Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. yg (kelihatan) di luar: kasih sayang yg ~; pd ~nya, ia sihat tetapi sebenarnya ia berpenyakit; ~ batin yg kelihatan dan yg tidak kelihatan, luar dalam, sepenuh hati; 2. berupa benda yg nyata, jasmani, maujud, keduniaan: perbezaan antara bentuk prosa dan puisi tidak terletak pd bentuk ~ sahaja, malahan pd batin; pengetahuan ~; 3. keluar dr kandungan (ibu dll), jadi, terbit: sejak dr ~nya lagi, dia bersifat begitu; hari ~ hari ketika seseorang itu diperanakkan; ~ mati (kanak­-kanak yg) mati ketika lahir; di ~ serupa tidak, di batin menggunting angin prb orang yg menyembunyikan tabiat yg sebenarnya (tidak jujur); yg ~ menunjukkan yg batin prb drpd gerak-geri dan tingkah laku seseorang itu ketahuan isi hatinya; melahirkan 1. mengeluarkan perasaan (per­kataan, fikiran, dll), meluahkan: yg penting pd pengarang ialah ~ berbagai-bagai perasaan sehingga pembaca tertarik kpd tulisannya; marahnya sekadar dlm hatinya sahaja, tidak dilahirkan; 2. mengeluarkan anak (dr kandungan), beranak, bersalin: ia hendak pulang ke kampung utk ~ anaknya di sana; 3. mengadakan, mendatangkan, menghasilkan, menyebabkan, mewujudkan: berlainan edisi akan ~ berlainan jalan cerita; terlahir 1. keluar (dr), terkeluar: sesuatu yg tidak direlakannya ~ dr mulut ibunya; 2. lahir (anak); kelahiran 1. perihal keluar dr kandungan ibu, lahirnya (anak): pd saat ~ anak itu, Sharifah Aini menangis lagi; 2. (sesuatu) yg berkaitan dgn perihal lahir: hari ~; 3. perihal keluar (terbit dsb), terhasilnya: sejambak bunga haruslah dihadiahkan kpd usaha gigih penyusunnya dan sekali gus kpd Dewan Bahasa dan Pustaka kerana telah memung­kinkan ~ antologi ini; dlm bulan April tahun ini, Jepun mengingati ~ Institusi Sekolah Pemerintahan dan Pengurusan Matsushita; pelahiran perihal atau perbuatan melahir­kan: ~ golongan-golongan tertentu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 yg nampak di luar; yg nyata kelihatan; lw batin: Pd ~nya, ia baik hati tetapi batinnya siapa yg tahu. 2 keluar dr kandungan ibu: hari ~ hari ketika seseorang diperanakkan. 3 muncul; datang (ttg fahaman dsb); terbit (ttg majalah dsb): Apabila ~ agama Islam, berbagai-bagai perubahan telah berlaku dlm masyarakat jahiliah. melahirkan 1 mengeluarkan perasaan (fikiran, pendapat dll): Ahmad pandai ~ perasaan dan pendapatnya dlm cerpen-cerpennya. 2 mengeluarkan anak dr kandungan; bersalin: Isterinya baru saja ~ anak lelaki. 3 mengadakan; mewujudkan: Muawiyah telah ~ corak baru dlm pentadbirannya. kelahiran perihal lahir atau dilahirkan: ~ putera itu diiringi oleh kejadian-kejadian yg ganjil. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lahir
1. Bersinonim dengan lahiriah
( luaran, nyata, maujud, jasmaniah, )
(adjektif:)

2. Bersinonim dengan terbit
( jadi, keluar, muncul, hidup, terpancar, menjelma, timbul, )
(kata kerja:)

Kata Terbitan : melahirkan, kelahiran, lahiriah,

Puisi
 

Jolok nangka di kampung hilir,
     Berselang kain ke pasar lama;
Jangan disangka pada yang lahir,
     Namun batin tak pernah sama.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Bayang-bayang sepanjang badan (= tubuh).

