Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[la.gu] | لاݢو

Definisi : 1. irama suara (dlm bacaan, nyanyian, percakapan, dll): ~ bacaan qari dan qariah pd malam itu merawankan hati pendengar; 2. gubahan muzik biasanya dgn seni kata, nyanyian: memperdengarkan sebuah ~ yg dinyanyikan oleh seorang penyanyi terkenal; ~ suka ramai; 3. langgam atau corak irama (muzik dll): ~ Melayu asli; ~ keroncong; 4. cara, gaya, macam, kaedah: pakaian ~ ini saya tidak suka memakainya; ~ ini (itu) cara ini (itu); ~ instrumental lagu yg dipersembahkan dgn alat-alat muzik sahaja; ~ kebangsaan lagu rasmi sesebuah negara (diperdengarkan kpd umum dlm upacara atau peristiwa tertentu); ~ lama perkara lama (yg sudah basi); ~ patriotik lagu yg seni katanya dsb menunjuk­kan atau bertemakan kesetiaan atau cinta kpd negara; ~ rakyat lagu yg irama dan seni katanya telah dinyanyikan turun-temurun; ~ tema lagu atau melodi yg dimainkan berulang­ulang, yg membangkitkan suasana perasaan dlm sesebuah drama muzikal, filem dsb; berlagu berirama: suaranya berlagu-lagu; melagu bernyanyi, menyanyi: kedua-dua anak itu kemudiannya menari dan ~; melagui memberi berlagu (pantun, sajak, syair, dll); melagukan menyampaikan lagu, menya­nyikan, membaca dgn lagu (Quran, sajak, dll): mereka bersalung dan bernyanyi ~ pantun dagang dgn sedih; laguan ark nyanyian; pelagu ark orang yg menyampaikan lagu (nyanyian dll), penyanyi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.gu] | لاݢو

Definisi : 1 bunyi suara yg berirama apabila membaca (bernyanyi, bercakap dll): Dlm pertandingan membaca al-Quran, ~ dan tajwid membawa markah yg banyak. 2 nyanyian; nyanyi: ~-~ asli. 3 ragam (corak) muzik atau nyanyian: ~ keroncong digemari oleh segolongan masyarakat Melayu. ~ tema lagu yg dimainkan berulang-ulang, yg membangkitkan suasana perasaan dlm sesebuah drama muzikal, filem dsb. berlagu 1 berirama; selaku bernyanyi: Suaranya ~. 2 bernyanyi. melagukan menyampaikan lagu; menyanyikan; membaca (sajak, al-Quran dll) dgn berlagu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lagu (kata nama)
1. Bersinonim dengan irama: nada, rentak, langgam, rani,

2. Bersinonim dengan nyanyian: senandung, dodoi, pengulit, qasidah, lala, halwa telinga,

Kata Terbitan : berlagu, melagukan, pelagu,

Puisi
 

Sayang lagu serampang laut,
     Kulit timun atas meja;
Layang terbentang kemudi berpaut,
     Hendak sampai ke tepi juga.


Lihat selanjutnya...(6)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ROSIAH CHIKPenyanyi lagu-lagu asliKESENIANTokoh
S.M. SALIMpenyanyi lagu-lagu asliKESENIANTokoh
MINNESINGER

Minnesinger adalah satu kumpulan penyair

lagu-lagu cinta di Jerman yang terkenal dari tahun

1100-an hingga 1300-an. Minnesinger

mendendangkan puisi mereka dengan iringan

muzik dalam acara-acara keramaian istana.

UMUM 
KOTAK MUZIK

Kotak muzik ialah sejenis alat yang memainkan

lagu-lagu secara automatik.

UMUM 
STREISAND, BARBRA

Streisand, Barbra (1942– ) ialah penyanyi dan

seniwati Amerika yang terkenal kerana interpretasi

dramatiknya dalam mempersembahkan lagu-lagu

popular. Dia juga mendapat sanjungan sebagai

pelawak wanita, di pentas dan dalam filem.

UMUM 
MOORE, THOMAS

Moore, Thomas (1779–1852) ialah penyair

Ireland yang menulis lirik untuk beberapa buah

lagu cinta yang amat diminati di dalam bahasa

Inggeris. Lagu-lagu ini termasuk ‘Believe Me If All

Those Endearing Young Charms, ‘The Last Rose of

Summer’ dan ‘Oft in the Stilly Night’. Moore

menulis puisi ringkas, serius, bercorak sindiran

dan prosa. Pada zamannya, karyanya dibaca

dengan meluas sebagaimana karya Lord Byron

dan Sir Walter Scott. Namun, kini dia lebih

dikenali untuk tulisannya yang telah dijadikan

lagu.

UMUM 
SOUSA, JOHN PHILIP

Sousa, John Philip (1854–1932) ialah

penggubah muzik dan pemimpin pancaragam

Amerika. Sousa menghasilkan banyak jenis muzik,

termasuk opereta, suit orkestra, lagu, lagu

berentak waltz, dan puisi simfoni. Walau

bagaimanapun, dia masyhur kerana lagu berentak

mac dan terkenal di seluruh dunia sebagai, “Raja

Mac”.

UMUM 
SUIT

Suit ialah sejenis gubahan muzik. Kebanyakan suit

terdiri daripada sebilangan gubahan pendek,

biasanya dalam nada yang sama. Suit tersebut

umumnya terdiri daripada lagu-lagu dansa yang

mempunyai rentak dan suasana yang berbeza. Suit

berkembang pada tahun 1500-an dan popularitinya

merosot selepas tahun 1750. Johann Sebastian

Bach menggubah beberapa suit penting untuk

hapsikod dan orkestra pada awal tahun 1700-an.

UMUM 
SINATRA, FRANK

Sinatra, Frank (1915–1998) adalah antara

penyanyi paling terkenal dalam sejarah muzik

popular. Dia digelar “ The Voice”, dan terkenal

dengan nyanyian balada dan penghayatan lagu-lagu

ritma. Bermula pada tahun 1941, dia muncul

dalam lebih 50 buah filem. Dia memenangi

Academy Award sebagai pelakon pembantu lelaki

terbaik melalui lakonannya dalam filem From

Here to Eternity.

UMUM 
LAGU NEGARAKU UMUM 
12345678910...

Kembali ke atas