Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[la.had] | لحد

Definisi : Ar ruang dlm lubang kubur (tempat meletakkan mayat); bak rasa di liang ~ = serasa di liang ~ prb berasa dlm keadaan yg sempit atau keseorangan sekali (ketika sesak, susah, sedih, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.had] | لحد

Definisi : , = liang ~ ruang di dlm kubur tempat meletakkan mayat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lahad

Peribahasa

Serasa di liang lahad.

Bermaksud :

Dalam kesempitan. (Peribahasa lain yang sama makna: Bak rasa di liang lahad).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Ejaaan lahat Liang lahat atau liang lahad.?Ejaan yang betul ialah "liang lahad".Ejaan06.09.2021
tarikh sayembara deklamasi puisi bulan kemerdekaan 2010 terutama bagi daerah lahad datuSoalan saudara diluar skop Khidmat Nasihat Bahasa.Lain-lain01.08.2010
Adakah pihak DBP ada membuat salinan Manuskrip (ditulis pada 1403) yang dijumpai di daerah Lahad Datu Sabah iaitu di dalam tulisan Jawi yang berbahasa Suku Idahan? Jika ada di mana boleh saya merujuk manuskrip tersebut? Kalau tiada lagi, saya cadang utk dibuat salinan dan terjemahan ke dlm tulisan zaman sekarang dgn mengekalkan sukuan bahasa dan terjemahan ke bahasa Melayu. Sekian.Mohon kerjasama pihak tuan untuk menyatakan tajuk manuskrip untuk kami semak dengan Pusat Dokumentasi Melayu, DBP.Lain-lain19.12.2023
Adakah ayat ini betul dari segi struktur ayat dan tatabahasa? Perlu tak letak 'di kawasan perumahan ini' di hujung ayat sedangkan saya sudah nyatakan nama kawasan di permulaan ayat? 1. Menerusi kajian saya di kawasan Batu Lahad, pelepasan asap daripada kenderaan bermotor juga merupakan antara punca yang menyumbang kepada berlakunya pencemaran udara di kawasan perumahan ini.Frasa "di kawasan perumahan ini" boleh digugurkan dalam konteks ayat tersebut.Tatabahasa11.07.2014
Salam sejahtera, saya ingin mendapatkan kepastian ejaan bagi tiang pengebumian di Sarawak oleh Kaum Sekapan dan Punan Bah. Dalam laman web muzium negara dieja 'kelirieng' tetapi tiada maklumat dalam prpm. apakah ejaan yang sebenarnya? Kelereng, kliring, keliring, klereng, klering, kelerieng atau kelireing? Diharapkan pihak DBP dapat memberikan pencerahan. Terima kasih.

Tuan/puan yang budiman,

Dalam data rujukan kami, hanya terdapat perkataan keliring (suku Tetaw) yang membawa maksud tempayan abu mayat. Selain itu, dalam data kami juga menemui perkataan liyeang (suku Melanau Mukah) yang bermaksud liang lahad. Perkataan lain tiada dalam data rujukan kami.

Istilah26.12.2018

Kembali ke atas