dimainkan berulang­ulang, yg membangkitkan suasana perasaan dlm sesebuah drama muzikal, filem dsb; berlagu berirama: suaranya berlagu-lagu; melagu bernyanyi, menyanyi: kedua-dua anak itu kemudiannya menari dan ~; melagui memberi berlagu (pantun, sajak, syair, dll); melagukan menyampaikan lagu, menya­nyikan, membaca dgn lagu (Quran, sajak, dll): mereka bersalung dan bernyanyi ~ pantun dagang dgn sedih; laguan ark nyanyian; pelagu ark orang yg menyampaikan lagu (nyanyian dll), penyanyi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.gu] | لاݢو

Definisi : 1 bunyi suara yg berirama apabila membaca (bernyanyi, bercakap dll): Dlm pertandingan membaca al-Quran, ~ dan tajwid membawa markah yg banyak. 2 nyanyian; nyanyi: ~-~ asli. 3 ragam (corak) muzik atau nyanyian: ~ keroncong digemari oleh segolongan masyarakat Melayu. ~ tema lagu yg dimainkan berulang-ulang, yg membangkitkan suasana perasaan dlm sesebuah drama muzikal, filem dsb. berlagu 1 berirama; selaku bernyanyi: Suaranya ~. 2 bernyanyi. melagukan menyampaikan lagu; menyanyikan; membaca (sajak, al-Quran dll) dgn berlagu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lagu (kata nama)
1. Bersinonim dengan irama: nada, rentak, langgam, rani,

2. Bersinonim dengan nyanyian: senandung, dodoi, pengulit, qasidah, lala, halwa telinga,

Kata Terbitan : berlagu, melagukan, pelagu,

Puisi
 

Sayang lagu serampang laut,
     Kulit timun atas meja;
Layang terbentang kemudi berpaut,
     Hendak sampai ke tepi juga.


Lihat selanjutnya...(6)

Glosari Dialek Kelantan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
tok joro[to/ dZ.č] tukang karut dan tukang lagu dalam dikir barat.Ore hok nok jadi tok joro, buke soro jah keno sedak, tapi keno tahu buwak banyok lagu.[.ÄE h/ n/ dZ:A.di to/ dZ.č bu.kE s.č dZAh k«.n s«.dA/ tA.pi k«.n tA.hu bu.wA/ bA.ø/ lA.gu]Orang yang nak jadi tukang karut dan tukang lagu dalam dikir barat bukan suara sahaja mesti lunak, tapi mesti pandai mencipta pelbagai lagu.
lagu[lA.gu]kata tugaskata untuk menunjukkan perumpamaan, seperti, macam, bagai.Demo buwak lagu ni la, kalu nok cepak gak.[dE.m bu.wA/ lA.gu ni lA kA.lu n/ tS«.pA/ gA/]Kamu buat macam nilah, kalau nak cepat.
gorek[g:.ÄE/]kata namasejenis alat mengasah pensil.Lagu mano nok taje kale kalu tak dok gorek.[lA.gu mA.n n/ t:A.dZE kA.lE kA.lu tA/ d/ g:.ÄE/]Macam mana nak menajamkan pensil kalau tak ada pengasah.
setok orak[s:«.to/ .ÄA/] seseorang yang susah dibawa berunding.Kalu lagu ni, kito keno gi royak sdiri ko Poksu Heng, kalu tidok diyo setok orak.[kA.lu lA.gu ni ki.t k«.n gi č.jA/ sdi.Äi k p/.su heN kA.lu ti.d/ di.j s:«.to/ .ÄA/]Dalam hal ini, kita perlu perjelaskan sendiri kepada Paksu Him, kalau tidak susah dia hendak dibawa berunding.
   2. berkenaan orang yang pemilih.Mung ni leweh sunggoh, nok hok lagu mano gak.[muN ni lE.wEh suN.goh n/ h/ lA.gu mA.n gA/]Kamu ni pemilih sangat, nak yang macam mana lagi.
petik[p:«.ti/]kata adjektifberbintik-bintik.Lawa kaeng hok ado bungo petik lagu ni.[lA.wA kAeN h/ A.d bu.N p:«.ti/ lA.gu ni]Cantik sungguh kain corak berbintik-bintik seperti ni.
kemesek[k«.mE.sE/]kata adjektifsenang sangat, amat mudah, senang.Bendo kemesek lagu tu pong mung tok leh buwak.[b«n.d k«.mE.sE/ lA.gu tu poN muN t/ leh bu.wA/]Perkara mudah macam tu pun kamu tak boleh buat.
kemaca[k«.mA.tSA]kata adjektiftidak berkualiti, kurang bermutu.Bare hok kemaca lagu tu, cepak punoh.[bA.ÄE h/ k«.mA.tSA lA.gu tu tS«. pA/ pu.nh]Barang yang kurang bermutu macam tu, cepat rosak.
maknga[mA/.NA]kata adjektiflembam, lembap, tidak cergas.Maknga sunggoh budok ni, bendo lagu tu pong tok leh buwak.[mA/.NA suN.goh bu.d/ ni b«n.d lA.gu tu poN t/ leh bu.wA/]Lembap sungguh budak ni, benda macam tu pun tak boleh buat.
leseh[lE.sE)h]kata adjektiftidak dalam (tentang pinggan), cetek, leper.Pingge leseh lagu tu buke buleh buboh gula.[piN.gE lE.sE)h lA.gu tu bu.kE bu.leh bu.boh gu.lA]Pinggan yang leper macam tu bukannya boleh dibubuh gulai.
123

Kembali ke atas