Bermaksud :

Berpadanan dengan tenaga; yang lahir serupa dengan yang batin.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Cikgu, apakah beza antara "lahir" dengan "dilahirkan"? Minta lihat dua ayat ini. 1. Pungut lahir pada tahun 1957. 2. Pungut dilahirkan pada tahun 1957. Ada perbezaankah antara dua ayat?Kedua-dua perkataan "lahir" dan "dilahirkan" boleh digunakan dalam ayat tersebut. 1. Pungut lahir pada tahun 1957. 2. Pungut dilahirkan pada tahun 1957.Tatabahasa14.03.2015
apakah yang dimaksudkan dengan pengarang dan kepengarangan "pak sako"??serta contoh dan rujukannya.Maksud pengarang ialah tentang diri pengarang tersebut seperti latar belakang/biodata (tarikh lahir, tempat lahir, pendidikan, keluarga dan sebagainya). Kepengarangan pula ialah hasil-hasil karya yang dihasilkan (contoh: genre puisi, cerpen, novel, rencana, esei/kritikan, drama dan sebagainya). Antara karya-karya (novel) penting Pak Sako ialah Putera Gunung Tahan, Anak Mat Lela Gila dan Sidang Serangga. Sekian dan wassalam.  Lain-lain13.07.2009
Mohon bertanya apakah yang membezakan penggunaan dua perkataan di bawah, adakah ia mempunyai perbezaan makna dan fungsi? Pengarang Penulis Kepengarangan Penulisan Terima kasih.Maksud "pengarang" / "penulis"  ialah tentang diri pengarang tersebut seperti latar belakang/biodata (tarikh lahir, tempat lahir, pendidikan, keluarga dan sebagainya)."Kepengarangan" pula ialah hasil-hasil karya yang dihasilkan (contoh: genre puisi, cerpen, novel, rencana, esei/kritikan, drama dan sebagainya).Sastera16.09.2019
Yang manakah adalah betul ? 1. Seorang ayah mengambil gambar anaknya di majlis hari lahir untuk menjadi kenangan manis. 2. Seorang ayah mengambil gambar anaknya dalam majlis hari lahir untuk dijadikan kenangan manis.2. Seorang ayah mengambil gambar anaknya dalam majlis hari lahir untuk dijadikan kenangan manis.Tatabahasa02.03.2019
kamu tidak lahir dari rahim ibu atau kamu bukan lahir dari rahim ibu. Perkataan yang mana lebih tepat?Kedua-dua perkataan tersebut bolah digunakan kerana mempunyai makna yang sama.Makna19.12.2019
Ingin bertanya.. Ali mennyambut hari kelahiran atau hari lahir yang ke-4?Frasa hari kelahiran dan hari lahir boleh digunakan kerana kedua-dua frasa ini bermaksud memperingati lahirnya seseorang.Tatabahasa12.03.2015
Selamat sejahtera. Yang manakah tepat? Hari jadi atau hari lahir? Menurut sesetengah pihak, hari jadi ialah hari kita dijadikan, manakala hari lahir pula, hari kita dilahirkan ke dunia ini. Terima kasih.

Makna03.10.2017
Kamirul memberi seutas rantai bagi adiknya yang baharu lahir itu. Apakah kesalahan yang terdapat dalam ayat itu??Ayat yang betul ialah "Kamirul memberikan seutas rantai kepada adiknya yang baharu lahir itu.'Tatabahasa23.07.2013
Apakah perbezaan makna perkataan mengiakan dan mengeyakan?Adakah kedua-duanya boleh digunakan dalam sistem ejaan bahasa Melayu?.perkataan mengiakan lahir daripada kata dasar 'ia' manakala mengeyakan lahir daripada kata dasar 'ya' membawa maksud yang sama membenarkan menyetujui, dan mengakui sesuatu.Perkataan 'ya' yang mempunyai satu suku kata apabila menerima imbuhan meng- akan menjadi menge- 'mengeyakan'.Oleh yang demikian kedu-dua perkataan tersebut boleh digunakan.Tatabahasa03.05.2007
Ayat manakah yang betul di antara yang berikut: 1) Apabila perlawanan sedang dimuatkan atau apabila anda lahir semula, anda akan diberitahu jika Hok anda tidak dibuka. 2) Apabila perlawanan sedang dimuatkan atau anda lahir semula, anda akan diberitahu jika Hok anda tidak dibuka.Ayat contoh yang diberikan tidak jelas dan kurang difahami. Sila kemukakan soalan yang lebih jelas bagi memudahkan pihak kami memberikan jawapan yang betul.Tatabahasa07.03.2024
123456789

Kembali ke atas