Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[la.gun] | لاݢون

Definisi : kawasan air laut yg tenang yg terpisah drpd laut oleh beting pasir atau terumbu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.gun] | لاݢون

Definisi : ist kawasan air masin yg terpisah dr laut oleh beting pasir dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lagun


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
LAGUN UMUM 
TASIK MACQUARIE

Tasik Macquarie ialah lagun pinggir laut yang

besar di New South Wales, Australia. Luasnya kira-kira

100 kilometer persegi dan terletak kira-kira 15

kilometer ke selatan Newcastle. Air Tasik

Macquarie dibekalkan daripada beberapa anak

sungai kecil dan yang terbesar daripadanya ialah

Dora Creek dan Cockle Creek. Tasik Macquarie

terbuka terus ke laut di Tasik Entrance, berdekatan

dengan bandar pinggir laut Swansea. Bandar

utama yang lain di pesisir tasik tersebut ialah

Toronto, Wangi Wangi dan Belmont. Stesen

penjanaan kuasa terma Vales Point dan Wangi

mendapat bekalan air dari tasik tersebut. Tasik

Macquarie sebuah tempat percutian popular yang

menyediakan kemudahan bermain bot dan

memancing yang sangat baik.

UMUM 
ABIDJAN

Abidjan (pend.1 850 000 ) ialah ibu negara dan

bandar terbesar Ivory Coast. Ia juga salah sebuah

pelabuhan yang paling sibuk di bahagian barat

Afrika. Bandar ini terletak di pinggir sebuah lagun di

bahagian selatan negara itu. Sebatang terusan

menghubungi lagun dengan Teluk Guinea, yang

merupakan sebahagian Lautan Atlantik (lihat Ivory

Coast [peta]).

UMUM 
ENEWETAK

Enewetak ialah atol yang terpencil di timur laut

Kepulauan Marshall di Lautan Pasifik. Enewetak

terdiri daripada 40 buah pulau kecil yang rendah

dan berpasir yang mengelilingi sebuah lagun.

UMUM 
DIAMANTINA

Diamantina ialah salah sebuah sungai dari

sistem Tasik Eyre di Australia. Ia berpunca dari

Banjaran Kirby di tengah Queensland dan mengalir

sejauh 900 kilometer melalui cerun landai di

kawasan desa sebelum masuk ke Lagun Goyder

yang terletak di timur laut Australia Selatan.

UMUM 
ATOL

Atol ialah lingkaran bulat karang di laut lepas yang

terbina di atas tebing yang tenggelam, atau

terbentuk di atas kawah gunung berapi yang telah

tenggelam di bawah permukaan laut. Umumnya

satu lapisan tanah yang nipis terlekat di atas

terumbu karang, dan ditumbuhi tumbuh-tumbuhan.

Tumbuh-tumbuhan tropika hidup subur di atas atol,

dan ia menjadi pulau karang. Atol mengepungi

kolam atau lagun yang cetek. Satu saluran atau lebih

biasanya menghubungkan lagun kebanyakan atol

dengan laut di sekelilingnya, di bahagian hadap

angin. Atol ditemui terutamanya di Lautan Pasifik.

Lihat juga Karang .

UMUM 
KWAJALEIN

Kwajalein (pend. 6624) adalah satu daripada atol

(lingkaran pulau karang) yang terbesar di dunia. Ia

terletak di Kepulauan Marshall di tengah Lautan

Pasifik. Kwajalein mempunyai lebih daripada 90

pulau, dengan keluasan tanah berjumlah lebih

kurang 16 kilometer persegi. Ukur lilitnya ialah

306 kilometer, dan ia melingkari lagun yang

mempunyai keluasan lebih kurang 2175 kilometer

persegi. Untuk lokasi, lihat Kepulauan Pasifik

(peta).

UMUM 
PULAU WAKE

Pulau Wake ialah pulau milik Amerika Syarikat di

bahagian tengah barat Lautan Pasifik. Pulau ini

merupakan persimpangan semula jadi bagi kapal

dan kapal terbang yang menyeberangi Lautan

Pasifik. Wake ialah sebuah atol segi tiga yang terdiri

daripada tiga buah pulau kecil karang, iaitu Wake,

Peale dan Wilkes. Pulau-pulau kecil ini meliputi

kawasan darat seluas lebih kurang lapan kilometer

persegi dan mempunyai penduduk lebih kurang

300 orang. Dengan batu karang yang melengkung,

pulau-pulau ini melingkungi sebuah lagun yang

tidak sampai 10 kilometer persegi luasnya. Wake

terletak 3700 kilometer ke sebelah barat Honolulu

dan 3195 kilometer ke sebelah tenggara Tokyo.

Pulau ini tidak mempunyai air tawar, dan tumbuh-

tumbuhannya kebanyakan terdiri daripada pokok-

pokok renek dan belukar.

UMUM 

Kembali ke atas